omniture

Appxquare Technologies Lancar Platform Cipta Aplikasi Mudahalih yang Berkesan Daripada Segi Kos bagi PKS

Appxquare Technologies
2012-11-06 17:35 186

PETALING JAYA, Malaysia, 6 Nov., 2012 / PRNewswire/ --

Appxquare Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian aplikasi mudahalih bangga untuk mengumumkan keterdapatan platform mencipta aplikasi mudahalih yang berkesan daripada segi kos di Malaysia – yang dibangunkan secara khusus bagi Perusahan-perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS), yang tidak memerlukan pengetahuan dalam pengaturcaraan .

"Peranti-peranti mudahalih seperti Smartfon dan Tablet sudah pasti merupakan antara teknologi paling menggamit sehingga ini," kata Nicholas Foong, CEO Appxquare Technologies. "Ia secara langsung mentransformasi kehidupan harian kita daripada cara bagaimana kita membaca suratkhabar, menempah tiket kapalterbang dan sehinggakan menghidupkan TV." Beliau meneruskan , "Ya, saya sehinggakan mempunyai satu aplikasi pada smartfon saya yang bertindak sebagai peranti kawalan jauh bagi keseluruhan Sistem Teater Rumah saya." Aplikasi mudahalih ini direkabentuk menggunakan perisian untuk dikendalikan pada peranti-peranti mudahalih yang menghidupkan unit itu. Satu kajian terbaru oleh Nielsen menunjukkan, bilangan smartfon dijangka menjangkau angka kritikal pada 2013 dengan bilangan smartfon akan mencapai berjuta-juta pengguna bersama remaja mewakili segmen pertumbuhan terbesar. Daripada segi tingkahlaku penggunaan smartfon, 1 dalam 3 pengguna smartfon di Malaysia lebih rela melepaskan TV daripada smartfon mereka (Google &  Ipsos Market Research, 2011).

Secara tradisional, aplikasi perniagaan mudahalih bagi peranti-peranti mudahalih  dibangunkan mengikut langganan, yang menelan belanja berpuluh hingga beratus ribu Ringgit untuk dibangunkan selain ia satu proses yang mengambil masa yang lama. Oleh itu, hanya perbadanan-perbadanan besar dan Multinasional yang mampu memiliki aplikasi mudahalih mengikut langganan yang seterusnya disampaikan kepada pelanggan mereka. Platform penciptaan aplikasi mudahalih Appxquare menawarkan satu model Bayar-Semasa-Guna (Pay-As-You-Go) yang berasaskan pada fee langganan tahunan yang harganya hanya RM99 sebulan bagi smartfon Apple dan Android.

Selain daripada menampilkan produk serta khidmat, platform pewujudan aplikasi mudahalih Appxquare mempunyai pelbagai ciri seperti Berita, Acara, Kenalan, Peta, dan Video, termasuk ciri-ciri canggih daripada Makluman Pada Hujung Jari (Push Notification),  Tempahan Mudahalih (Mobile Booking) hinggalah Analitik. "Appxquare merupakan sebuah platform yang berubah, " kata Nicholas. "Dari masa ke masa kami akan memperkenalkan ciri-ciri baru dengan kesemua pelanggan sedia ada kami dapat menikmatinya dengan percuma." Platform mencipta aplikasi mudahalih milik Appxquare adalah ideal bagi semua perniagaan Perniagaan-ke-Perniagaan (B2C), seperti Restoren, Bar, Hotel, Salon Kecantikan, Jauhari, Butik Fesyen, dsb. 

"Saya agak bimbang pada mulanya memandangkan saya pada masa itu tidak mempunyai  smartfon," jelas Kris Wong, pengasas 'That Special Occasion'. "Selepas menyedari betapa mudah untuk menggunakan portal web Appxquare untuk mewujudkan aplikasi mudahalih saya, ia hanya mengambil masa kurang daripada satu jam untuk menghasilkan aplikasi saya." Beliau meneruskan, "Ia seperti menggunakan Facebook".

Appxquare merupakan sebuah penyedia utama aplikasi serta penyelesaian mudahalih. Matlamat kami adalah untuk menggunakan kepakaran meluas kami serta teknologi-teknologi terbukti untuk menyampaikan aplikasi terbaharu dan penyelesaian-penyelesaian yang berkesan daripada segi kos kepada PKS dan Perbadanan-perbadanan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lanjut, sila lawat www.appxquare.com.

Hubungi:

Nicholas Foong
Appxquare Technologies
+60(03)76517857
info@appxquare.com
www.appxquare.com

SUMBER:  Appxquare Technologies

Source: Appxquare Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services