omniture

Saturna Sdn Bhd Tambahkan Veteran Industri Ketuai Pasukan Jualan

Saturna Sdn. Bhd.
2015-07-21 08:30 165

-- Pengarah jualan dan pemasaran baharu akan memfokuskan para pelanggan institusi firma itu

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Saturna Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Saturna Capital Corporation, yang berpangkalan di AS, telah mengumumkan penambahan Heddy Hussain, seorang profesional pelaburan veteran dengan pengalaman luas dalam menjalin kerjasama dengan para pelabur institusi dan individu. Heddy telah menyertai Saturna Sdn. Bhd. sebagai pengarah jualan dan pemasaran institusi serta memiliki Lesen Penasihat Pelaburan mengikut keperluan pasaran modal Suruhanjaya Sekuriti.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140210/PH60919LOGO

Heddy akan menumpukan terhadap membangunkan hubungan baharu dengan para pelabur institusi dan bernilai bersih tinggi, serta rakan pengedaran, di samping turut mengurus jualan keseluruhan firma itu. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyelidikan, beliau akan turut melengkapi kakitangan penyelidikan dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang mengurus strategi pelaburan sukuk firma tersebut. Saturna Sdn Bhd mula membina kebolehan Sukuk pada pertengahan tahun 2014 dan menerima mandat pertamanya menjelang akhir tahun 2014.

"Kami gembira kerana seorang profesional dengan kaliber serta pengalaman luas yang dimiliki oleh Heddy akan mengetuai capaian kami kepada para pelabur di Malaysia dan selanjutnya," kata Monem Salam, Presiden Saturna Sdn. Bhd. "Heddy akan terus bekerjasama dengan para pelabur yang mencari pendedahan pelaburan menerusi dana ekuiti ASEAN Saturna, yang memanfaatkan peluang pelaburan di pasaran paling pesat membangun di Asia, sambil mematuhi garis panduan pelaburan Islam."

Heddy mempunyai lebih 17 tahun pengalaman pelaburan, yang terkini sebagai timbalan pengarah dan ketua penyelidikan ekuiti di RHB Asset Management, yang mana beliau bertanggungjawab untuk mengetuai pasukan penganalisis ekuiti dalam operasi harian selain menyediakan dokumentasi RFP dan RFI bagi pihak pasukan pelaburan. Dalam peranan ini, Heddy merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi 16 Anugerah Lipper —The Edge pada tahun 2014 dan 2015. Sebelum ini, Hussain berkhidmat sebagai penolong naib presiden di pembrokeran cawangan RHB, menyediakan khidmat nasihat dan penstrukturan semula portfolio untuk para pelanggan sedia ada selain menjalankan perancangan strategik untuk pertumbuhan syarikat. Beliau memegang diploma dalam Analisis Pelaburan daripada Universiti Teknologi Mara.

Saturna Sdn. Bhd. dilesenkan sebagai pengurus dana Islam di bawah Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Syarikat itu yakin pasaran kewangan Islam yang komprehensif dan progresif di Malaysia, yang dibuka kepada masyarakat antarabangsa, akan membantu syarikat membina kumpulan pelabur Islam yang kukuh di Malaysia selain dalam kalangan pelabur Asia serta seluruh dunia.

"Minat untuk melabur dalam ekuiti ASEAN selain produk-produk sukuk akan terus berkembang, dan Saturna, dengan kepakaran pelaburan global berasaskan nilai yang memenangi anugerah, memiliki kedudukan terbaik untuk memenuhi permintaan tersebut," tambah En. Salam.

Latar Belakang Saturna Capital Corporation

"Pengurus Ekuiti Global Berasaskan Nilai"

Saturna Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan anak syarikat milik penuh Saturna Capital yang mengkhusus dalam khidmat nasihat pelaburan berlandaskan Islam untuk para individu dan institusi-institusi. Ia bertindak sebagai subpenasihat kepara Crescent International Equity Fund, diuruskan oleh Crescent Wealth, iaitu pengurus kekayaan Islam pertama di Australia.

Saturna Capital Corporation, ditubuhkan pada tahun 1989 di Bellingham, Washington, AS, merupakan penasihat pelaburan persendirian milik kakitangan dengan aset bawah pengurusan bernilai AS$4 bilion, menyediakan khidmat nasihat pelaburan kepada dana bersama, institusi, perniagaan, individu, dan pembiayaan.

Saturna Capital merupakan penasihat kepada  Amana Mutual Funds (Amana Growth Fund, Amana Income Fund, dan Amana Developing World Fund) yang mematuhi prinsip kewangan Islam.

Saturna Capital juga merupakan penasihat kepada Saturna Investment Trust, yang terdiri daripada Saturna Sustainable Equity Fund, Saturna Sustainable Bond Fund, Sextant International, Sextant Growth, Sextant Core, Sextant Bond Income, Sextant Short-Term Bond, Sextant Global High Income, dan Idaho Tax-Exempt Fund.

Sila pertimbangkan objektif, risiko, caj dan perbelanjaan sesuatu pelaburan dengan teliti sebelum melabur. Untuk mendapatkan prospektus percuma yang mengandungi perkara ini dan maklumat penting lain tentang dana Saturna, hubungi talian bebas tol 800/SATURNA atau lawati  www.saturna.com. Sila baca prospektus dengan teliti sebelum melabur.

Hubungi: Victoria Odinotska
KANTER
Tel. 703/685-9232

Source: Saturna Sdn. Bhd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Personnel announcements