COLUMBUS, Ohio, 16 Julai 2015 /PRNewswire/ -- EXPRESS, Inc. (NYSE: EXPR) hari ini mengumumkan Karlie Kloss sebagai wajah koleksi denim musim luruh 2015 EXPRESS. Peragawati Amerika itu membintangi kempen iklan 'Sesuai untuk Anda' ('Fit for You') syarikat itu yang diambil gambar oleh Lachlan Bailey dan digayakan oleh Claire Richardson. Kempen rasmi itu dilancarkan pada bulan Julai 2015 melalui media cetak, digital, dalam kedai dan media sosial.
Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/236021-Karlie-Kloss_EXPRESS.mp4
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150713/235999
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150713/236000
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130910/NY76292LOGO
Melalui iklan itu, Karlie menggayakan tiga gaya denim utama—Girlfriend, Flare dan Legging—yang menekankan gaya hidup, fesyen, dan gaya tersendiri EXPRESS. "Karlie adalah seorang ikon moden," kata David Kornberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden EXPRESS. "Dengan statusnya sebagai bintang media sosial serta kerja-kerja amal beliau, Karlie mengilhamkan dan memperkasa wanita muda seluruh dunia untuk berasa yakin dan percaya pada diri sendiri. Selain itu, dengan kecantikan semula jadinya serta gayanya yang menyerlah, Karlie memang sempurna untuk menyampaikan paparan segar dan moden untuk pakaian yang sudah menjadi kewajipan gaya Amerika—sepasang seluar jean yang muat elok. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Karlie Kloss bagi menunjukkan pilihan terkini seluar jean EXPRESS."
Boleh didapati di gedung dan dalam talian melalui express.com bermula bulan ini, koleksi denim musim luruh EXPRESS memfokuskan seluar jean fesyen yang paling muat dengan elok yang mampu untuk tahan lama. Koleksi itu menampilkan pelbagai rona terkini serta fabrik inovatif termasuklah seluar jean Performance Stretch baharu yang dibuat daripada fabrik terkini yang dapat mengekalkan bentuknya sepanjang hari. Para pelanggan boleh melihat ikutan terkini ini dan mencari sepasang seluar jean yang sempurna untuk mereka di express.com, di gedung dan dengan mengikuti #ExpressJeans melalui Instagram (@ExpressRunway), Twitter (@ExpressLife) dan Facebook (EXPRESS).
Latar Belakang EXPRESS, Inc.:
EXPRESS merupakan peruncit pakaian dan aksesori istimewa bagi barangan wanita dan lelaki, menyasarkan pelanggan golongan berusia 20 hingga 30 tahun. Syarikat itu mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam menawarkan kombinasi berbeza fesyen dan kualiti pada nilai menarik, memenuhi keperluan pakaian ke tempat kerja, pakaian kasual, pakaian jean, dan majlis istimewa. Syarikat itu kini mengendalikan lebih 600 buah kedai jualan dan outlet kilang, yang kebanyakannya terletak di pusat membeli-belah tumpuan ramai, pusat gaya hidup, dan lokasi jalanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Puerto Rico. Barangan EXPRESS juga boleh didapati di lokasi francais di Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika Selatan. Syarikat itu turut memasarkan dan menjual produk-produknya melalui laman sesawang e-dagang Syarikat itu, www.express.com, serta aplikasi mudah alihnya untuk iOS.