SAN FRANCISCO, 20 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- Berikut disiarkan oleh firma guaman Cotchett, Pitre & McCarthy, LLP; Gustafson Gluek PLLC; Lockridge Grindal Nauen P.L.L.P; dan Lovell Stewart Halebian Jacobson LLP.
Sekiranya individu atau syarikat-syarikat menggunakan perkhidmatan penghantar kargo tertentu, mereka mungkin layak menerima pembayaran tunai yang mungkin bernilai signifikan daripada Penyelesaian tuntutan. Ini merupakan notis kedua dalam kes ini. Penyelesaian kini telah dicapai dengan 19 Defendan tambahan. Penyelesaian tersebut sebelum ini dicapai dengan 10 Defendan. Senarai lengkap semua Defendan disediakan di laman sesawang penyelesaian: www.FreightForwardCase.com.
Penyelesaian tersebut melibatkan tuntutan yang mendakwa sesetengah syarikat penghantaran kargo secara rahsia menyetujui harga perkhidmatan penghantaran kargo mereka di seluruh dunia, termasuk pada laluan di A.S. dan antara A.S. serta China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, India, Jerman, U.K. dan lain-lain bahagian Eropah. Sesetengah syarikat tersebut ("Defendan yang Menyelesaikan") yang telah disaman telah menyetujui Penyelesaian tersebut. Defendan yang Menyelesaikan menafikan mereka telah melakukan sebarang kesalahan. Tindakan undang-undang diteruskan ke atas Defendan yang Tidak Menyelesaikan.
Penghantar Kargo menyediakan perkhidmatan pengangkutan, atau logistik untuk penghantaran berkaitan pengaturan atau pengangkutan barangan melalui udara dan laut, yang mungkin termasuk khidmat sampingan kereta api dan trak, di peringkat nasional dan antarabangsa, selain aktiviti-aktiviti berkaitan, seperti pelepasan kastam, penggudangan, dan khidmat bumi.
Ahli Kelas termasuk dalam satu atau lebih Penyelesaian jika mereka: 1) Membeli Perkhidmatan Penghantaran Kargo secara langsung; 2) daripada mana-mana Defendan Menyelesaikan atau Tidak Menyelesaikan, subsidiarinya, atau sekutunya; 3) mulai 1 Januari, 2001 hingga 4 Januari 2011; 4) di A.S., atau di luar A.S. untuk penghantaran di dalam, ke, atau dari A.S. Semua yang anda perlu ketahui adalah Notis penuh, yang disediakan di www.FreightForwardCase.com, termasuk maklumat tentang siapa yang merupakan atau bukan merupakan Ahli Kelas.
Defendan yang Menyelesaikan akan menubuhkan Dana Penyelesaian dengan minimum $197.6 juta. Amaun bayaran bagi setiap pembeli akan ditentukan oleh Rancangan Agihan, yang dimuatkan di www.FreightForwardCase.com.
Maklumat Penting
Mahkamah akan menjalankan pembicaraan kes pada 2 November 2015 untuk mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan (1) Penyelesaian tersebut dan (2) permintaan yuran peguam sehingga 33% daripada Dana Penyelesaian, ditambah faedah, dan pampasan untuk perbelanjaan litigasi. Pada penghujung litigasi ini Peguam Kelas boleh meminta Mahkamah menganugerahkan setiap Wakil Kelas dengan amaun tidak melebih $75,000 sebagai pengiktirafan khidmat setiap Wakil Kelas dalam mendapatkan kembali dana untuk Kelas.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Penyelesaian dan hak Ahli Kelas, sila lawati www.FreightForwardCase.com, telefon 1-877-276-7340 (A.S. & Kanada) atau 1-503-520-4400 (Antarabangsa), atau tuliskan kepada: Freight Forwarders Claims Administrator, P.O. Box 3747, Portland, OR, 97208-3747.