AURORA, Ontario, 17 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Magna International Inc. (TSX: MG, NYSE: MGA) hari ini mengumumkan yang ia telah menandatangani persetujuan untuk mengambil alih Getrag Group of Companies ("Getrag"), salah satu pembekal terbesar dunia untuk transmisi automotif.
Getrag mempunyai sejarah selama 80 tahun dalam sistem penukaran gear dan merupakan peneraju teknologi, menawarkan pelbagai sistem transmisi termasuk manual, manual-terautomasi, dwiklac, hibrid, dan sistem canggih lain. Kami percaya reka bentuk rangkaian produk Getrag berada dalam kedudukan yang sesuai untuk menyokong konfigurasi komponen sistem pemanduan automotif masa kini dan masa depan. Khususnya, Getrag merupakan peneraju dalam pasaran yang semakin berkembang untuk transmisi dwiklac ("DCT"), yang dijangka akan menjadi salah satu daripada segmen pertumbuhan tertinggi di dunia dalam dekad seterusnya.
Selain daripada operasi milik penuhnya, Getrag mempunyai hubungan usaha sama yang penting dengan Ford, selain pengeluar kereta China Jiangling dan Dongfeng. Pelanggan Getrag lain termasuklah BMW, Daimler, Renault, Volvo dan Great Wall. Termasuk lokasi usaha sama, Getrag mempunyai kira-kira 13,500 kakitangan dan mengendalikan 13 pusat pengeluaran dan 10 pusat kejuruteraan di sembilan buah negara di Eropah, Asia serta Amerika Utara. Jualan terkumpul Getrag pada tahun 2014 adalah kira-kira €1.7 bilion, kecuali jualan sebanyak kira-kira €1.6 bilion yang dijana daripada usaha sama bukan terkumpulnya.
Don Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Magna mengulas, "Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio produk berterusan kami, kami telah mengenal pasti perluasan perniagaan komponen sistem pemanduan kami sebagai keutamaan strategik. Getrag memang padanan sempurna dengan strategi ini. Getrag merupakan peneraju teknologi dalam bidang produk yang kami percaya berada dalam kedudukan yang bagus untuk mendapat manfaat daripada trend industri yang sedang memacu kecekapan bahan api mentah lebih tinggi serta pengurangan pelepasan gas. Hubungan usaha sama Getrag juga menyediakan potensi pertumbuhan signifikan di China, pasaran automotif terbesar dunia serta pasaran yang berkembang paling pesat untuk DCT. Akhir sekali, Getrag mempunyai tenaga kerja yang sangat berkemahiran dan berpengalaman, termasuk kepakaran kejuruteraan komponen sistem pemanduan yang tinggi."
Harga pembelian untuk 100% daripada ekuiti Getrag adalah kira-kira €1.75 bilion. Ini mewakili nilai perusahaan sebanyak kira-kira €2.45 bilion hutang bersih bersekadar kurang dan liabiliti pencen bersekadar, yang dianggarkan bersama bernilai kira-kira €700 juta semasa saham ditutup. Harga pembelian ini tertakluk kepada modal kerja serta penyelarasan harga pembelian lazim yang lain.
Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2015, tertakluk kepada beberapa keadaan termasuk mendapatkan semua kelulusan kawal selia yang perlu.
Kami akan mengadakan panggilan persidangan untuk juruanalisis dan pemegang saham yang berminat bagi menilai pengambilalihan ini pada hari Khamis, 16 Julai 2015 pada jam 8:30 pagi EDT. Panggilan persidangan ini akan dipengerusikan oleh Don Walker, Ketua Pegawai Eksekutif. Nombor yang akan dihubungi untuk panggilan ini ialah 1-800-768-9481. Nombor untuk pemanggil luar negara pula ialah 1-416-981-9031. Sila dail sekurang-kurangnya 10 minit sebelum panggilan bermula. Kami akan turut mengadakan siar web panggilan persidangan ini di www.magna.com. Satu pembentangan slaid yang disertakan di samping panggilan persidangan ini boleh didapati di laman sesawang kami pada pagi Khamis sebelum panggilan itu.
Bagi mereka yang tidak dapat mendengar panggilan yang dijadualkan ini, nombor siar semula ialah: Amerika Utara 1-800-558-5253 dan luar negara 1-416-626-4100 (nombor rujukan tempahan ialah 21772389) dan boleh didapati sehingga hari Khamis, 23 Julai 2015.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Vince Galifi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan melalui 905-726-7100 atau Louis Tonelli, Naib Presiden, Hubungan Pelabur, di 905-726-7035. Untuk pertanyaan telepersidangan, sila hubungi Nancy Hansford di 905-726-7108.
LATAR BELAKANG MAGNA
Kami merupakan pembekal automotif terkemuka global dengan 316 operasi pengeluaran dan 87 pusat pembangunan produk, kejuruteraan, dan jualan di 29 buah negara. Kami mempunyai kira-kira 133,000 kakitangan yang memberi tumpuan untuk menyediakan nilai unggul kepada para pelanggan kami melalui proses inovatif dan Pengeluaran Bertaraf Dunia. Kemampuan produk kami termasuk menghasilkan badan kereta, cesi, kelengkapan dalaman, butiran luaran, tempat duduk, komponen sistem pemanduan, elektronik, penglihatan, sistem dan modul penutupan dan bumbung, serta reka bentuk kenderaan lengkap, dan pengeluaran berkontrak. Syer biasa kami didagangkan di Bursa Saham Toronto (MG) dan Bursa Saham New York (MGA). Sebarang maklumat lanjut tentang Magna, lawati laman sesawang kami di www.magna.com.
KENYATAAN JANGKAAN
Siaran media ini mengandungi kenyataan yang dianggap sebagai "kenyataan jangkaan" atau "maklumat jangkaan" yang terkandung dalam maksud undang-undang sekuriti yang boleh digunakan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkaitan dengan: faedah strategik yang dijangkakan terhasil daripada pengambilalihan itu; pertumbuhan yang dijangka bagi pasaran DCT dan kemampuan kami menjana keuntungan daripada pertumbuhan tersebut; peluang pertumbuhan berpotensi di China dengan rakan kongsi usaha sama Getrag; dan kemampuan kami untuk mendapat manfaat daripada trend industri yang berkaitan dengan kecekapan bahan api meningkat serta pembebasan gas lebih rendah. Maklumat jangkaan dalam dokumen ini dibentangkan bagi tujuan untuk menyediakan maklumat tentang jangkaan dan rancangan semasa pihak pengurusan dan maklumat sebegitu mungkin tidak sesuai untuk tujuan lain. Kenyataan jangkaan mungkin melibatkan unjuran kewangan dan unjuran lain, serta kenyataan yang berkaitan dengan rancangan masa depan kami, matlamat, atau prestasi ekonomi kami, atau andaian yang mendasari mana-mana kenyataan sebelum ini, dan kenyataan lain yang bukan merupakan fakta bersejarah. Kami menggunakan perkataan seperti "mungkin", "akan", "boleh", "patut", "akan", "berkemungkinan", "menjangka", "menduga", "percaya", "berhasrat", "merancang", "meramal", "memandang", "mengunjurkan", "menganggarkan" dan perkataan lain yang mirip yang mencadangkan hasil atau kejadian masa depan bagi mengenal pasti kenyataan jangkaan. Sebarang kenyataan jangkaan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang kami miliki pada masa semasa, dan dibuat berdasarkan andaian dan analisis yang dibuat kami mengikut pengalaman dan tanggapan kami tentang ikutan sejarah, keadaan semasa, dan pembangunan masa depan yang dijangka, serta faktor lain yang kami percaya sesuai dalam keadaan ini. Namun begitu, sama ada keputusan dan pembangunan sebenar akan mengikut jangkaan dan ramalan kami atau tidak adalah tertakluk kepada beberapa risiko, andaian dan ketidakpastian, kebanyakan daripadanya tidak berada dalam kawalan kami, dan kesannya mungkin sukar untuk diramal, termasuklah, tanpa had: kepuasan atau pengecualian syarat yang diperlukan bagi memuktamadkan urus niaga itu; termasuk mendapatkan kelulusan kawal selia yang diperlukan, dan penyempurnaan urus niaga tersebut; kemampuan kami untuk berjaya mengenal pasti, melengkapkan, dan menyepadukan pengambilalihan atau mencapai sinergi yang dijangkakan; kemampuan kami untuk menjalankan usaha wajar sepatutnya ke atas sasaran pengambilalihan; risiko pengendalian perniagaan dalam pasaran asing, termasuk China, India, Rusia, Eropah Timur, Thailand, Brazil, Argentina dan pasaran bukan tradisional lain bagi kami; tekanan peletakan harga berterusan, termasuk kemampuan kami untuk menyeimbangkan konsesi harga yang dituntut oleh pelanggan kami; kemampuan kami untuk sentiasa membangunkan produk-produk atau proses-proses inovatif, jaminan, dan kos penarikan balik produk; liabiliti pencen; impak keadaan ekonomi atau politik tentang keyakinan pengguna, permintaan pengguna terhadap kenderaan dan pengeluaran kenderaan; turun naik nilai mata wang relatif; penstrukturan semula, pengecilan dan/atau kos tidak berulang lain yang signifikan; prestasi rendah berterusan oleh salah satu atau lebih Divisyen pengendalian kami; kemampuan kami untuk melancarkan perniagaan baharu atau pengambilalihan perniagaan yang berjaya; perubahan dalam syer pasaran yang menjauhi pelanggan terbaik kami; ketidakmampuan kami untuk mengembangkan perniagaan kami dengan piahk OEM; perubahan dalam syer pasaran antara kenderaan atau segmen kenderaan, atau peralihan menjauhi kenderaan yang mempunyai bahan kami secara signifikan; gangguan berlarutan dalam bekalan komponen kepada kami daripada pembekal kami; penutupan kemudahan pengeluaran kami, atau milik pelanggan kami, atau milik subpembekal kami kerana gangguan tenaga kerja; penutupan berjadual kemudahan pengeluaran pelanggan kami (biasanya dalam suku tahun ketiga dan keempat setiap tahun kalendar); kemampuan kami untuk bersaing dengan jayanya bersama para pembekal automotif lain; pengurangan dalam khidmat luar oleh para pelanggan kami atau kehilangan pengeluaran bahan atau program pemasangan; penamatan atau penghentian pembaharuan semula pesanan pembelian pengeluaran mana-mana bahan oleh pelanggan kami bagi penghasilan sebarang bahan; caj rosot nilai berkaitan dengan aset muhibah dan aset jangka hayat panjang; pendedahan kepada, dan kemampuan penyeimbangan; harga komoditi yang tidak stabil; risiko gangguan pengeluaran disebabkan oleh bencana alam atau malapetaka lain; keselamatan dan keandalan sistem IT kami; tuntutan undang-undang dan/atau tindakan kawal selia menentang kami, termasuk penyiasatan antitrust yang sedang dikendalikan oleh pihak berkuasa Jerman dan Brazil; perubahan dalam campuran perolehan kami antara kawasan bidang kuasa dengan kadar cukai lebih rendah serta yang dengan kadar cukai lebih tinggi, selain kemampuan kami untuk memanfaatkan sepenuhnya kerugian cukai; pendedahan cukai lain yang berpotensi; perubahan dalam pemeringkatan kredit yang diberikan kepada kami; perubahan dalam undang-undang dan peraturan kerajaan; kos yang berkaitan dengan pematuhan undang-undang dan peraturan alam sekitar; risiko kecairan akibat kemerosotan keadaan ekonomi yang tidak dijangka; kemampuan kami untuk mencapai pulangan pelaburan masa depan yang menyamai atau melebihi pulangan lepas; ketidakbolehramalan, dan turun naik, harga dagangan Syer Biasa kami; dan faktor-faktor lain yang dinyatakan dalam Borang Maklumat Tahunan kami yang difailkan dengan suruhanjaya sekuriti di Kanada dan dalam laporan tahunan kami pada Borang 40-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Amerika Syarikat, serta pemfailan seterusnya. Semasa menilai kenyataan jangkaan, kami mengingatkan para pembaca agar tidak meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas sebarang kenyataan jangkaan dan pembaca mesti mempertimbangkan secara khusus pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keputusan atau hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan itu. Sekiranya tidak diwajibkan oleh undang-undang sekuriti yang berkaitan, kami tidak berhasrat, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan jangkaan bagi mencerminkan maklumat, kejadian, keputusan, atau keadaan selepas ini atau sebaliknya.