LOS ANGELES, 22 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Kami dengan penuh dukacitanya ingin mengumumkan rakan kami yang dikasihi, Jim Rothenberg, Pengerusi, Capital Group Companies, telah meninggal dunia hari ini kerana serangan jantung. Jim baru sahaja menyambut ulang tahun ke-45 bersama Capital Group, yang turut melibatkan American Funds.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150721/238950
Jim berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepimpinan di Capital Group sepanjang kerjayanya. Mendiang merupakan salah seorang daripada lapan ahli Jawatankuasa Pengurusan Capital Group, dan berkhidmat sebagai naib pengerusi lembaga serta pengurus portfolio Growth Fund of America. Jim turut terlibat dalam pelbagai aktiviti pendidikan, sivik dan komuniti sepanjang kerjayanya, termasuk sebagai bendahari di Universiti Harvard mulai tahun 2004-2014. Mendiang juga berkhidmat dalam lembaga California Institute of Technology, RAND Corporation dan Huntington Memorial Hospital, serta merupakan gabenor the Investment Company Institute.
Kebijaksanaan, semangat serta kesungguhan mendiang merupakan sumber inspirasi kepada kami semua dan kepada lebih 7,600 rakan sekutu kami seluruh dunia.
Kami turut berkongsi kesedihan dengan keluarga mendiang dan kepada semua yang terkesan dengan bakat luar biasa mendiang.
Jawatankuasa Pengurusan Capital Group: Tim Armour, Kevin Clifford, Phil de Toledo, Darcy Kopcho, Rob Lovelace, Martin Romo dan Brad Vogt
HUBUNGI: Tom Joyce, Hubungan Media, +1-213-615-0514