omniture

Yili Group Diiktiraf Untuk Wawasan Industrinya semasa Kongres Tenusu Global

Yili Group
2015-06-26 18:30 92

BEIJING, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai perusahaan terkemuka dalam industri tenusu China, Yili Group menghadiri Kongres Tenusu Global Kali Ke-9 pada 24 Jun, yang menyaksikan presiden syarikat, Pan Gang menggariskan pelan tindakan bagi tujuan pembangunan industri serta arah baharu untuk pertumbuhan industri yang mampan di seluruh dunia.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150625/225627

Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, telah dijemput oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menjadi penyampai jemputan semasa kongres itu, dan memberi ucapan dasar yang bertajuk "Normal Baharu dan Enjin Baharu -- Prospek Baharu Industri Tenusu China", yang memberi pandangan bernas terhadap trend produk tenusu China dan peluang-peluang yang disediakan untuk para pengeluar tenusu global.

Produk-produk Yili yang inovatif seperti PRO-KIDO dan Mei Yi Tian mendapat pujian tinggi daripada Jawatankuasa Penganjur, dan dengan itu, ia telah dipamerkan di lokasi yang menarik perhatian semasa persidangan itu, bertindak sebagai prototaip untuk penyedia tenusu lain dari segi inovasi teknologi dan penyelidikan produk.

Semasa persidangan itu, Pan Gang mengulas, "Kepelbagaian penggunaan yang dinaik taraf didominasi oleh pengguna hijau, para peminat dan orang lama sudah menjadi enjin baharu untuk pertumbuhan industri tenusu China." Beliau turut menyatakan, pengeluar tenusu di setiap ceruk dunia perlu mengorak langkah ke hadapan melalui inovasi dan pengantarabangsaan agar dapat menggalakkan perubahan serta penaiktarafan mereka. "Hanya dengan inovasi kita dapat memenuhi keperluan pengguna berbeza dan menyediakan produk yang lebih mesra alam dan selamat kepada mereka. Sementara itu, kita patut menggabungkan sumber global dan bekerjasama untuk memastikan kawanan lembu kita diternak di tempat yang paling sesuai dan produk tenusu kita diproses dalam kemudahan yang paling canggih seluruh dunia. Kita boleh mencapai lebih banyak kejayaan bersama berbanding secara berseorangan. Ini merupakan satu ikutan yang tidak dapat dielakkan lagi bagi industri tenusu pada zaman global ini."

Source: Yili Group
Keywords: Agriculture Awards Trade show news