omniture

Pelayan Bar Terbaik Mula Belayar untuk Beradu Tenaga dalam Pertandingan Koktel Terbesar Dunia

Diageo Global Travel Western
2015-07-08 21:58 276

MIAMI, 8 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Pelayan bar kapal persiaran terbaik dunia daripada Norwegian Cruise Line, Royal Caribbean International dan Celebrity Cruises bertarung merebut tempat dalam Pertandingan Akhir Global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS™

Pertarungan untuk menjadi pelayan bar terbaik dunia telah bermula. Tahun ini, seramai 5,500 pelayan bar kapal persiaran daripada tiga rangkaian persiaran terkemuka dunia menggegar pentas persaingan dalam Program Diageo Global Travel WORLD CLASS™ bagi merebut tempat dalam Pertandingan Akhir DIAGEO RESERVE WORLD CLASS.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150707/232230 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150707/232231 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150707/232232 )

Hanya seorang boleh mara ke peringkat seterusnya bagi mewakili Global Travel dalam Pertandingan Akhir Global untuk Pelayan Bar Terbaik Tahun Ini WORLD CLASS yang dibarisi bintang terkenal yang akan berlangsung di Cape Town lewat tahun ini, bersaing dengan para pelayan bar terbaik dari seluruh dunia. Pemenang tahun lepas, Charles Joly, telah mengalami pengembaraan yang mengubah kehidupan, padat dengan peluang baharu dan mengujakan seperti menyediakan minuman di majlis perkahwinan Jenson Button dan Anugerah Grammy.

Kesemua 5,500 pelayan bar yang mengambil bahagian dalam latihan itu melalui beberapa pusingan persaingan untuk mendapatkan tiga calon terbaik. Kini, mereka akan beradu tenaga dalam Pertandingan Akhir Global Travel WORLD CLASS yang gilang-gemilang di Diageo 396 Bar yang mewah di Miami, Florida pada 9 Julai 2015. Mereka ialah:

  • Wade Cleophas, 29, Afrika Selatan: Norwegian Cruise Line
  • Santos Mercedes Enriquez, 39, Peru: Celebrity Cruises
  • Shekhar Grover, 28, India: Royal Caribbean International

Panel hakim pakar yang diamanahkan dengan tugas sukar untuk memilih pemenang Global Travel ialah; Enrique de Colsa, Pakar Penyuling untuk Tequila Don Julio; Spike Marchant, Duta Jenama Global World Class; Erik Lorincz, Pelayan Bar Terbaik Tahun 2010 World Class; dan Julio Cabrera, Rakan Kongsi Pengurusan The Regent Cocktail Club di Miami.

Jurulatih WORLD CLASS Sarah Lawrence berkata, "Memang sangat seronok dapat melihat para pelatih meningkat maju dalam program dan peringkat persaingan. Terdapat rasa keterujaan dalam suasana sambil mereka menemui semula koktel klasik, mencari garapan dan olahan menarik bagi campuran itu, menggunakan arak terbaik daripada portfolio mewah Diageo Reserve bagi mencipta minuman mengujakan untuk para tetamu kapal persiaran. Kini, kami sudah mendapat tiga peserta akhir! Setiap seorang telah membuktikan diri mereka yang terbaik dalam bidang pelayan bar kapal persiaran dan saya tidak sabar-sabar mahu melihat siapa yang bakal dijulang sebagai juara Diageo Global Travel."

Louise Higgins, Pengarah Pemasaran Rantau, Diageo Global Travel Western , berkata: "DIAGEO RESERVE WORLD CLASS berada di barisan hadapan dalam arena seni adunan minuman yang canggih, mengorak langkah dalam mencipta pengalaman minuman mewah. Inisiatif latihan global ini diiktiraf ramai sebagai tanda kecemerlangan dalam budaya minuman mewah antarabangsa. Kami gembira dapat bekerjasama dengan tiga kapal persiaran yang terkemuka ini dalam program Global Travel bagi tahun 2015. Kami bersama-sama ingin memastikan kami sentiasa mencabar batasan kontemporari dan eksperimen dalam budaya koktel. Persaingan sangat sengit tahun ini -- saya mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap peserta akhir kami!"

Pakar adunan minuman terkemuka Sarah Lawrence ialah salah seorang jurulatih yang mengetuai program layanan bar intensif WORLD CLASS yang disertai oleh para peserta akhir kami, yang ingin mengilhamkan serta mendidik pelayan bar kapal persiaran dalam seni adunan minuman penuh mistik. Para pelatih dilatih dalam perkhidmatan luar biasa, bahan-bahan inovatif, seni persembahan, dan ikutan pembuatan koktel terkini, sambil menyediakan mereka untuk persaingan sengit yang bakal mereka hadapi. Latihan ini akhirnya akan membolehkan mereka menyediakan tetamu mereka dengan pengalaman dalam bar yang luar biasa atas kapal persiaran mereka.

Nota untuk editor 

Ikuti persaingan ini melalui Facebook dalam laman 'Pertandingan Akhir Global WORLD CLASS': http://www.facebook.com/WorldClass

Jurulatih Diageo Bar Academy:

  • Terdapat seramai 5 jurulatih kesemuanya; Sarah Lawrence, Julio Cabrera, Michael Parish, Carla Rivera dan David Molina.

Peserta Akhir Kapal Persiaran:

  • Wakil Norwegian Cruise Line: Wade Cleophas, 29, dari Afrika Selatan merupakan ketua adunan minuman di Norwegian Epic. Impian Wade adalah untuk menjadi jurulatih seni adunan minuman seluruh dunia, mengamalkan apa yang beliau pelajari daripada rakan setara beliau dalam industri. Beliau bakal mengadun 'Lifes Peachy,' menggunakan Gin No.TEN™ TANQUERAY®, sebagai koktel ciptaan khas beliau.
  • Wakil Royal Caribbean International: Santos Mercedes Enriquez, 39, dari Peru merupakan pelayan bar kanan di Royal Caribbean Equinox. Inspirasi beliau untuk menjadi pengadun minuman berputik daripada ibu beliau yang merupakan seorang pelayan bar, serta pakar pengadun minuman sanjungan ramai Gary Regan. Beliau dikenali dengan minuman khas, 'Violetta Falernum,' menggunakan Gin No.TEN™ TANQUERAY®.
  • Wakil Celebrity Cruises: Shekhar Grover, 28, dari India merupakan pengadun minuman di Anthem of the Seas. Beliau sudah cukup biasa dengan pertandingan, setelah memenangi Pertandingan Akhir Global Travel WORLD CLASS tahun lepas dan bersaing semasa Pertandingan Akhir WORLD CLASS™ di London. Bagi pertandingan tahun ini, beliau menyasarkan untuk mempraktikkan apa yang beliau pelajari daripada program tahun lepas bagi menghasilkan minuman khas yang paling enak: 'Con Amor' juga menggunakan Gin No.TEN™ TANQUERAY®.

Sila minum dengan berhemah, lawati DRINKiQ.com.

Perkataan dan logo berkaitan TANQUERAY dan No.TEN merupakan tanda dagang.

Source: Diageo Global Travel Western
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Leisure/Travel/Hotels Maritime/Shipbuilding Travel Awards