omniture

POSCO E&C Menempuh Laluan ke Eropah Dengan Tempahan Loji Penunuan Bernilai 250 Juta Dolar dari Poland

POSCO E&C
2012-11-05 16:31 246

SEOUL, Korea Selatan, 5 Nov., 2012 /PRNewswire/ --

- Mengatasi konsortium Eropah dan Jepun untuk memenangi kontrak, terima kasih kepada teknologi kejuruteraan dan pembinaannya yang terbukti 

- Satu laluan telah dibentuk untuk menembusi pasaran pembinaan di Eropah Timur

Pada Oktober 31, di pejabat kerajaan Krakow, Poland, POSCO E&C (Naib Pengerusi & CEO, Chung Dong Hwa) memeterai kontrak bernilai 250 juta  dolar (USD) bersama dengan Krakow bagi sebuah projek mendapatkan semula tenaga daripada sisa kediaman.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/11/02/20121102160455591511.html )

Datuk Bandar Krakow Jacek Majchrowski, Naib Menteri Alam Sekitar Aneta Wilmaska, CEO Krakow Communal Holding Grzegorz Ostrzolek serta Naib Pengerusi & CEO bagi POSCO E&C Chung Dong Hwa kesemuanya menghadiri majlis itu, yang diadakan pada tarikh kontrak itu ditandatangani.

Kemudahan ini bersama 2 unit penunuan serta sistem pemanas dan kuasa yang disatukan akan membantu melupuskan 680 tan sisa buangan isi rumah setiap hari, lebih kurang 220,000 tan setahun, dengan mengkitar semula sisa buangan itu sebagai tenaga dengan keupayaan untuk menjana 95,000 MW tenaga setiap tahun. POSCO E&C merancang untuk memulakan peringkat kejuruteraan terperinci dalam tempoh sebulan, dengan pembinaan dijangka bermula pada Julai 2013, dan tarikh siap disasarkan pada Disember 2015.  

POSCO E&C memenangi kontrak itu selepas bersaing sengit dengan syarikat-syarikat terkemuka di dunia dalam teknologi penunuan canggih, termasuk CNIM (Perancis), KEPPEL (Belgium), dan HITACHI (Jepun). Selain daripada itu, POSCO E&C mengambil bahagian dalam proses tender dan mendapatkan tempahan itu secara berasingan, bukan seperti pesaing lain, yang turut serta sebagai sebahagian daripada konsortium bersama. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan besar bagi keupayaan POSCO E&C dalam kejuruteraan dan pembinaan loji-loji penunuan.

Naib Pengerusi & CEO POSCO E&C Chung Dong Hwa berkata: "Ia satu penghormatan besar untuk mengeksport semula teknologi kejuruteraan dan pembinaan penunu seumpama itu, memandangkan negara kami banyak bergantung kepada negara-negara Eropah yang mesra alam sejak 30 tahun yang lepas. Dengan Poland merancang 11 projek penunuan menjelang 2016, kami akan melaksanakan projek ini sehingga ia ditamatkan dengan jayanya, dan bertapak di pasaran Poland dan Eropah Timur."

Media Boleh Hubungi

D.J.Chun
+82-32-748-2755
djchun@poscoenc.com

http://www.poscoenc.com/english/   

SUMBER:  POSCO E&C

Source: POSCO E&C
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Real Estate Utilities Licensing/marketing agreements