omniture

Pengkomputeran Kognitif teruskan peningkatan pesat di Asia dengan pelaksanaan baharu dalam bank 5 terbaik

CustomerMatrix
2015-07-22 07:00 223

-- Sebuah bank Asia Tahap-1 merupakan yang terkini menggunakan platform Pengkomputeran Kognitif untuk memacu pertumbuhan hasil.

NEW YORK dan PARIS, 22 Julai 2015 /PRNewswire/ -- CustomerMatrix hari ini mengumumkan Platform Pengkomputeran Kognitif penjana hasilnya, sedang dilaksanakan untuk sebuah bank global Tahap-1 (salah satu daripada lima bank yang terbesar di Asia), mengembangkan senarai pelanggannya dalam kalangan 10 bank terbaik global dan syarikat perkhidmatan kewangan terbaik.  Penambahan terkini kepada kumpulan pelanggan CustomerMatrix ini memanfaatkan Model Pemecutan Hasil CustomerMatrix untuk mendapatkan hasil baharu daripada pelanggan sedia ada dalam tempoh 12 minggu.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141107/157377LOGO

Dengan menggunakan Model Pemecutan Hasil CustomerMatrix, bank tersebut mempercepatkan kelebihan yang dapat dihasilkan oleh Pengkomputeran Kognitif merentasi beberapa unit perniagaan, membolehkannya memacu hasil baharu daripada para pelanggan Perbankan Korporat dan Persendirian. Dengan platform prasedia itu yang memerlukan kurang daripada 12 minggu untuk dilaksanakan, bank dapat memanfaatkan pengetahuan pelanggan dengan pantas dalam sumber data dalaman serta luaran untuk memberikan pasukan yang berdepan pelanggan dengan ActionAlerts™ Hasil yang begitu disasarkan.

Kami teruja dapat membantu pemimpin pasaran yang begitu dihormati meningkatkan pengetahuan pelanggan mereka untuk mendapatkan hasil baharu dalam kumpulan pelanggan sedia ada mereka," kata Guy Mounier, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama CustomerMatrix. "Dengan platform Pengkomputeran Kognitif kami, perniagaan dapat mewujudkan pengetahuan pelanggan sebenar dengan memperkayakan data pelanggan yang telah dimiliki oleh mereka dengan data luaran, dan kemudian menggunakan pembelajaran mesin untuk meningkatkan hasil perniagaan mereka secara dramatik. Ini dengan konsisten dapat menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang hebat dan hasil baharu daripada kumpulan pelanggan mereka."

Kebolehukuran Prestasi

Platform baharu ini memberikan bank dengan proses jualan yang begitu mudah diukur merentasi beberapa unit perniagaan. Kakitangan yang berdepan pelanggan diberikan ActionAlerts™ Hasil masa nyata, yang dinilai dan diutamakan semasa penyampaian. ActionAlerts™ Hasil ini menunjukkan kepada para pegawai bank, para penasihat dan lain-lain tindakan yang boleh mereka ambil untuk mewujudkan hasil pelanggan baharu. ActionAlerts™ Hasil disepadukan ke dalam aliran kerja sedia ada dan dijejak secara automatik oleh platform tersebut untuk memberikan kebolehukuran prestasi serta keterlihatan pengurusan.

Kelebihan Pengkomputeran Kognitif

Satu kelebihan jelas teknologi CustomerMatrix adalah ia menggunakan hab meta-data ringan yang secara dinamik memperkayakan data, menjanakan peraturannya sendiri berasaskan apa yang dipelajarinya daripada data beraneka tersebut, serta menyesuaikan saranannya berdasarkan kejayaan pengguna dan juga teknik-teknik maklum balas automatik.

Latar Belakang CustomerMatrix

CustomerMatrix menawarkan platform Pengkomputeran Kognitif yang menerajui pasaran yang menghubungkan titik antara anda, organisasi anda dan pelanggan tanpa menambahkan infrastruktur data baharu yang berkos tinggi. Platform Pengkomputeran Kognitif daripada CustomerMatrix membantu syarikat-syarikat mendapatkan peluang hasil yang tersembunyi dalam masa nyata, dengan menyarankan tindakan khusus untuk kakitangan berdepan pelanggan dan meletakkan saranan dalam aliran kerja sedia ada mereka, disenaraikan mengikut nilai impak.

CustomerMatrix mempunyai ibu pejabat di Kota raya New York dengan pusat R&D di Paris, Perancis manakala operasi di Asia berpusat di Hong Kong. Ia mempunyai senarai pelanggan Global 2000 yang terus bertambah termasuk bank-bank global seperti BNP Paribas, penginsurans seperti Allianz, dan beberapa jenama perniagaan terkemuka dunia seperti Schneider Electric. CustomerMatrix merupakan ahli pengasas Cognitive Computing Consortium bersama IBM-Watson.

Sebarang maklumat lanjut, sila lawati: www.customermatrix.com

Source: CustomerMatrix
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts