omniture

Pengamal Yoga Veteran Persembahkan Kemahiran Tinggi Mereka di Air Terjun Lembah Wolong, Wuyuan, Jiangxi

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2015-07-20 12:03 276

WUYUAN, China, 20 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Enam pengamal yoga veteran baru-baru ini mempertunjukkan kemahiran mereka di air terjun di Gunung Dazhang di Lembah Wolong, Daerah Wuyuan, di wilayah Jiangxi, China. Pendampingan antara disiplin fizikal yang elegan dan persekitaran semula jadi ketika demonstrasi itu berlangsung mewujudkan suasana yang indah serta menakjubkan.

Lembah Wolong, lembah yang mempunyai pemandangan indah yang terletak di selatan Sungai Yangtze, dikenali kerana kehebatan, keanggunan, kecuraman cerun sekitarnya serta perasaan takjub yang terhasil kepada setiap pengunjung. Dikelilingi gunung-ganang yang meninggi, udara lembah itu yang kaya dengan ion oksigen negatif hasil daripada kadar liputan hutan setinggi 90.7 peratus. Yoga, yang mengurangkan tekanan dan membantu pengamal menumpukan tenaga mereka dalam cara yang positif, digabungkan dengan "bar oksigen" semula jadi di Lembah Wolong, membantu melegakan keletihan fizikal dan mental. Hasilnya, Lembah Wolong telah menarik sebilangan besar pengamal yoga yang mencari persekitaran hebat bagi melakukan senaman pernafasan disiplin tersebut.

Lembah Wolong, terletak di bahagian utara Daerah Wuyuan, merupakan Kawasan Pemandangan Tahap 4A nasional (menurut sistem kadaran terkemuka Pentadbiran Pelancongan Nasional China untuk destinasi pelancongan China). Denai kembara sepanjang kira-kira 10 km itu mempunyai ketinggian jatuhan semula jadi setinggi 730 meter. Lembah tersebut dihiasi beberapa air terjun yang menakjubkan termasuk Air Terjun Tirai Air, Air Terjun Naga Putih, Air Terjun Naga Hijau dan Air Terjun Naga Besar. Naga Besar dianggap sebagai air terjun yang paling menakjubkan antara keempat-empat air terjun itu.

Sepanjang beberapa tahun lalu, Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd. telah mengadakan acara promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap kawasan pemandangan Lembah Wolong sebagai destinasi ideal untuk para pelancong dan pengembara yang berminat. Kombinasi ketersediaan meluas sukan luar, keindahan semula jadi persekitaran fizikal dan budaya tradisional rantau Wuyuan menjadikannya tempat yang paling sesuai untuk tujuan percutian atau pengembaraan.

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news