omniture

Makanan India, Bollywood dan Pesta Dipilih Sebagai Tiga Pilihan Utama Yang Menghubungkan Rakyat India di Luar Negara dengan India, Kata Western Union

Western Union
2012-11-08 15:40 298

MUMBAI, India, 8 Nov., 2012 /PRNewswire/ --

Rakyat kelahiran dan keturunan India bersatu dalam pilihan utama masing-masing berdasarkan kajian antarabangsa yang dijalankan oleh Western Union Nielsen.

Tiga ciri ikonik utama yang menghubungkan rakyat India di luar negara kepada asal usul masing-masing, mungkin tidak mengejutkan, ialah makanan India, Bollywood dan pesta, demikian didedahkan dalam kajian antarabangsa yang dikeluarkan hari ini oleh Western Union (NYSE: WU), sebuah syarikat peneraju global dalam perkhidmatan pembayaran.

Kajian "Kegemaran yang mengaitkan rakyat India di luar negara dengan negara asal" (Great loves that binds overseas Indians back home) yang dijalankan oleh Nielsen bertanyakan rakyat India yang lahir atau keturunan India, di seluruh rantau utama dunia yang mempunyai ramai diaspora India, tiga perkara utama itulah yang menghubungkan mereka dengan India.

Lebih satu perlima (21 peratus) berkata makanan India, 15 peratus memilih filem dan muzik Bollywood manakala tujuh peratus berkata pesta tradisional seperti Diwali. Rangkuman bagi lima pilihan utama pula ialah permainan sukan kriket sebanyak 6 peratus manakala penyembuhan herba Ayurveda sebanyak lima peratus.

Makanan India dan Bollywood mudah diakses di negara mereka tinggal berbanding preayaan pesat, kriket dan Ayurveda. Ia mengesahkan bahawa semangat dan ciri-ciri budaya India telah berkembang luas di dunia berikutan masyarakat India sudah melepasi sempadan untuk tinggal dan bekerja di seluruh rantau utama di dunia.

Kementerian Luar India mengangagrkan lebih daripada 25 juta penduduk India tinggal di luar negara di 194 buah negara, berdasarkan perangkaan yang didokumenkan, yang mewakili Bukan Penduduk India dan Mereka yang berasal dari India. Pada tahun 2911, Western Union mengirim wang dari 196 buah negara ke India menerusi rangkaiannya yang melibatkan 110,000 lokasi ejen yang beroperasi di 6000 buah bandar, 497 bandar raya di semua 28 negeri di India sehingga 30 September 2012.

Rangking tiga "Pilihan Utama" itu sama bagi responden yang berasal dari India dan keturunan India. Bagaimanapun, mereka yang berketurunan India lebih berminat terhadap Bollywood dan Pesta berbanding pendatang dari India yang memilih masakan India dan Ayurveda.

"Berikutan syarikat memindahkan wang untuk masyarakat India di luar negara selama lebih dari 19 tahun, dari hampir setiap pelusuk dunia -- kami sudah biasa dengan mereka mengadaptasi sebagai warga global. Kajian Western Union -- tidak mengejutkan bahawa semangat India sudah melepasi sempadan India," kata Kiran Shetty, Naib Presiden serantau dan Pengarah Urusan India di Western Union.

"Secara semula jadinya rakyat India di luar negara dan India secara keseluruhannya merupakan sebuah keluarga dan rakan, tidak mengira di mana mereka berada di dunia ini. Ikon budaya juga berperanan untuk mengetengahkan identiti nasional dan rakyat India di seluruh dunia mempunyai perasaan yang konsisten mengenai simbol tebabit," katanya.

"Ia juga sangat menarik untuk melihat budaya Indian diturunkan secara berkesan di seluruh dunia, dengan rakyat India yang dilahirkan di seluruh dunia dikenal pasi dengan simbol yang sama mengenai India, sama seperti ibu bapa mereka.

"Dalam mendokumentasikan pilihan utama masyarakat India yang tinggal atau bekerja di luar negara, ia merupakan ingat hebat kepada nilai-nilai tradisi. Ini sangat tepat -- memandangkan masyatakat India di seluruh dunia sedang membuat persiapan untuk meraikan Diwali -- pesta cahaya, meraikan kehidupan, keseronokkan dan kebaikan," kata Encik Shetty.

Muzik dan tarian klasik, tempat ibadat, kraftangan, pakaian tradisi India dan yoga menjadi pilihan utama berbanding perkahwinan, tempat mitos/misteri dan tempat warisan.

Kajian yang dilakukan di 12 buah negara itu dilakukan oleh Nielsen yang meliputi lebih 600 responden. Tiga puluh peratus dilahirkan di luar negara dan mereka yang dilahirkan di India dan dengan tempoh penginapan antara sembilan tahun.

Untuk maklumat grafik India, sila semak di http://www.prnasia.com/sa/attachment/2012/11/20121107131718760641.pdf.pdf.pdf

Maklumat mengenai Western Union

The Western Union Company (NYSE: WU) ialah peneraju dalam perkhidmatan pembayaran global. Bersama-sama dengan Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil dan perkhidmatan pembayaran jenama Western Union Business Solutions. Western Union menyediakan perkhidmatan kepada pengguna dan perniagaan kaedah paling pantas dan boleh dipercayai serta mudah untuk menghantar dan menerima wang dari seluruh dunia, membuat pembayaran dan membeli wang pos. Sehingga 30 September, 2012, perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan menreusi rangkaian bergabung membabitkan kira-kira 510,000 lokasi ejen di 200 buah negara dan wilayah. Pada tahun 2011, The Western Union Company melaksanakan 226 juta transaksi pengguna kepada pengguna di seluruh dunia, menggerakkan US$81 bilion prinsipal antara pengguna, dan 425 juta pembayaran perniagaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.westernunion.com.

Hubungan media Western Union :
Pia De Lima, Western Union Asia Pasifik
+852-9261-8155 (Hong Kong)
Pia.DeLima@westernunion.com

SUMBER Western Union

Source: Western Union
Related Stocks:
NYSE:WU
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Food/Beverages Asian-related news Survey, Polls & Research