omniture

Gastronomi Mexico di Paris

The Mexico Tourism Board
2015-07-08 21:39 311

PARIS, 8 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Mari sertai empat cef handalan Mexico apabila mereka mempersembahkan pengalaman masterclass gastronomi Mexico yang unik di Paris, Perancis pada 9 dan 10 Julai. Siri ini akan disiarkan secara langsung dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis melalui visitmexico.com/venacomer.

Peluang istimewa ini menawarkan kesempatan untuk menyaksikan antara cef-cef terbaik Mexico beraksi:

- Sejarah ringkas hidangan Mexico (9 Julai pada jam 16:00, waktu tempatan Paris) 

Guilllermo Gonzalez Beristain, Restoran Pangea (#19 dalam senarai 50 Restoran Terbaik Amerika Latin); Monterrey, Mexico 

Berasal dari Ensenada, Baja California, Guillermo Gonzalez Beristain telah menunjukkan minat dalam bidang masakan ketika berusia seawal 14 tahun. Guillermo telah mengambil pengalaman dan mengaplikasikan kemahirannya ketika bekerja di restoran-restoran berbintang Michelin sekitar Eropah dan A.S., kemudiannya membuka Restoran Pangea yang disegani.

- Gastronomi Puebla: gabungan zaman pra-Colombia dan kolonial (9 Julai pada jam 17:30, waktu tempatan Paris) 

Angel Vazquez, Restoran Intro; Puebla, Mexico

Seorang cef yang menjelajah dunia, Angel Vazquez telah memulakan kerjaya kulinarinya di Puebla, Mexico dan kemudian bertugas di New York serta restoran-restoran berbintang Michelin di Paris dan juga Barcelona, termasuk Ze kitchen Gallerie dan Cingle. Beliau telah menampilkan hidangan Puebla di peringkat antarabangsa di kedutaan Berlin 2011 dan Lima 2012, di Festival Gourmet Chicago pada tahun 2013, Pembukaan Rasmi Koktel di FITUR, Madrid 2013, dan sebanyak dua kali ketika di Vatican sempena "Koktel Krismas Mexico".

Kini, Angel merupakan pemilik Restoran Intro di Puebla yang membawakan rasa Maghribi, Thailand, Scandinavia, dan Mexico, antara lainnya. Projek-projek terkininya ialah Antojeria "Salome Antojeria del mar" dan "La Palafoxiana mezcaleria y Champaneria", yang dicipta oleh beliau bersama sekumpulan teman-temannya.

- Rantau Baja California: pusat tumpuan inovasi untuk generasi baharu cef-cef Mexico (10 Julai pada jam 16:00, waktu tempatan Paris) 

Diego Hernandez Baquedano; Restoran Corazon de Tierra (#42 dalam senarai 50 Restoran Terbaik Amerika Latin); Ensenada, Mexico 

Diego Hernandez memulakan kerjayanya di Mexico di beberapa buah dapur cef-cef paling terkenal negara itu termasuk Benito Molina, Guillermo Gonzalez dan Enrique Olvera. Beliau memperoleh ijazah rasmi daripada Sekolah Seni Kulinari Tijuana dan merupakan cef pemilik bersama Restoran UNO di Tijuana.

Pada tahun 2011, dengan kerjasama The Villa Valley, beliau telah mewujudkan "Restoran Corazon de Tierra" di Valle de Guadalupe, suatu tanda ingatan kepada hidangan Baja California, yang memfokuskan terutamanya kepada cara dan adat Ensenada. Pendekatan beliau terhadap masakan adalah interpretasi peribadi gaya rantau itu dan menyampaikan sensitiviti serta hormat kepada alam semula jadi. Beliau telah dicalonkan sebagai "Cef Baharu Terbaik" oleh Travel + Leisure pada tahun 2011 dan Corazon de Tierra meraih gelaran "Restoran Hotel Terbaik" pada tahun 2012. Beliau telah dianugerahkan hadiah untuk "Konsep Terbaik" oleh penerbitan yang sama pada tahun 2013. Pada tahun yang sama, Corazon de Tierra telah tersenarai pada #30 dalam senarai "50 Restoran Terbaik di Amerika Latin".

- Mencipta gaya hidangan baharu di rantau Yucatan (10 Julai pada jam 17:30, waktu tempatan Paris)

Roberto Solis, Restoran Nectar; Merida, Mexico

Roberto Solis mengambil keputusan untuk membuka restorannya, Nectar, pada usia 27 tahun tanpa sebarang pengalaman. Gaya kulinari restoran itu bermula dengan konsep minimalis yang perlahan-lahan berubah untuk mewujudkan Hidangan Yucatecan Baharu daripada asal-usul tradisional.

Pengetahuan dan pembelajaran profesional Solis sebahagian besarnya berpunca daripada pelbagai pengalaman peribadi beliau. Pada tahun 2004, beliau bekerja di restoran Fat Duck yang terkenal seluruh dunia di England. Pada tahun 2008, beliau bertugas di restoran Thomas Keller Per Se di New York manakala pada tahun 2010 pula di Les Creations of Narisawa di Tokyo bersama cef Yosihiro Narisawa. Pada tahun 2009, beliau menubuhkan festival terkenal Kooben bersama rakan beliau Cef Luis Barocio. Kini, Roberto mengusahakan beberapa projek termasuk restoran tapas kasual Mexico dan sebuah taqueria.

Semua masa adalah pada waktu tempatan Paris, Perancis. Sertai perbualan melalui media sosial dan gunakan hashtag #venacomer.

Source: The Mexico Tourism Board
Keywords: Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Maritime/Shipbuilding Restaurants Travel Broadcast feed announcements