omniture

PW Power Systems dianugerahkan kontrak jangka panjang Frame 7FA.03 untuk khidmat pembaikan bahagian, komponen dan khidmat gangguan bekalan oleh Pihak Berkuasa Elektrik Perbandaran Georgia (MEAG Power)

PW Power Systems, Inc.
2015-07-17 07:06 105

GLASTONBURY, Connecticut, 17 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS) baru-baru ini memeterai perjanjian jangka panjang untuk membekalkan bahagian pembakaran dan laluan gas panas turbin gas, khidmat pembaikan komponen dan khidmat gangguan bekalan dengan Pihak Berkuasa Elektrik Perbandaran Georgia (MEAG Power) bagi kemudahan kitaran tergabung di Loji Kuasa Unit 9 Wansley, bertempat di Franklin, Heard County, Georgia.

Kemudahan kitaran tergabung di loji Wansley terdiri daripada dua turbin pembakaran gas asli Frame 7FA.03 dan sebuah turbin stim.

Pihak Berkuasa Elektrik Perbandaran Georgia (MEAG Power) telah ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Negeri Georgia untuk tujuan memiliki dan mengendalikan kemudahan penjanaan dan pemindahan elektrik serta membekalkan kuasa elektrik pukal. Kini, 48 buah bandar dan sebuah daerah telah diberi kontrak dengan MEAG Power untuk membeli kuasa borong.

Menurut naib presiden kanan PWPS Charles Levey, "PW Power Systems sedang meluaskan kehadiran dan kumpulan penggunanya dalam pasaran turbin gas perindustrian 'Kelas F' dengan menawarkan teknologi hebat dengan penjimatan kos signifikan. Komuniti pengguna turbin gas terus menerima kemampuan untuk mengendalikan dan menyelenggara aset penjanaannya dengan lebih menjimatkan kos dipermudahkan oleh penawaran teknologi serta pengalaman PWPS yang luas."

Latar Belakang PW Power Systems, Inc.
PW Power Systems, Inc. (PWPS), beribu pejabat di Glastonbury, Conn., merupakan peneraju dunia dalam pembekalan penyelesaian tenaga untuk industri penjanaan kuasa. PWPS menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, khidmat alat ganti turbin gas perindustrian, dan khidmat kejuruteraan, pemerolehan serta pembinaan. PWPS merupakan syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, merupakan salah satu pengeluar jentera berat utama dunia, dengan jualan bersih tergabung sekitar $32.5 bilion bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa termasuk kuasa teragih, loji kimia, peralatan persekitaran, struktur keluli, jentera perindustrian dan am, pesawat, sistem angkasa dan sistem penyaman udara. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, lawati www.pwps.com.

Source: PW Power Systems, Inc.
Related Links:
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts