-- Para pelajar digalakkan menyertai sembang langsung Facebook® untuk persediaan ujian TOEFL pada 9 Julai
PRINCETON, New Jersey, 2 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Bermula bulan ini, calon peperiksaan yang ingin mengambil ujian TOEFL® digalakkan untuk bertindak dan menyahut Cabaran Persediaan Ujian TOEFL sebagai langkah untuk menyambung pengajian mereka ke luar negara. Kempen selama sembilan minggu ini akan menyokong calon ujian sambil mereka bersedia untuk menduduki ujian TOEFL dengan mencabar mereka melalui soalan-soalan ujian sebenar daripada kertas peperiksaan lepas, menawarkan panduan menduduki peperiksaan, dan menyediakan sumber yang bernilai untuk memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris mereka serta untuk menjawab soalan dengan cemerlang pada hari peperiksaan.
Video - https://youtu.be/r8ennUE79CY
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
Cabaran Persediaan Ujian TOEFL akan melengkapi calon peperiksaan dengan pengetahuan dalam keempat-empat seksyen ujian (membaca, mendengar, bertutur dan menulis) serta akan ditawarkan menerusi pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook®, Instagram® dan juga LinkedIn®. Setiap minggu, para peserta akan diberikan panduan persediaan ujian yang berguna melalui imej dan video pendek.
Sebagai sebahagian daripada cabaran itu, program TOEFL akan mengadakan satu sesi soal jawab sembang secara langsung Facebook secara global pada 9 Julai jam 13:00 UTC. Pakar-pakar Bahasa Inggeris akan bersedia untuk menjawab soalan-soalan pembelajaran Bahasa Inggeris termasuk panduan persediaan rasmi, cara mendaftar untuk menduduki ujian dan persediaan yang diperlukan untuk menyambung pengajian ke luar negara.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan persediaan ujian daripada pembangun ujian TOEFL itu sendiri akan mendapat manfaat daripada Cabaran Persediaan Ujian TOEFL ini, dengan campuran kelas, latihan, dan inspirasi," kata Jobert Abueva, pengarah pemasaran kanan program TOEFL. "Selepas menghabiskan cabaran selama sembilan minggu ini, para pelajar akan mendapati mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi ujian."
Para pelajar boleh mendaftar untuk menyertai sembang secara langsung dalam talian di Facebook di https://www.facebook.com/events/843448772371230/. Maklumat lanjut tentang ujian TOEFL boleh didapati di www.toeflgoanywhere.org
Latar Belakang Ujian TOEFL
Ujian akademik Bahasa Inggeris TOEFL merupakan penilaian Bahasa Inggeris yang paling diiktiraf secara meluas di seluruh dunia, diiktiraf oleh lebih 9,000 institusi di lebih 130 buah negara. Setakat ini, lebih 30 juta pelajar telah mengambil ujian TOEFL. Maklumat lanjut tentang ujian TOEFL, termasuk pendaftaran, panduan ulang kaji dan soalan contoh boleh didapati di laman sesawang TOEFL® Go Anywhere melalui www.toeflgoanywhere.org.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan menyeluruh. ETS membantu individu, institusi pendidikan, dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai khusus bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah, dan pascamenengah, dan juga dengan mengendalikan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Ditubuhkan sebagai organisasi tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan, dan menanda lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® — untuk lebih 180 buah negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org.