- Kajian baharu daripada ETS dan Ipsos Public Affairs mengetengahkan jurang kefasihan Bahasa Inggeris yang mungkin menghalang kejayaan
PRINCETON, New Jersey, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Satu kertas putih baharu daripada Educational Testing Service (ETS), pencipta program TOEIC®, dan Ipsos Public Affairs telah mengenal pasti tiga jurang penting yang dihadapi oleh syarikat-syarikat semasa membina tenaga kerja yang fasih Bahasa Inggeris untuk bersaing dalam ekonomi yang semakin sejagat.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150720/238207-INFO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO
"Terjerumus Di Celahan: Kesulitan Tidak Terduga yang Boleh Terjadi Dalam Mencapai Kefasihan Bahasa Inggeris" mengetengahkan jurang dalam tiga bidang kritikal: keutamaan, kefasihan dan penilaian. Kertas itu, yang berdasarkan kaji selidik ke atas 749 profesional kanan bahagian hubungan manusia di syarikat-syarikat multinasional seluruh dunia, menganalisis impak yang dikenakan ke atas perniagaan oleh jurang ini dan mempertimbangkan bagaimana langkah menangani jurang ini boleh menyumbang kepada pertumbuhan individu dan syarikat.
Penemuan penting mencadangkan yang keutamaan yang diberikan ke atas penggalakan kakitangan untuk fasih dalam Bahasa Inggeris tidak sepadan dengan pernyataan keperluan mereka untuk kakitangan berbahasa Inggeris. Kurang 65 peratus daripada syarikat yang aktif memberi galakan kepada pekerja mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris, lalu meninggalkan jurang keutamaan signifikan sebanyak 16 mata. Syarikat-syarikat yang mengakui keperluan untuk memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris dalam tenaga kerja tetapi tidak menanganinya mungkin akan gagal beroperasi dalam pasaran global.
Perbezaan yang sama wujud apabila syarikat-syarikat tersebut ditanya sama ada kefasihan Bahasa Inggeris penting atau tidak di tempat kerja. Hampir sembilan daripada 10 responden berkata kefasihan Bahasa Inggeris adalah penting, namun hanya dua pertiga merasakan kefasihan Bahasa Inggeris kakitangan mereka adalah mencukupi.
Akhirnya, walaupun dua pertiga daripada ahli-ahli profesional hubungan awam (HR) yang dikaji selidik mengatakan syarikat-syarikat mereka menyediakan latihan kefasihan Bahasa Inggeris rasmi untuk kakitangan, hanya 24 peratus melatih dan kemudian menguji peserta di peringkat akhir program. Ini meninggalkan jurang penilaian sebanyak 41 peratus mata.
"Syarikat-syarikat yang menangani kekurangan ini pada peringkat awal akan mampu menggunakan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan kakitangan mereka sebagai pemangkin komunikasi global," kata Feng Yu, Pengarah Eksekutif program TOEIC di ETS. "Kemampuan untuk berkomunikasi pada skala global akhirnya akan meletakkan syarikat dalam kedudukan untuk bersaing dan berjaya dalam ekonomi global dalam jangka masa panjang."
Kertas putih penuh itu boleh dimuat turun daripada www.WhyEnglishMatters.com. Maklumat tambahan yang berkaitan dengan negara-negara dan industri-industri tertentu akan dikeluarkan lewat tahun ini.
Latar Belakang Why English Matters:
Pada tahun 2014, pencipta program TOEIC® ETS melancarkan WhyEnglishMatters.com, sumber dalam talian menyeluruh yang dikhususkan bagi menunjukkan impak kefasihan Bahasa Inggeris terhadap perniagaan sejagat. Daripada Siri Dokumentari yang memaparkan infografik, penyelidikan, dan artikel tentang kefasihan Bahasa Inggeris di tempat kerja kepada syarikat-syarikat multinasional terkemuka, WhyEnglishMatters.com mengumpulkan maklumat berguna dalam satu tempat mudah agar dapat memajukan perbualan tentang impak Bahasa Inggeris ke atas organisasi-organisasi di seluruh dunia.
Latar Belakang TOEIC®:
Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC® telah menjadi piawaian sejagat untuk mengukur kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja. Rangkaian Penilaian TOEIC®, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC®, ujian Lisan dan Menulis TOEIC®, serta ujian TOEIC Bridge™, digunakan oleh hampir 14,000 buah syarikat, organisasi, dan agensi kerajaan di 150 buah negara. Pada tahun 2012, hampir 7 juta ujian TOEIC telah diberikan do seluruh dunia, lalu mengukuhkan program TOEIC sebagai program penilaian Bahasa Inggeris di tempat kerja yang terbesar dan paling meluas digunakan. Sebarang maklumat lanjut tentang ujian TOEIC dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh program TOEIC, lawati www.ets.org/toeic.
Latar Belakang ETS:
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berdasarkan kajian menyeluruh. ETS membantu individu, institusi pendidikan, dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai khusus bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah, dan pascamenengah, selain mengendalikan penyelidikan, analisis, dan kajian dasar pendidikan. Ditubuhkan sebagai pertubuhan tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, memberikan, dan memberi markah lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® — di lebih 180 buah negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org