omniture

Projek TCS dan AGL Meraih Anugerah Kecemerlangan Pengguna SAP 2012

Program Projek Transformasi Spektrum Diiktiraf dalam Kategori Realisasi Nilai Terbaik SAP
Tata Consultancy Services
2012-11-07 18:03 333

MUMBAI, India, 7 Nov., 2012 /PRNewswire/ -- Tata Consultancy Services (TCS), (BSE: 532540, NSE: TCS), sebuah organisasi perkhidmatan IT, perundingan dan penyelesaian perniagaan global yang terkemuka, mengumumkan bahawa AGL, satu daripada syarikat tenaga bersepadu yang boleh diperbaharui di Australia, dan TCS telah bersama-sama memenangi Anugerah Kecemerlangan SAP bagi Realisasi Nilai Terbaik untuk "Projek Spektrum", satu inisiatif utama untuk mengubah proses pembilan dan perkhidmatan AGL.

AGL memilih TCS sebagai rakan perkhidmatan IT mereka bagi Projek Spektrum, satu program transformasi utama yang dimulakan pada tahun 2010 untuk melaksanakan Penyelesaian Pembilan Utiliti Industry Khusus SAP (IS-U). Matlamat projek ini adalah untuk menggerakkan kesemua pelanggan AGL ke dalam satu SAP tunggal. Walaupun ia dipermudahkan daripada 45 sistem yang berlainan kepada hanya satu, AGL mempertingkatkan integriti data dan membawa kecekapan baharu bagi pengurusan akaun dan perkhidmatan, mengurangkan jumlah kos pemilikan dan pada masa yang sama meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Projek Spektrum  amat berjaya dan diterima baik oleh AGL dan oleh 20,000 pelanggan Komersil dan Perindustrian (C&I) yang mewakili A$3 bilion pendapatan tahunan bagi AGL. Pelaksanaan yang dipacu oleh TCS bagi penyelesaian SAP IS-U telah membantu AGL untuk terus membezakan penawaran perkhidmatan mereka dalam pasaran tenaga Australia yang kompetitif.

"AGL amat gembira kerana telah memenangi anugerah pelaksanaan SAP yang berprestij ini dengan rakan kongsi kami TCS," kata Jason Clark, Pengarah Program Spektrum, AGL. "Saya berbangga untuk menyatakan bahawa AGL adalah satu daripada utiliti yang pertama di dunia yang dapat menyatukan kesemua pelanggan B2C dan B2B ke dalam satu platform Pembilan Utiliti yang tunggal, dan hasilnya amat cemerlang dan diterima baik oleh AGL dan dengan pelanggan kami."

"Kami gembira untuk menerima anugerah ini dari SAP, satu daripada rakan industri utama kami, untuk projek transformasi utama yang telah kami disiapkan dengan AGL, yang sudah sekian lama merupakan pelanggan kami yang amat penting," kata Deborah Hadwen, Ketua Pegawai Eksekutif, TCS Australia dan New Zealand. "Projek Spektrum adalah satu contoh yang hebat bagaimana teknologi dan kepakaran SAP dan TCS digabungkan bagi mewujudkan penyelesaian yang erkemuka di dalam industri yang membantu AGL mempertingkatkan infrastruktur perniagaan dan keupayaan mereka."

Scott Hirst, Industri Utiliti Utama, SAP Australia & New Zealand, berkata, "Projek Spektrum adalah satu contoh cemerlang bagi AGL dalam memanfaatkan SAP CRM dan penyelesaian Bil sebagai satu platform untuk menyatukan sistem berbeza dan memusatkan data pelanggan. SAP gembira untuk mengiktiraf Projek Spektrum bagi menyampaikan keputusan sebenar perniagaan, mengurangkan kos dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan."

Strategik rasional bagi Projek Spektrum AGL adalah untuk mengurangkan kos sokongan permohonan, memperbaiki aliran tunai AGL, mengurangkan kos operasi serta meningkatkan kestabilan sistem dan mengelakkan kos pemulihan bencana yang sangat tinggi. Projek Spektrum telah menghasilkan satu pulangan besar ke atas pelaburan bagi AGL.

Diiktiraf sebagai sebuah Rakan Global SAP yang terkemuka di dunia, TCS mempunyai pengalaman yang luas merentasi kitaran hidup yang lengkap bagi penyelesaian perusahaan SAP. TCS menyediakan perkhidmatan perundingan, pelaksanaan akhir-ke-akhir, menaik taraf, dan perkhidmatan sokongan - membantu pelanggan untuk meningkatkan nilai daripada pelaburan SAP mereka. TCS telah menerima beberapa anugerah bagi projek SAP di Asia Pasifik, termasuk Anugerah Impak Rakan pada Mei 2012, memperakui prestasi jualan SAP HANA yang unggul dan perluasan amalan SAP di rantau ini. SAP memilih pemenang anugerah daripada kelompok penyertaan yang sangat kompetitif oleh panel bebas dengan menggunakan kriteria berdasarkan kepada keberkesanan penggunaan sumber syarikat, keupayaan untuk memenuhi objektif perniagaan, dan ketangkasan dalam menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah.

Maklumat mengenai AGL

AGL adalah satu daripada syarikat tenaga bersepadu yang boleh diperbaharui yang terkemuka di Australia dan telah mengambil tindakan ke arah mewujudkan masa depan tenaga mapan bagi pelabur, komuniti dan pelanggan kami. Dengan pengalaman selama  175 tahun, AGL mengendalikan perniagaan tenaga runcit dan saudagar, aset penjanaan kuasa dan portfolio gas huluan. AGL mempunyai satu daripada pangkalan pelanggan tenaga runcit dan dwi bahan api yang terbesar di Australia. AGL mempunyai satu portfolio penjanaan kuasa yang berbeza termasuk loji penjanaan asas, kemuncak dan perantaraan, tersebar ke seluruh generasi haba tradisional serta sumber yang boleh diperbaharui termasuk hidro, angin, gas kambus tanah dan biomass. AGL adalah merupakan pemilik persendirian dan pengendali aset tenaga yang boleh diperbaharui yang terbesar di Australia dan sedang mencari langkah untuk memperluaskan lagi kedudukan ini dengan menerokai suite peluang pembangunan bagi pelepasan rendah dan penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.agl.com.au

Maklumat Tata Consultancy Services

Tata Consultancy Services adalah sebuah organisasi perkhidmatan, perundingan dan penyelesaian perniagaan IT yang menyampaikan keputusan sebenar kepada perniagaan global, sekali gus memastikan satu tahap kepastian yang tidak dapat ditandingi oleh firma lain. TCS menawarkan satu perkhidmatan perundingan yang dipimpin, portfolio bersepadu IT, BPO, infrastruktur, kejuruteraan dan jaminan. Ini disampaikan melalui Model Penyampaian Rangkaian Global(TM) mereka yang unik, yang diiktiraf sebagai penanda aras kecemerlangan dalam pembangunan perisian. Sebagai sebahagian daripada kumpulan Tata, konglomerat perindustrian terbesar di India, TCS mempunyai lebih 243,000 perunding terbaik yang terlatih di dunia di 42 buah negara. Syarikat itu menjana pendapatan disatukan sebanyak AS$10.17 bilion bagi tahun yang berakhir 31 Mac, 2012 dan disenaraikan di Bursa Saham Kebangsaan dan Bursa Saham Bombay di India. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.tcs.com

Hubungan Media TCS:

Global:
E-mel: pradipta.bagchi@tcs.com
Telefon: +91-22-6778-9999

Eropah / United Kingdom:
E-mel: abhinav.kumar@tcs.com
Telefon +32-22821927

India:
E-mel: h.ramachandra@tcs.com / shamala.p@tcs.com
Telefon: +91-22-6778-9078 / +91-22-6778-9081

Amerika Syarikat / Kanada:
E-mel: m.mccabe@tcs.com
Telefon: +1-646-313-4594

Asia Pasifik:
E-mel: sean.davidson@tcs.com
Telefon: +65-9139-3668

Australia & New Zealand:
E-mel: alex.goldrick@tcs.com
Telefon: +61-402-957-321

SUMBER  Tata Consultancy Services

Source: Tata Consultancy Services
Related Stocks:
Bombay:532540 India:TCS India:TCS.NS
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Utilities Awards