- Pegawai-pegawai Antarabangsa, Wakil-wakil Kerajaan dan Para Pengamal Utama akan Menangani Isu Harga Pindahan Kritikal di Asia Pasifik
ARLINGTON, Virginia, 16 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Bloomberg BNA hari ini mengumumkan acara terkini dalam siri Persidangan Harga Pindahan Global dengan Baker & McKenzie, dengan kerjasama Institut Pendidikan Pengurusan Cukai, yang akan diadakan pada 17-18 September 2015 di Shanghai, China. Persidangan ini menyediakan peluang untuk mendengar daripada para pegawai kerajaan, OECD dan PBB serta para pengamal daripada sektor swasta ketika OECD dan G-20 merancang untuk mengeluarkan panduan signifikan berhubung Pelan Tindakan untuk Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS). Acara tersebut, yang dianjurkan bersama Vision Events, berlangsung di Jing An Shangri-La dan pendaftaran disediakan di sini.
Acara julung kali di China ini, yang merupakan kesinambungan persidangan-persidangan sebelum ini di Washington, D.C., Paris, dan Toronto, akan menangani isu-isu penting untuk syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di rantau Asia-Pasifik serta menyediakan panduan untuk apa yang akan menjadi peralihan terbesar dalam landskap cukai global selama beberapa dekad. Sesi-sesi akan merangkumi beberapa topik termasuk:
"Memandangkan China dan negara-negara Asia Pasifik lain merupakan pemegang kepentingan utama dalam projek BEPS, membawakan acara ini ke Shanghai membolehkan hadirin persidangan mendengar terus daripada para pembuat dasar yang akan melaksanakan perubahan yang mereka telah bantu bangunkan – dan daripada para pemimpin industri yang mesti mematuhi perubahan ini," kata Molly Moses, Editor Harga Pindahan untuk Cukai & Perakaunan Bloomberg BNA. "Kami amat teruja mendapatkan barisan mengagumkan yang terdiri daripada para penyampai kerajaan dan industri untuk membantu syarikat-syarikat multinasional bersedia menghadapi rejim cukai antarabangsa yang berubah dengan dramatik."
Para penyampai ucapan utama yang telah dipastikan termasuk:
Pendaftaran disediakan di sini.
Latar Belakang Bloomberg BNA
Bloomberg BNA, sebuah anak syarikat milik penuh Bloomberg, merupakan sumber utama bagi maklumat perundangan, pengawalseliaan dan perniagaan bagi golongan profesional. Jaringan yang terdiri daripada lebih 2,500 wartawan, koresponden, serta para pengamal utama menyediakan analisis pakar, berita, kaedah amalan dan panduan – maklumat yang paling penting kepada golongan profesional. Liputan autoritatif Bloomberg BNA merangkumi rangkaian penuh bidang amalan perundangan, termasuk cukai & perakaunan, buruh & penggajian, harta intelek, perbankan & sekuriti, manfaat pekerja, penjagaan kesihatan, privasi & sekuriti data, sumber manusia serta persekitaran, kesihatan & keselamatan.
Latar Belakang Baker & McKenzie
Diasaskan pada tahun 1949, Baker & McKenzie menyediakan khidmat nasihat kepada banyak organisasi perniagaan paling dinamik dan berjaya di dunia melalui lebih 11,000 kakitangan di 77 buah pejabat di 47 buah negara. Firma ini terkenal kerana perspektif global, kefahaman mendalam terhadap bahasa dan budaya perniagaan tempatan, komitmen tegar terhadap kecemerlangan, serta kecekapan bertaraf dunia dalam khidmat pelanggan. Hasil global bagi tahun fiskal berakhir 30 Jun 2014, adalah sebanyak AS$2.54 bilion. Eduardo Leite merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif. (www.bakermckenzie.com)
Latar Belakang Institut Pendidikan Pengurusan Cukai
Institut Pendidikan Pengurusan Cukai (TMEI) merupakan sebuah pertubuhan pendidikan bebas yang diasaskan oleh Tax Management, Inc., sebuah anak syarikat Bureau of National Affairs, Inc. TMEI menumpukan sepenuhnya dalam mengadakan seminar-seminar dan persdangan-persidangan profesional yang bertanggungjawab dengan kualiti tertinggi tentang isu-isu dasar dan amalan cukai, serta pembiayaan usaha kesarjanaan berkaitan.