-- McGraw-Hill Education akan memasarkan dan mengedarkan busuu kepada pelanggan B2B seluruh dunia dan meneroka penambahan kemampuan mudah suai kepada busuu
NEW YORK dan LONDON, 16 Julai 2015 /PRNewswire/ -- McGraw-Hill Education, sebuah syarikat sains pembelajaran, hari ini mengumumkan yang ia telah mengambil alih saham ekuiti minoriti bernilai €6 juta (kira-kira $6.5 juta) dalam busuu, rangkaian sosial terbesar dunia untuk pembelajaran bahasa dengan lebih 55 juta pengguna. Urus niaga ini termasuk persetujuan yang akan memberi McGraw-Hill Education hak eksklusif global untuk mengedarkan busuu kepada pelanggan B2B, termasuk sekolah-sekolah, institusi-institusi bahasa swasta, dan syarikat-syarikat. Tambahan lagi, dua syarikat itu akan meneroka kemungkinan untuk menambah teknologi pembelajaran mudah suai terkemuka industri McGraw-Hill Education kepada produk busuu.
Ditubuhkan pada tahun 2008, busuu telah menambah sehingga 100,000 pengguna setiap hari. Produk itu mempunyai kehadiran pasaran yang kukuh di Brazil, Rusia, China, Turki, Jerman dan A.S. Syarikat itu menawarkan kursus bahasa audio-visual secara percuma dan berbayar untuk 12 bahasa dan termasuk interaksi langsung dengan penutur asli di seluruh dunia. Kira-kira dua pertiga daripada pengguna busuu mengakses platform itu melalui peranti mudah alih.
"Kami dapat menyaksikan peluang hebat dengan kombinasi kukuh jangkauan global McGraw-Hill Education dengan skala dan penyelesaian mudah alih inovatif busuu," kata Mark Dorman, presiden kumpulan Antarabangsa & Profesional McGraw-Hill Education. "Pasaran global untuk arahan bahasa adalah sejumlah $60 bilion setiap tahun dan sedang berkembang pantas. Penyelesaian busuu yang inovatif dan mudah alih ini melengkapi tawaran digital kami dan membuka banyak peluang jualan untuk syarikat kami."
"Bagi busuu, perikatan ini membenarkan kami meningkatkan penembusan pasaran kami dengan pantas menggunakan nama yang dipercayai seperti McGraw-Hill Education," tambah Bernhard Niesner, Ketua Pegawai Eksekutif busuu. "Kami begitu teruja untuk meneroka kemungkinan untuk menambah kemampuan mudah suai McGraw-Hill Education ke dalam platform kami dan kami percaya ini akan merevolusikan cara orang ramai mempelajari bahasa."
Latar belakang McGraw-Hill Education
McGraw-Hill Education merupakan sebuah syarikat sains pembelajaran yang menyediakan pengalaman pembelajaran tersuai khusus yang membantu para pelajar, ibu bapa, pendidik, dan para profesional untuk menggalakkan hasil. McGraw-Hill Education mempunyai cawangan di serata Amerika Utara, India, China, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Selatan, serta memastikan penyelesaian pembelajarannya disediakan dalam hampir 60 bahasa. Lawati kami di mheducation.com atau temui kami di Facebook atau Twitter.
Latar belakang busuu
busuu ditubuhkan tujuh tahun lalu dengan matlamat untuk mengubah cara orang ramai mempelajari bahasa. Syarikat itu beriltizam untuk merevolusikan proses pembelajaran bahasa melalui penggunaan teknologi. Dengan lebih 55 juta pengguna dan dengan 12 bahasa untuk dipelajari, busuu merupakan salah satu aplikasi pembelajaran digital terkemuka dunia. Syarikat itu dinamakan sempena Bahasa Busuu di Cameroon, yang hanya dituturkan oleh lapan orang sahaja.
Hubungi:
Daniel Sieger
McGraw-Hill Education
(646)-766-2001
dan.sieger@mheducation.com
Jasmin Schawalder
busuu
+44-790427-15-88
jasmin@busuu.com