omniture

Gionee Dermakan NPR 5.6 Juta sebagai Bantuan Gempa Bumi Nepal

Gionee
2015-07-02 14:05 467

KATHMANDU, Nepal2 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Gionee, penyedia global utama bagi peranti mudah alih, telah mendermakan Rs 5,600,000 untuk membantu usaha-usaha pemulihan gempa bumi Nepal.

William Lu, Presiden Gionee telah menyerahkan cek bernilai Rs 5,000,000 kepada Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala
William Lu, Presiden Gionee telah menyerahkan cek bernilai Rs 5,000,000 kepada Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala

Pada 30 Jun, William Lu, Presiden Gionee telah menyerahkan cek bernilai Rs 5,000,000 kepada Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala.

"Gionee amat bersedih dan bersimpati terhadap mangsa gempa bumi yang tragis itu," kata William Lu. "Kami telah berusaha untuk membantu Nepal berdepan dengan gempa bumi dan kesannya."

Perdana Menteri, Sushil Koirala meluahkan rasa terima kasih beliau kepada Gionee kerana menyokong Nepal pada saat yang amat memerlukan ini. Beliau turut memuji Gionee, sebuah perusahaan China yang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan Nepal.

Gionee memasuki Nepal pada September lalu dan telah membuka lebih 600 gedung runcit di seluruh negara itu. Kini, ia meraih berkedudukan 5 teratas dalam pasaran telefon mudah alih Nepal, dan menyasarkan untuk menjadi nombor 1 menjelang tahun 2017, menurut William Lu.

Gionee turut menubuhkan Yayasan Gionee Sahayogi Haat Kosh dan mendeposit Rs 500,000 untuk memulakan tabung tersebut. Ia telah digunakan untuk membina 25 buah rumah sementara untuk mangsa gempa di Bhaktapur dan Gionee akan membantu membina lebih banyak rumah sementara pada bulan-bulan akan datang.

Selain itu, bagi setiap telefon pintar yang dijual di Nepal dalam tempoh 3 bulan akan datang, 50 Rupee akan didermakan kepada rumah anak yatim tempatan, Bal Mandir. Jumlah yang dikumpul untuk tabung ini akan digunakan untuk membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka semasa gempa baru-baru ini.

Sehingga kini, Gionee telah mendermakan 5.6 juta rupee kepada Nepal untuk bantuan gempa.

Latar Belakang Gionee

Ditubuhkan pada tahun 2002, Gionee Communication Equipment Co., Ltd. merupakan sebuah syarikat teknologi tinggi yang terlibat dalam penciptaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dalam pasaran global, serta perkhidmatan aplikasi internet mudah alih untuk peranti mudah alih.

Facebook: https://www.facebook.com/GioneeGlobal 
Twitter: https://twitter.com/Gioneeglobal

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150701/0861505883

Source: Gionee
Keywords: