omniture

Taisys Bekerjasama dengan Chunghwa Telecom dalam Melancarkan Pelan Khidmat Data Tanpa Had 5 Hari Taiwan

Taisys Technologies
2015-07-22 15:13 400

TAIPEI, Julai 22, 2015 /PRNewswire/ -- Taisys kini bekerjasama dengan syarikat gergasi telekomunikasi Taiwan, Chunghwa Telecom, bagi melancarkan Pelan Prabayar 4G 5 Hari Taiwan dengan khidmat suara serta data melalui Platform slimduet®. Pelancong yang berkunjung ke Taiwan dapat membeli pelan khidmat mudah alih itu menerusi slimduet® APP dan menerima nombor menerusi muat turun melalui udara serta menikmati khidmat data tanpa had 5 hari Taiwan daripada Chunghwa Telecom.

Memandangkan musim pelancongan musim panas telah tiba, Taiwan sedang menerima kemasukan sejumlah pelawat asing, dengan kebanyakannya datang dari tanah besar China. Menurut Biro Pelancongan, Taiwan menyaksikan 9.9 juta pengunjung pada tahun 2014, peningkatan tahunan sebanyak 23.63%. Taisys yang menyasarkan perkembangan pesat pelancongan ini, kini bekerjasama dengan Chunghwa Telecom dalam melancarkan Pelan Prabayar 4G 5 Hari Chunghwa. Melalui kerjasama dengan Taisys, Chunghwa Telecom kini dapat menyediakan untuk pengunjung sebelum ketibaan mereka, pelan khidmat yang diingini dalam cara yang mudah dan tanpa masalah.

Pelan Prabayar 4G 5 Hari ini sesuai untuk kunjungan jangka pendek atau perjalanan perniagaan ke Taiwan, dijual pada harga USD 17 dengan penggunaan data tanpa had selama 5 hari, NTD 300 untuk digunakan bagi panggilan suara, dan sambungan Wi-Fi Chunghwa Telecom secara percuma. Khidmat prabayar itu akan diaktifkan pada panggilan pertama, tanpa perlu bimbang tentang penggunaan data atau beratur di lapangan terbang untuk melanggan khidmat mudah alih tempatan.

Para pengguna khidmat slimduet® tidak perlu menukar kad SIM untuk menikmati satu SIM dengan beberapa nombor untuk pelbagai negara. Beralih antara nombor adalah mudah dan benar-benar menzahirkan konsep satu-SIM-untuk-dunia. Dengan menyambungkan SIM nipis slimduet® kepada kad SIM asal, seseorang boleh memuat turun beberapa pelan khidmat suara dan data melalui udara dari negara-negara berbeza. Pelan khidmat pada platform slimduet® kebanyakannya disediakan oleh pengendali mudah alih tempatan, pelancong menikmati sambungan rangkaian berkualiti pada kadar prabayar tempatan dan menjimatkan masa serta wang.

Sila lawati laman sesawang slimduet di www.slimduet.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Wakil media Taisys:
Lotus Lin
Tel: +886-2-2627-0927 samb. 6005
E-mel: lotus.lin@taisys.com  

Source: Taisys Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Equipment