omniture

CompTIA Alu-alukan Asia Pacific University of Technology & Innovation sebagai Rakan Akademik Pertama di Malaysia

CompTIA
2015-07-09 18:37 269

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- CompTIA, persatuan dagangan industri teknologi maklumat (IT), telah mengalu-alukan  Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) sebagai Rakan Akademik Sah CompTIA pertama di Malaysia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130107/DC38135LOGO

Gurpardeep Singh, Naib Presiden, Operasi, di APU dan Dennis Kwok, Naib Presiden, Asia Pasifik, CompTIA, baru-baru ini melancarkan kerjasama itu di kampus APU di Kuala Lumpur.

Melalui kolaborasi ini, para pelajar APU dapat menamatkan pengajian dengan ijazah akademik daripada APU dan kelayakan kemahiran IT bebas vendor yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada CompTIA.

"Asia Pacific University of Technology and Innovation amat berbesar hati untuk menjadi Rakan Akademik Sah CompTIA pertama di Malaysia," kata Singh. "Kami sentiasa mencari cara baharu untuk memastikan program kami terus menerajui dunia pengkomputeran. Kolaborasi dengan CompTIA akan terus membantu kami mencapai objektif ini. Ia merupakan peluang hebat kepada para pelajar APU untuk mendapatkan pendidikan IT bebas vendor yang disepadukan dalam kurikulum mereka menerusi CompTIA."

"APU merupakan rakan strategik penting untuk kami kerana universiti ini berada di barisan hadapan dalam mempertingkatkan pembangunan tenaga kerja, menambah baik kebolehgajian para siswazah dan menyediakan nilai pendidikan untuk tempoh jangka panjang," kata Kwok. "Kerjasama dengan APU membantu CompTIA memenuhi salah satu objektif utamanya – untuk menyediakan tenaga kerja IT pada masa kini dan masa depan."

Kerjasama antara APU dan CompTIA berlaku pada masa yang tepat.

Menurut Kajian Trend Penerimaan Teknologi Antarabangsa dan Tenaga Kerja 2015 CompTIA, 63 peratus eksekutif Malaysia yang ditinjau berkata mereka menjangka untuk menambah jumlah kakitangan IT dalam perniagaan mereka tahun ini. Selain itu, syarikat-syarikat di Malaysia merancang untuk meningkatkan perbelanjaan IT, secara purata, sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2015.

Pensijilan profesional seperti yang dikeluarkan oleh CompTIA memainkan peranan yang semakin penting dalam pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat kakitangan IT. Pengurus pengambilan pekerja dan ahli-ahli profesional sumber manusia percaya calon pekerja IT yang memperoleh pensijilan daripada industri mampu menjimatkan masa dan sumber dalam menilai pemohon, memastikan kredibiliti calon serta menunjukkan mereka mempunyai set pengetahuan asas.

Setelah diambil bekerja, ahli-ahli profesional IT yang disahkan lebih cepat menyesuaikan diri, lebih berkemungkinan untuk kekal dalam syarikat untuk tempoh jangka panjang, lebih berkemungkinan dinaikkan pangkat dan secara umumnya mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding kakitangan IT yang tidak disahkan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Asia Pacific University of Technology & Innovation, lawati http://www.apu.edu.my/.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang CompTIA, lawati CompTIA dalam talian, Facebook, LinkedIn dan Twitter.

Source: CompTIA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology