omniture

Pacific Mutual Melantik Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Pelaburan Baru

Pacific Mutual Fund Bhd
2015-07-15 11:00 396

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan pelaburan, Pacific Mutual Fund Bhd (salah sebuah ahli OCBC Group) telah melantik Teh Chi-cheun sebagai Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan.

Teh Chi-cheun, Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Pacific Mutual Fund Bhd

Teh mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan pelaburan dan perbankan pelaburan. Pengalaman Teh dalam bidang pengurusan pelaburan dan dana meliputi pasaran pelaburan global. Teh pernah berkhidmat dengan Pacific Mutual dari tahun 2006 hingga awal tahun 2011, sebelum melanjutkan kerjayanya dengan sebuah bank pelaburan dan kemudiannya dengan sebuah syarikat insurans asing yang utama di Malaysia.

Pada masa yang sama, Pacific Mutual mengumumkan pelantikan Koh Huat Soon sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Sebelum ini, Koh merupakan Ketua Pegawai Pelaburan Pacific Mutual. Dengan jawatan baru ini, tanggungjawab Koh akan meliputi pengurusan dan hala tujuan keseluruhan syarikat, termasuk perkembangan perniagaan. Koh akan terus bertanggungjawab dalam fungsi pengurusan pelaburan syarikat.

Pacific Mutual yakin bahawa dengan perlantikan ini, Pacific Mutual kekal mempunyai kepimpinan untuk berkembang dalam arah-arah baru yang menjamin pertumbuhan syarikat.

Gary Gan, bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Mutual telah meletak jawatan atas hal peribadi.

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada pertengahan tahun 2015, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.65 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.


HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Leong, +60-03-7725-9877 sambungan 238


cindy@pacificmutual.com.my


Cindy Thean, +60-03-7725-9877 sambungan 226


cthean@pacificmutual.com.my

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150714/8521504586

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements