omniture

Industri Kargo Udara Saksikan Salah Satu Pertukaran Sistem Terbesar

IBS Software Services Pvt. Ltd.
2015-06-30 16:03 265

FRANKFURT, Jerman, 30 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Lufthansa Cargo Lakukan Langkah Kemajuan Besar dalam Projek Peralihan Legasi ITnya

Industri kargo udara menyaksikan detik bersejarah apabila Lufthansa Cargo melaksanakan penyelesaian IT iCargo IBS di 120 stesen dalam rangkaiannya, termasuk tiga hab - Vienna, Munich dan Frankfurt. Frankfurt bukan sahaja merupakan hab utama Lufthansa Cargo untuk operasi globalnya, tetapi juga salah satu gerbang kargo paling sibuk di Eropah. Transformasi besar ini telah dicapai melalui penghentian sistem yang lancar, dengan operasi Lufthansa Cargo Frankfurt berjalan sepenuhnya tanpa gangguan urusan yang besar. Pertukaran sistem tersebut telah diikuti penuh minat oleh pemegang kepentingan industri. Dengan migrasi ini, Lufthansa Cargo bersedia untuk memodenkan sistem IT terasnya yang digunakan selama beberapa dekad.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150629/752639 )

Kejayaan peralihan hab terbesar Lufthansa Cargo kepada teknologi generasi baharu bakal menghantar isyarat jelas kepada industri penerbangan, yang secara tradisinya amat berhati-hati ketika melakukan pertukaran, bahawa migrasi kepada teknologi generasi baharu boleh dicapai dengan jayanya. Sistem iCargo akan dikendalikan oleh hampir 4,500 pengguna Lufthansa Cargo di seluruh dunia dan akan menyokong operasi kargo global Lufthansa Cargo ke lebih 300 destinasi merentasi 100 buah negara. Projek pemodenan IT itu - komponen penting bagi strategi Lufthansa Cargo 2020 - menggantikan beberapa sistem IT penting kepada sebuah platform yang menyepadukan semua peserta dalam rantaian pengangkutan. Ini akan menyediakan sokongan pintar kepada proses teras dan aliran maklumat yang lancar memastikan ketangkasan perniagaan serta berfungsi sebagai pemangkin untuk inovasi pada masa depan. Platform baharu itu akan membolehkan Lufthansa Cargo meluaskan sempadan inisiatif industri seperti penggunaan e-Freight dan pendigitan perniagaan.   

Penyelesaian iCargo IBS telah dipilih oleh Lufthansa Cargo, salah satu pengangkut kargo terbesar di dunia, untuk mengurus keseluruhan pergerakan kargo penerbangan itu di seluruh dunia. Syarikat penerbangan tersebut telah menilai lebih 400 penyedia penyelesaian setelah melakukan proses pemilihan yang bersungguh-sungguh yang berlangsung selama 18 bulan sebelum memilih IBS sebagai rakan kerjasama projek pemodenan IT mereka.

"IBS mempunyai tawaran terbaik untuk industri ini dan keputusan kami untuk melaksanakan projek ini secara bersama telah terbukti merupakan satu keputusan terbaik. Komitmen pasukan IBS adalah sama luar biasa seperti kolaborasi lancar dengan pasukan luar pesisir, kedua-duanya amat penting bagi kejayaan keseluruhan projek. iCargo telah terbukti sebagai produk yang tepat tanpa mengira saiz stesen atau hab dan telah menyampaikan kefungsian pemacu nilai yang tidak terkira. Strategi Lufthansa Cargo 2020 kami telah menjadi kenyataan. Platform IT dimodenkan ini mulai sekarang akan berfungsi sebagai tuas – membolehkan kami memperkenalkan inovasi dengan cekap dan produk terbaik secara berterusan untuk para pelanggan kami," jelas Dr. Karl-Rudolf Rupprecht, Ahli Lembaga Eksekutif Lufthansa Cargo.

"Ini benar-benar merupakan satu detik penting untuk IBS, membuktikan tanpa syak lagi yang iCargo merupakan penyelesaian pengurusan kargo udara No.1 di dunia. Pertukaran berjaya ini merupakan testimoni terhadap kemampuan, profesionalisme dan komitmen IBS untuk menyokong keperluan organisasi global seperti Lufthansa Cargo, yang terkenal dengan amalan perniagaannya yang berdisiplin. Malah, saya telah mengetahui beberapa kejadian yang mana pegawai-pegawai kanan menyebut pertukaran ini sebagai 'Penggantian sistem terbaik yang pernah berlaku dalam sejarah Lufthansa Group.' Saya pasti iCargo akan menambahkan nilai perniagaan yang signifikan kepada Lufthansa Cargo untuk mencapai kecekapan operasi dan pertumbuhan yang lebih tinggi," kata VK Mathews, Pengerusi Eksekutif, IBS Group.

Untuk pertanyaan media, hubungi
Mathew Joshua
+91-04716614363
e-mel: mathew.joshua@ibsplc.com

Source: IBS Software Services Pvt. Ltd.
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Passenger Aviation Transportation Travel