omniture

Pameran Perdagangan Singapura, November 2012

Kenfair Exhibition (Hong Kong) Limited
2012-11-05 21:12 209

HONG KONG, 5 Nov. 2012 /PRNewswire/ --

Edisi kedua pameran perdagangan penyumberan Asia, EKSPO KOMODITI FUJIAN-SINGAPURA (FUJIAN COMMODITIES EXPO-SINGAPORE) dan EKSPO ASIA-SINGAPURA (ASIA EXPO-SINGAPORE) ( http://www.asiaexposingapore.com/ ), akan berlangsung dari 14 hingga 16 November, 2012, yang menyediakan peluang penyumberan musim Luruh untuk para pembeli perdagangan Asia Tenggara.

Kerajaan Penduduk Wilayah Fujian dan Kenfair Exhibition (Hong Kong) Limited, ialah penganjur bersama kedua-dua acara yang akan berlangsung di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Marina Bay di Singapura, untuk para pengimport, pengedar dan pemborong serantau.

Ekspo-ekspo berkenaan disokong oleh Persekutuan Pekilang Singapura dan Persatuan Penjual Buku dan Alat tulis Singapura.

EKSPO KOMODITI FUJIAN-SINGAPURA & EKSPO ASIA-SINGAPURA mengetengahkan 300 pengilang dari China dan Asia, kesemunya akan memperagakan pelbagai jenis barangan berkualiti pada harga yang kompetitif. Ekspo itu menggabungkan dua bahagian utama -- EKSPO KOMODITI FUJIAN-SINGAPURA yang menawarkan perusahaan berkualiti dari Wilayah Fujian di Tanah Besar China: eKSPO ASIA-SINGAPURA yang menampilkan pelbagai peserta pameran dari TANAH BESAR CHINA, HONG KONG, TAIWAN, VIETNAM Dan SRI LANKA dan dikumpulan di bawah satu bumbung untuk memudahkan pembeli Asia dan serantau yang mahu menyumber dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu.

Pameran kami mengetengahkan pelbagai jenis barangan baharu yang inovatif seperti cenderamata & Premium, barangan rumah, permainan & produk bayi, makanan, pakaian & kasut, tekstil & Fabrik, barangan sukan dan luar rumah, perkakasan & bahan binaan serta mesin & komponen auto.

Ekspo itu dilangsungkan serentak dengan kitaran penyumberan akhir tahun untuk kebanyakan pembeli serantau yang mengetengahkan gandingan barangan pelbagai dan dipilih khas untuk para pembeli untuk merangkumkan penyumberan luar musim luruh mereka di Asia Tenggara.

Kerajaan Penduduk Wilayah Fujian

Kerajaan Penduduk Wilayah Fujian sangat aktif dalam menjayakan pameran dan inisiatif dalam merangsang pengukuhan eksport dan capaian pasaran perusahaan-perusahaan wilayah berkenaan.

Kenfair Exhibition (Hong Kong) Limited

Kenfair ialah syarikat pengurusan pameran perdagangan utama dalam menawar dan mengurus pameran-pameran perdagangan antarabangsa berskala besar. Selain daripada acara utama tahunannya, MEGA SHOW, yang dianjur setiap Oktober di Hong Kong, Kenfair telah mengurus pameran-pameran perdagangan di Macau,  London, Las Vegas, Warsaw, Shanghai dan Ningbo.

SUMBER : Kenfair Exhibition (Hong Kong) Limited

Source: Kenfair Exhibition (Hong Kong) Limited
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news