- Koleksi dijual secara eksklusif di EDbyEllen.com
NEW YORK, 1 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Ellen DeGeneres memperkenalkan koleksi gaya hidup baharu beliau, ED di EDbyEllen.com hari ini. Menampilkan rangkaian kategori produk termasuk kediaman, pakaian dan aksesori, ED merupakan jenama gaya hidup yang diinspirasikan oleh gaya, nilai dan personaliti ikonik pengasasnya, Ellen DeGeneres. Dinamakan sempena nama panggilan Portia de Rossi untuk Ellen, ED mencerminkan gaya hidup peribadi Ellen daripada di depan kamera kepada membeli-belah bersama rakan-rakan pada hujung minggu selain ketika melayan tetamu di rumah.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150629/226819
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150629/226820
Koleksi pakaian itu menampilkan gabungan sempurna gaya kasual dan berpotongan yang dipertingkatkan dengan perhatian tajam Ellen terhadap perincian. Ellen DeGeneres berkata, "Saya ingin mengisi kekosongan dalam pasaran bagi pakaian yang berkualiti tinggi, selesa tetapi bergaya yang mudah dipakai dengan perincian sempurna. Itulah yang menjadikannya begitu istimewa dan mengapa saya begitu teruja sekiranya rangkaian ED saya dilancarkan dan semua orang akhirnya boleh mendapat sedikit daripada saya… Anda tahu maksud saya."
J. Christopher Burch, Ketua Pegawai Eksekutif Burch Creative Capital dan Rakan Pengasas ED, berkata, "Keghairahan Ellen serta pandangannya yang teliti terhadap rekaan menginspirasikan seluruh usaha ini, dan beliau telah menjadi rakan kongsi yang hebat serta berdedikasi. Jenama ini telah diwujudkan dengan begitu lancar dan saya berbangga serta teruja dengan pelancaran EDbyEllen.com hari ini apabila kami membawakan jenama luar biasa ini ke pasaran."
"Ellen telah menjadi perintis dan rancangan strategik kami juga adalah inovatif," kata Marisa Gardini, Rakan Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ED. "Pelancaran laman edagang utama ED membantu kami untuk memperluaskan jenama kami kepada beberapa kategori, negara dan kaedah edaran. Ia merupakan cerminan sebenar estetika rekaan serta perhatian kepada kualiti dan perincian yang dimiliki oleh Ellen."
Direka untuk digabungkan dan dipadankan, barangan utama termasuk jaket bomber, pakaian berasingan direka dengan fabrik Itali, baju bertenun, kemeja-T grafik berlukisan tangan, dan baju panas teri Perancis kapas, lengkap dengan ungkapan yang melambangkan Ellen – Kegembiraan, Cinta, Keriangan. Unsur-unsur khas seperti mesej "cinta" bersulam, butang buatan tangan dan lapik fulard terdapat dalam seluruh koleksi seperti mana kecintaan dan sokongan Ellen terhadap haiwan yang dilihat pada barangan seperti kemeja-T haiwan grafik "sempurna-tak sempurna", baju panas, pin dan beg tote.
Dengan meraikan nilai estetika desa yang moden, koleksi kediaman itu dengan unik menggabungkan garisan dan tekstur kemas dengan kemasan artisan serta buatan tangan yang diinspirasikan oleh minat mendalam Ellen dalam mengumpulkan barangan antik dan juga hasil seni. Kegemarannya melayani tetamu di rumah turut ditekankan dalam keseluruhan koleksi, terutamanya dengan perkakas hidangan seramik unik, set perkakas bar bermotifkan haiwan dan tekstil buatan tangan yang versatil. Sorotan tambahan termasuk pinggan catan tangan, bantal dicelup indigo warna dan dijahit tangan serta selimut jahitan tampal.
Pakaian dan aksesori dijual pada harga $25 hingga $395. Koleksi kediaman berharga antara $25 hingga $365.
Latar Belakang ED
ED merupakan jenama gaya hidup Amerika yang diinspirasikan gaya, nilai dan personaliti ikonik pengasasnya, Ellen DeGeneres. Dengan keghairahan terhadap rekaan dalaman, seni bina dan fesyen, Ellen membawakan visi uniknya kepada koleksi rekaan cantik dan berkualiti tinggi pakaian serta aksesori wanita dan juga barangan hiasan rumah. Jenama gaya hidup ini adalah benar, mudah didapati dan setiap produk terasa seperti wujudnya hubungan peribadi antara Ellen serta para pengguna di seluruh dunia. ED akan disediakan secara eksklusif melalui EDbyEllen.com.