omniture

Ekspo K-Safety 2015 akan Diadakan di KINTEX pada November 2015

KINTEX
2015-07-20 10:00 400

SEOUL, Korea Selatan, 20 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Kementerian Keselamatan dan Sekuriti Awam (MPSS), suatu badan kerajaan Republik Korea yang baru ditubuhkan, dijadualkan mengadakan Ekspo Keselamatan dan Sekuriti Antarabangsa Korea 2015 (Ekspo K-Safety 2015) di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX) mulai 26-28 November sebagai usaha untuk membina ekosistem keselamatan yang berjaya yang mana syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi berkaitan dapat terus berkembang.

Dengan slogan yang tegas dan mantap iaitu "Negara Selamat, Rakyat Bahagia", pameran baharu dan komprehensif ini terutamanya bertujuan untuk menambah baik kesedaran nasional tentang keselamatan, selain menggalakkan industri sekuriti dan keselamatan. 

Lebih 300 buah syarikat berkaitan akan memenuhkan dewan pameran seluas kira-kira 22,000 meter persegi dengan barangan keselamatan dan sekuriti yang pelbagai. Pameran itu terdiri daripada beberapa subsektor seperti zon industri, zon kediaman, zon teknologi baharu dan zon pekerjaan.

Apa yang membezakan pameran dagangan ini daripada banyak acara keselamatan atau sekuriti yang lain adalah acara ini telah didorong secara aktif oleh kerajaan Korea sejak pengumuman rasmi pameran ini dibuat. Angka yang mencerminkan skala pelaburan kerajaan dalam industri keselamatan membuktikan penglibatan syarikat-syarikat berkaitan merupakan keputusan yang rasional. Kerajaan Korea telah membuat keputusan berani untuk meningkatkan pelaburan dalam industry sekuriti dan keselamatan kepada USD1.9 bilion, peningkatan 29.3% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, acara ini pasti dapat menghimpunkan semua pegawai kerajaan dan kakitangan dalam organisasi-organisasi awam berkaitan di satu tempat.

Dengan perkhidmatan G2B dan B2B yang komprehensif, Ekspo K-Safety 2015 pasti akan menawarkan pasaran yang matang dan peluang perniagaan yang hebat untuk syarikat-syarikat dalam industri sekuriti dan keselamatan.

Pelbagai acara unit, termasuk demonstrasi bantuan bencana menggunakan dron dan robot pemadam kebakaran, bersedia sepenuhnya untuk menyediakan dorongan yang kukuh untuk syarikat-syarikat berkaitan. Selain itu, seminar serta persidangan akademik tentang undang-undang keselamatan dan pembangunan keselamatan masa depan akan diadakan untuk menggalakkan persekitaran lebih mesra perniagaan untuk industri keselamatan dan sekuriti.  

Jika anda antara yang berminat mengambil bahagian dalam Ekspo K-Safety 2015, sila lawati www.k-safetyexpo.com atau hubungi Sekretariat Ekspo K-Safety 2015 (KINTEX) melalui ksafetyexpo@kintex.com.

Wakil Media:

Jay Yoon
+82-31-995-8044
jmy822@kintex.com

Source: KINTEX
Keywords: Chemical Computer/Electronics Machinery Public Safety Trade show news