omniture

Penyelesaian Pemantauan Accedian Digunakan pada Rangkaian SK Telecom untuk Memastikan Prestasi Menyeluruh

Accedian Networks Inc.
2015-07-15 00:01 198

-- SK Telecom merealisasikan penampakan kualiti perkhidmatan (QoS) lengkap merentasi rangkaian mudah alih berbilang vendor dengan penunjuk prestasi berasaskan piawaian industri yang paling maju daripada platform Accedian

SHANGHAI, 14 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Accedian Networks, Pakar Penyelesaian Jaminan Prestasi, hari ini mengumumkan penggunaan penyelesaian pemantauan prestasi yang menerajui pasaran merentasi rangkaian mudah alih SK Telecom (NYSE: SKM) – merangkumi 12,000 lokasi merentasi enam bandar terbesar di Korea Selatan, dengan rancangan untuk meluaskan jangkauan ke semua tapak yang berkhidmat kepada lebih 28 juta pelanggan seluruh negara. Penggunaan ini adalah kunci kepada komitmen SK Telecom bagi mengoptimumkan prestasi menggunakan penunjuk pemantauan prestasi berasaskan piawaian ketika mereka berpindah kepada rangkaian pintar terkawal SDN yang akan menyediakan teknologi mudah alih 5G.

Penyelesaian maya Accedian mengumpul penunjuk prestasi rangkaian tepat dalam masa sebenar daripada prasarana rangkaian SK Telecom yang sedia ada, serta daripada modul jaminan prestasi Accedian berasaskan NFV (pemayaan fungsi rangkaian). Penyelesaian ini juga digunakan oleh lebih 100 pelanggan Accedian di 35 buah negara, dengan sejarah yang sudah sedia kukuh dalam penyediaan metrik rangkaian terbuka paling terperinci dalam masa sebenar.

SK Telecom mengendalikan rangkaian berbilang vendor yang canggih, memastikan setiap satunya menyokong protokol pengukuran aktif dua hala (TWAMP) RFC-5357, piawaian pemantauan prestasi global bebas vendor. Penyelesaian pemantauan berpusat Accedian bertindak sebagai lapisan pengalatan seragam, memusatkan pandangan masa sebenar bagi prestasi rangkaian di serata rangkaian. Sekiranya lokasi peralatan akses kekurangan sokongan piawaian TWAMP, SK Telecom memasang modul SFP pintar Nano Accedian bagi memastikan liputan rangkaian yang menyeluruh.

Dengan penyelesaian Accedian, SK Telecom memperbaiki prestasi rangkaian dengan:

  • Memastikan piawaian prestasi perkhidmatan menggunakan KPI penting yang boleh mengurangkan risiko secara proaktif untuk pengalaman pelanggan
  • Mengesan letusan lalu lintas dan mengoptimumkan rangkaian LTE bagi mengurangkan impak Kualiti Perkhidmatan (QoS)
  • Mencari kesesakan bagi meningkatkan kapasiti keseluruhan
  • Mengenal pasti dan membetulkan sebarang salah tatarajah rangkaian serta-merta
  • Mengoptimumkan kaedah perlindungan kegagalan bagi menyingkirkan masa henti dan mempertingkat kualiti rangkaian

Dengan aliran masa sebenar metrik Kualiti Pengalaman (QoE) yang disepadukan dengan sistem pengurusan rangkaian (NMS) jaminan prestasi dan pengawal SDN daripada SK Telecom itu sendiri, ini membenarkan kedua-duanya mengoptimumkan pengalaman pengguna secara menyeluruh melalui pengurusan ikutan prestasi dan ralat proaktif. Laporan terus kepada sistem sokongan pengendalian dan perniagaan (OSS/BSS) membenarkan semua rantau dalam rangkaian SK Telecom memantau prestasi sepanjang masa.

"Di SK Telecom, kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan yang sebaik mungkin berada pada teras reputasi serta perkhidmatan kami," kata Choi, Seung-won, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pejabat Penyelesaian Rangkaian, SK Telecom. "Kerjasama dengan Accedian membantu kami memastikan paras tertinggi QoS dan QoE, yang sangat penting terutamanya ketika kami meluaskan rangkaian kami ke arah 5G, dan untuk memperluas liputan dengan sel kecil, menjadikan keperluan untuk penampakan rangkaian hujung ke hujung sepanjang masa menjadi kritikal. Penyelesaian pemantauan prestasi Accedian dapat merealisasikan hal ini. SK Telecom memilih penyelesaian jaminan prestasi TWAMP Accedian secara khusus sebagai penunjuk kualiti dan piawaian untuk rangkaian perniagaan ke perniagaan LTE."

"SK Telecom merupakan contoh unggul penyedia perkhidmatan mudah alih yang mendesak prestasi dan teknologi rangkaian untuk melebihi kemampuannya," kata Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Accedian, Patrick Ostiguy. "Mereka merupakan pengguna dan penginovasi awal, dan usaha mereka telah menghasilkan perkhidmatan serta kualiti pengalaman pada paras tinggi yang sudah dijangkakan oleh para pelanggan mereka. Accedian berbesar hati dapat membantu menyokong matlamat jaminan prestasi mereka melalui penyelesaian menyeluruh kami, yang dibina khusus untuk penyedia seperti SK Telecom."

Dengan memastikan LTE & angkut balik sel kecil, perkhidmatan perniagaan disokong SLA, WAN kewangan, saling hubung pusat data, pengoptimuman SDN penyedia perkhidmatan, dan lebih lagi, penyelesaian Accedian menawarkan ukuran setiap aliran dengan ketepatan hingga ke mikrosaat yang tiada tandingannya; persampelan subsaat ultra terperinci; dan keputusan satu hala bebas penyegerakkan. Ini memberi penyedia perkhidmatan seperti SK Telecom penampakan rangkaian hujung ke hujung yang diperlukan bagi mengoptimumkan dan menjamin perkhidmatan ketika tawaran mereka diperluas dan berkembang, dengan perkakasan boleh diatur cara, pengautomatan dan platform pelaporan yang turut sama berkembang maju bersama mereka.

Latar Belakang Accedian Networks 
Accedian Networks® merupakan Pakar Penyelesaian Jaminan Prestasi untuk rangkaian mudah alih dan keterhubungan perusahaan ke pusat data. Penyelesaian terbuka, berbilang vendor yang boleh saling kendali dan boleh diatur cara boleh adalah lebih daripada sekadar jaminan prestasi berasaskan piawaian bagi menyediakan Network State+™, pandangan keadaan rangkaian yang paling lengkap. Ujian pengaktifan perkhidmatan automatik dan pemantauan prestasi masa sebenar memberikan ketepatan dan pemerincian yang tiada tandingannya, sementara penyesuaian lalu lintas H-QoS mengoptimumkan prestasi perkhidmatan. Sejak tahun 2005, Accedian telah menyediakan platform yang menjamin ribuan tapak sel di seluruh dunia. www.Accedian.com Twitter: @Accedian

Latar Belakang SK Telecom
SK Telecom (NYSE: SKM, KSE: 017670), ditubuhkan pada tahun 1984, merupakan syarikat telekomunikasi terbesar Korea dengan lebih 28 juta pelanggan mudah alih, yang merangkumi 50% daripada pasaran. Syarikat itu mencatat hasil sebanyak KRW 17.164 trilion pada tahun 2014. Sebagai syarikat pertama dunia yang mengkomersialkan rangkaian CDMA, CDMA 2000 1x, CDMA EV-DO dan HSDPA, SK Telecom melancarkan perkhidmatan LTE pertama negara itu pada Julai 2011. SK Telecom turut menjadi pembawa mudah alih pertama dunia yang mengkomersialkan LTE-Advanced 150Mbps pada Jun 2013 dan LTE-Advanced 225Mbps pada Jun 2014 melalui Pengumpulan Pembawa (CA). Sejajar dengan usahanya untuk bergerak pantas kepada sistem rangkaian mudah alih generasi seterusnya, atau 5G, ia berjaya mengkomersialkan LTE-A CA tiga jalur 300Mbps. Pada akhir Mac 2015, syarikat itu mempunyai lebih 17.4 juta pelanggan LTE dan LTE-Advanced. Berdasarkan kekuatan perniagaan pengendalian rangkaiannya, SK Telecom sedang mencari enjin pertumbuhan baharu melalui tiga platform inovatif iaitu Platform Peningkatan Gaya Hidup, Platform Media Maju, dan Platform Perkhidmatan IoT. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati www.sktelecom.com atau e-melkan kepada press@sktelecom.com.

Merritt Group, Inc. untuk Accedian Networks, +1-571-382-8513, pr@accedian.com

Source: Accedian Networks Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics