omniture

'Visa Emas' Portugal Muncul sebagai Program Kediaman-melalui-Pelaburan Paling Popular pada 2015

Henley & Partners
2015-07-09 19:59 345

LISBON, Portugal, 9 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Portugal telah mengurangkan keperluan modal kelayakan minimum untuk Program Permit Kediaman Emas, menjadikannya salah satu program kediaman-melalui-pelaburan paling mampu milik di Kesatuan Eropah.

Henley & Partners, peneraju global dalam perancangan kediaman dan kerakyatan untuk individu serta keluarga kaya, mengumumkan bahawa Program Permit Kediaman Emas Portugal merupakan program kediaman -melalui-pelaburan utama pada tahun 2015, disokong oleh laporan industri mereka iaitu Program Kediaman dan Kerakyatan Global 2015 (GRCP). Pengumuman ini dibuat setelah Portugal mengurangkan keperluan modal kelayakan minimum untuk program kediaman mereka kepada EUR 350,000.

Laporan GRCP tahunan Henley & Partners menggunakan kaedah saintifik untuk menganalisis secara sistematik program kediaman -melalui-pelaburan dan kerakyatan-melalui-pelaburan utama yang terdapat di seluruh dunia. Ia menampilkan analisis pakar dan ulasan daripada tokoh-tokoh penting dalam industri imigrasi pelabur, termasuk peguam-peguam imigrasi dan kerakyatan, pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar risiko negara dan para penyelidik akademik.

Antara program kediaman utama yang disemak dalam laporan tersebut, program Portugal menduduki tangga pertama dalam Indeks Program Kediaman Global (GRPI). Program-program telah disenaraikan berdasarkan 10 petunjuk: Reputasi, Kualiti Kehidupan, Cukai, Akses Bebas Visa, Masa Pemprosesan dan Kualiti Pemprosesan, Kepatuhan, Keperluan Pelaburan, Kos Keseluruhan, Masa kepada Kerakyatan dan Keperluan Kerakyatan.

Eric Major, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, mengulas, "Daripada sepuluh petunjuk yang diukur dalam Laporan tersebut, Portugal berada di kedudukan teratas bagi petunjuk kos keseluruhan kerana keperluan pelaburan keseluruhan kini nyata lebih rendah daripada program kediaman lain. Ini hadir selepas Portugal mengumumkan ia mengurangkan pelaburan minimum yang diperlukan untuk mendapatkan permit kediaman Portugal. Perubahan ini menjadikan program Portugal sebagai salah satu program imigrasi-melalui-pelaburan paling mampu milik di Kesatuan Eropah."

Namun begitu, sekatan baharu telah diperkenalkan kepada program itu berhubung dengan keperluan modal yang dikurangkan ini. Contohnya, berhubung hartanah, hanya hartanah yang berusia lebih daripada 30 tahun atau terletak di kawasan pemulihan semula bandar layak untuk mendapat tahap pembelian minimum ini. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, maka tahap kelayakan asal sebanyak EUR 500,000 masih berkuat kuasa. Selain itu, kos bagi kerja-kerja pemulihan hartanah yang dibeli akan termasuk dalam pelaburan kelayakan minimum. Akhir sekali, kos minimum yang disemak semula boleh diturunkan selanjutnya jika hartanah itu terletak di kawasan yang kurang berpenduduk.

Selain itu, anak-anak berusia lebih 18 tahun tidak lagi diwajibkan belajar di Portugal untuk layak bagi perjumpaan semula keluarga.

Amaun pelaburan kelayakan baharu telah diperkenalkan, termasuk aktiviti penyelidikan (sekurang-kurangnya EUR 350,000 pelaburan); penghasilan artistik atau warisan semula jadi (sekurang-kurangnya EUR 250,000 pelaburan); atau dana dilaburkan dalam pemodalan SME (sekurang-kurangnya EUR 500,000 pelaburan).

Major menambah, "Program Permit Kediaman Emas Portugal, yang biasanya dirujuk sebagai Visa Emas, terus menjadi salah satu program kediaman paling popular ditawarkan oleh Henley & Partners. Ini terutamanya dihubungkan kepada keperluan pelaburan rendah, kualiti hidup yang tinggi, standard kepatuhan dan usaha wajar. Dengan kos pelaburan kelayakan minimum direndahkan selanjutnya, kami menjangkakan permintaan untuk program kediaman Portugal terus meningkat."

Portugal mempunyai reputasi cemerlang, dengan kedudukan Indeks Pembangunan Manusia yang amat tinggi, dan dianggap sebagai salah sebuah negara paling global dan aman di dunia dengan kualiti hidup yang hebat. Ia merupakan antara negara tertua di Eropah dengan sejarah yang kaya, budaya yang meriah, pantai yang menakjubkan serta kawasan perkampungan yang indah.  Portugal merupakan ahli penuh Kesatuan Eropah.

Beban cukai ke atas penduduk Portugal adalah antara yang paling rendah dalam GRPI, pada peringkat korporat dan peribadi. Permit kediaman Portugal menawarkan akses bebas visa ke semua Negeri Schengen. Standard kepatuhan dan segala usaha wajar negara tersebut adalah agak tinggi.

Sumber: Henley & Partners

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service