omniture

Hampir 80 peratus KPE seluruh dunia dijangka akan mengambil lebih ramai pekerja dalam tiga tahun seterusnya

KPMG International
2015-07-21 03:26 201

Para KPE terus mengubah organisasi mereka dan semakin prihatin terhadap kaitan produk, kesetiaan pelanggan dan mengambil tahu teknologi terkini, menurut Kajian Ramalan KPE KPMG baharu

NEW YORK, 21 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Dalam satu kajian besar utama yang disiarkan oleh KPMG International, yang menjejaki tinjauan bagi tempoh tiga tahun akan datang, para ketua eksekutif perniagaan global berkata mereka yakin dengan kemampuan syarikat-syarikat mereka untuk berkembang dalam tempoh tiga tahun berikutnya dan menyatakan keyakinan tentang prospek ekonomi global.

Menurut Kajian Ramalan KPE KPMG 2015 yang melibatkan 1,278 Ketua Pegawai Eksekutif, 69 peratus daripada Ketua Pegawai Eksekutif Eropah, 66 peratus di Asia Pasifik dan 52 peratus di AS, berasa lebih yakin berbanding tahun lepas berkenaan pertumbuhan dan ekonomi global dalam tiga tahun akan datang. Semasa menilai prospek pertumbuhan syarikat mereka sendiri, 70 peratus daripada Ketua Pegawai Eksekutif Eropah dan 68 peratus Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik mengatakan mereka berasa lebih yakin berbanding setahun lalu. Di AS, yang mana pemulihan sedang giat dijalankan, 19 peratus daripada mereka berasa lebih yakin berbanding setahun lalu dengan tambahan 46 peratus menyatakan tahap keyakinan yang sama berkaitan prospek pertumbuhan mereka. Lebih penting, Ketua Pegawai Eksekutif seluruh dunia bersedia mengambil lebih ramai pekerja, dengan 78 peratus responden mengatakan mereka menjangka akan mula mengambil pekerja sehingga pertengahan tahun 2018.

"Mesej keseluruhan yang kami dapat daripada KPE seluruh dunia adalah mereka positif tentang prospek mereka sepanjang tiga tahun seterusnya,dan yang lebih penting, mereka ingin mengambil lebih ramai orang bekerja," kata John Veihmeyer, Pengerusi Global KPMG International. "Terdapat lebih banyak perubahan positif terhadap keyakinan mereka berbanding tahun lalu, di Eropah dan Asia berbanding AS, yang sebahagiannya memperlihatkan AS kini berada dalam fasa lanjutan pemulihan ekonomi."

Menurut kajian KPMG itu, para KPE sedang berhadapan tekanan persaingan yang semakin meningkat. Dalam aturan kepentingan: 86 peratus mengambil berat tentang kesetiaan pelanggan mereka; 74 peratus bimbang tentang kemasukan pemain baharu dalam pasaran; 72 peratus bimbang tentang kebolehan mengikuti teknologi baharu; 68 peratus bimbang tentang kemampuan pesaing mereka untuk merebut perniagaan daripada mereka; dan 66 peratus prihatin tentang kaitan produk atau perkhidmatan mereka dalam tempoh tiga tahun seterusnya.

Keadaan Semasa: Mungkin Kedudukan Paling Berisiko bagi Mana-mana Organisasi
Yang pentingnya, 44 peratus para KPE menyatakan mereka hanya berasa 'lebih kurang selesa' dengan model perniagaan semasa mereka, dengan lima peratus menyatakan yang mereka 'tidak selesa.' Dalam kajian itu, 29 peratus pemimpin berkata organisasi mereka berkemungkinan akan bertukar menjadi entiti yang banyak berbeza dalam tempoh tiga tahun seterusnya.

Sementara keputusan menunjukkan para KPE sedar tentang keperluan untuk mengubah perniagaan mereka agar dapat terus berkembang dan maju, hampir satu pertiga daripada para KPE berkata perniagaan mereka tidak mengambil risiko yang cukup dengan strategi pertumbuhan global mereka dan lebih separuh (56 peratus) berkata mereka belum melaksanakan proses inovasi untuk seluruh syarikat secara keseluruhan.

Separuh daripada responden menyedari cabaran tambahan berkaitan sejauh mana perniagaan mereka perlu memperbaiki cara ia mengurus data dan analitik serta bagaimana mereka perlu melakukan lebih lagi agar dapat siap siaga bagi kejadian keselamatan siber.

"Para KPE terus menghadapi cabaran perniagaan yang lebih rumit berbanding sebelum ini," kata Veihmeyer, KPMG. "Ramai KPE dalam kajian kami sering mengulangi apa yang saya dengar ketika saya bertemu pemimpin perniagaan - yang mereka perlu mengambil lebih banyak risiko terhitung dalam strategi pertumbuhan mereka. Mereka tahu yang mereka perlu melakukan kerja dengan cara yang berbeza, dan mereka sedang meneliti organisasi mereka bagi menentukan bagaimana mereka boleh berubah untuk kekal relevan dan mengukuhkan kedudukan daya saing mereka."

Keutamaan Strategik dalam Tiga Tahun Akan Datang
Secara global, para eksekutif sudah menyasarkan yang berikut, dalam aturan mengikut kepentingan: membangunkan strategi pertumbuhan baharu, mempunyai fokus pelanggan yang lebih kukuh, meluaskan syarikat melangkaui sempadan, mengurangkan struktur kos mereka, mempertingkatkan kelajuan ke pasaran, dan menggalakkan inovasi. Apabila ditanya sama ada fokus utama mereka dihalakan kepada pertumbuhan atau kecekapan pengendalian dalam tempoh tiga tahun akan datang, 94 peratus KPE AS menyatakan pertumbuhan, sementara rakan setara mereka di Asia dan Eropah pula berkata mereka memfokuskan kecekapan pengendalian.

Dari segi isu yang memberi impak terbesar ke atas prospek dan prestasi syarikat mereka, tiga isu utama yang dikenal pasti oleh KPE adalah 'pertumbuhan ekonomi global', diikuti rapat oleh 'persekitaran kawal selia', dan 'teknologi disruptif.'

Sasaran Perluasan Utama Eropah Tengah, AS
Apabila ditanya tentang bidang yang mereka jangka mendapat modal signifikan dalam masa tiga tahun seterusnya, para KPE mengenal pasti perluasan di luar ibu negara mereka sebagai bidang nombor satu. Para KPE AS memfokuskan Eropah, terutamanya Eropah Tengah, diikuti dengan Amerika Selatan dan China. Bagi KPE di China, Jepun, United Kingdom, Jerman, Sepanyol dan Perancis, AS merupakan rantau yang menawarkan potensi terbesar untuk pertumbuhan baharu. "Daya pemulihan ekonomi AS menjadikan AS sebagai sasaran pelaburan menarik untuk syarikat-syarikat yang berpusat di Eropah dan Asia," kata Veihmeyer, KPMG.

Campuran Pertumbuhan
Hari ini, 52 peratus daripada KPE berkata strategi pertumbuhan semasa mereka dibina sebahagian besarnya meliputi pertumbuhan organik, dengan 42 peratus berkata ia adalah gabungan pertumbuhan organik dan tidak organik melalui pengambilalihan manakala enam peratus menyatakan sebahagian besarnya adalah tidak organik.

Ketika diminta mempertimbangkan strategi-strategi pertumbuhan jangkaan mereka dalam tiga tahun seterusnya, 59 peratus daripada KPE menjangka keutamaan mereka akan menjadi pertumbuhan organik, 22 peratus menyatakan terdapat pembahagian setara antara pertumbuhan organik dan tidak organik melalui pengambilalihan, manakala 19 peratus lagi menyatakan ia akan melibatkan pertumbuhan tidak organik. Dua puluh sembilan peratus KPE AS menunjukkan strategi yang lebih bersifat mengambil alih, mengenal pasti pertumbuhan tidak organik sebagai pemacu pertumbuhan utama.

Untuk melihat infografik, video animasi dan untuk maklumat tambahan tentang Kajian Ramalan KPE, sila lawati kpmg.com/CEOoutlook. Anda juga boleh mengikuti perbualan @KPMG di Twitter, menggunakan hashtag: #CEOoutlook.

Latar Belakang Kajian Ramalan KPE KPMG 2015
Tinjauan itu menyasarkan 1,278 KPE dalam 10 pasaran penting (Australia, China, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Sepanyol, UK dan AS) serta sembilan sektor industri penting (automotif, perbankan, insurans, pengurusan pelaburan, penjagaan kesihatan, pengilangan, teknologi, pasaran runcit/pengguna dan tenaga/utiliti). Satu perempat daripada responden mencatat hasil tahunan sebanyak lebih AS$10 bilion, dan tiada maklum balas daripada syarikat-syarikat di bawah AS$500 juta.

Latar Belakang KPMG International
KPMG merupakan rangkaian global firma profesional yang menyediakan perkhidmatan Audit, Cukai dan Khidmat Nasihat. Kami beroperasi di 155 buah negara dan mempunyai lebih 162,000 orang yang bekerja dalam firma ahli di seluruh dunia. Firma ahli bebas rangkaian KPMG bersekutu dengan KPMG International Cooperative ("KPMG International"), satu entiti Switzerland. Setiap firma KPMG merupakan entiti berasingan dan berbeza secara udang-undang dan menggambarkan syarikatnya sedemikian. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati www.kpmg.com.

Hubungi: Amy Greenshields (Komunikasi Global), amygreenshields@kpmg.ca, T: +1-416-777-8749; Ichiro Kawasaki (Komunikasi AS), ikawasaki@kpmg.com, T: +1-201-307-8640

Source: KPMG International
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research