omniture

Kediaman Eksklusif Tiba ke Pasaran di One West End - Resort Terunggul Manhattan Beri Inspirasi Destinasi Kediaman

Elad Group and Silverstein Properties
2015-06-25 10:00 154

-- Dimajukan oleh Elad Group and Silverstein Properties, serta diilhamkan oleh Pelli Clarke Pelli Architects yang ikonik, pengubah kebiasaan kejiranan One West End bakal menjadi gerbang masuk ke Riverside Center rekaan Christian de Portzamparc

NEW YORK, 25 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Elad Group and Silverstein Properties menggabungkan bakat besar mereka dalam pembangunan kawasan di One West End, menara kediaman terunggul yang bakal tersergam di persimpangan 59th Street dan West End Avenue. Dengan jualan yang sudah dilancarkan secara rasmi, bangunan setinggi 42 tingkat itu merupakan projek kondominium pertama dan tertinggi yang bakal tiba ke pasaran di kawasan Riverside Center yang direka penuh berseni dan hebat oleh Christian de Portzamparc.

"Di One West End, kami mencipta lebih daripada sekadar destinasi kediaman," kata Isaac Tshuva, Pengerusi Elad Group. "Kami membina sebuah tempat yang anda sendiri ingin diami."

Terletak hanya beberapa langkah dari Columbus Circle dan Lincoln Center, penghuni boleh menemui banyak sumber serta destinasi wajib dilawati, termasuk muzium terkemuka, institusi pendidikan, restoran bertaraf bintang Michelin, serta pelbagai kedai barangan mewah.

"One West End bakal membawakan pengalaman gaya hidup resort yang baharu sepenuhnya ke kawasan kejiranan West Side yang mengujakan ini," kata Larry Silverstein, Pengerusi Silverstein Properties.

Dengan rekaan luar oleh Pelli Clarke Pelli Architects yang terkenal seluruh dunia, hiasan dalaman oleh pakar berwawasan dalam hospitaliti Jeffrey Beers, serta reka letak landskap oleh firma yang memenangi anugerah Mathews Nielsen Landscape Architects, One West End berbangga dengan barisan peneraju yang dihormati dalam seni bina serta rekaan.

"Semasa mereka One West End, sangat penting untuk mencipta suasana yang tenang, mesra dan damai," kata Beers, yang mereka dapur khusus Scavolini berprestasi tinggi untuk kediaman itu.

One West End akan menawarkan 246 kediaman satu hingga empat bilik tidur dilimpahi cahaya, dengan dua rumah emper. Kemudahan termasuk pusat kecergasan yang luas dengan ruang studio untuk yoga, Pilates dan latihan peribadi, kolam renang 75 kaki, bilik rawatan spa, bilik media, bilik snuker, bilik permainan kanak-kanak, bilik permainan video, ruang tamu dengan pendiang api, dapur chef, serta ruang makan. Satu kawasan teres berbumbung seluas 12,000 kaki persegi akan menampilkan kabana dan kawasan untuk pemanggangan serta hiburan luar rumah.

"Menawarkan yang terbaik daripada dua dunia, One West End akan menyediakan ketenangan kejiranan kediaman dengan akses serta-merta ke kawasan perniagaan paling penting di Manhattan, semuanya di pusat budaya Upper West Side," kata Samantha Sax, Timbalan Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Jualan, Elad Group.

Kemudahan lain yang disediakan termasuk khidmat pekerja rencam (concierge) 24 jam dengan perkhidmatan gaya hotel, tempat menyimpan basikal, penyimpanan dingin, tempat letak kereta, dan unit simpanan yang disediakan untuk dijual. Pasukan pembangunan juga berhasrat untuk menerapkan bangunan itu dengan tapak peruncitan teraktif, yang memfokuskan penyediaan bekalan bagi tawaran kulinari harian serta artisan.

"Kami telah mengumpulkan pasukan impian yang terdiri daripada minda kreatif terbaik, dan secara bersama, kami akan memberikan pengalaman yang akan menetapkan standard baharu untuk kehidupan mewah," kata Robert Vecsler, Timbalan Presiden Eksekutif Silverstein Properties.

Kerja-kerja pembinaan dijangka akan siap dalam suku tahun pertama 2017, dengan harga dalam lingkungan $1.3 juta hingga lebih $20 juta. Corcoran Sunshine Marketing Group merupakan ejen jualan dan pemasaran eksklusif bagi harta tanah itu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.1WestEnd.com.

Elad Group & Silverstein Properties 

Elad Group and Silverstein Properties telah menggabungkan bakat besar bagi pembangunan kawasan mereka untuk memajukan One West End, menara kediaman baharu yang bakal tersergam di Riverside Center. One West End menawarkan 246 kediaman kondominium dengan rekaan mewah, kemudahan berilhamkan resort, dan peruncitan tertumpu kulinari sebagai asasnya. Daripada pembaikpulihan Plaza Hotel oleh Elad sehinggalah pembangunan Four Seasons Private Residences New York Downtown dan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Center) oleh Silverstein, perkongsian ini adalah padanan unik untuk mencipta destinasi kediaman, peruncitan, dan kulinari yang baharu di Kota Raya New York.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223550  
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223549  
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223551  
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/223565

Source: Elad Group and Silverstein Properties
Related Links:
Keywords: Construction/Building Real Estate Residential Real Estate New products/services