omniture

Untung Bersih TCL Corporation bagi Separuh Pertama 2015 Melebihi $US 330 Juta

TCL Corporation
2015-07-23 14:35 320

SHENZHEN, China, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Menurut Taklimat Hasil Interim 2015 TCL Corporation yang disiarkan pada bulan Julai, syarikat tersebut telah mencapai untung bersih yang dianggarkan sebanyak 2.05 hingga 2.1 bilion yuan (~$US 330-338 juta) bagi separuh pertama tahun ini, termasuk untung bersih 1.6 hingga 1.65 bilion yuan (~$US 258-266 juta) yang boleh dinisbahkan kepada pemegang saham syarikat tersenarai; untung bersih selepas keuntungan tidak berulang dan pengurangan kerugian dianggarkan pada 1.58 hingga 1.63 bilion yuan (~$US 254-262 juta), meningkat 69 hingga 75% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebagai pemimpin dalam sektor elektronik pengguna, TCL adalah antara yang terawal menjalankan strategi transformasi yang memanfaatkan Internet. Sejak awal tahun ini, syarikat itu terus melaksanakan strategi "Double Plus" menampilkan strategi transformasi "Kepintaran+Internet" dan model perniagaan "Produk+Khidmat". Berasaskan prestasi bagi separuh pertama tahun ini, strategi keseluruhan itu telah memberi hasil yang baik secara keseluruhan atau lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Dengan mengoptimumkan secara berterusan portfolio produk dan saluran pengedaran, TCL Multimedia (01070.HK) telah melakukan pindaan dalam struktur pengurusan, satu tindakan yang terbukti kondusif untuk mengoptimumkan struktur organisasi serta mekanisme membuat keputusan, selain terus meningkatkan daya saing teras perniagaan itu. Semasa tempoh laporan, TCL Multimedia telah menjual 7.716 juta set TV LCD. Pengguna aktif yang mengakses melalui terminal televisyen rangkaian pintar syarikat itu telah bertambah kepada 9.063 juta sementara bilangan pengguna aktif harian telah mencapai 3.44 juta. Bilangan pengguna yang bertambah dengan pesat menunjukkan aliran hasil yang diwujudkan oleh perkhidmatan televisyen pintar TCL akan terus berkembang.

Dengan sentiasa mengoptimumkan rekaan dan kefungsian produk, TCL Communication (02618.HK) telah mengukuhkan hubungannya dengan penyedia perkhidmatan, membangunkan saluran dalam talian dan terus mengembangkan bahagian pasaran global. Jualan telefon mudah alih bagi separuh pertama tahun ini mencapai 34.835 juta unit, meningkat 16.3 peratus tahun-ke-tahun, termasuk 20.88 juta telefon pintar, meningkat 38.9 peratus tahun-ke-tahun. Bahagian jualan yang dinisbahkan kepada telefon pintar meningkat kepada 59.9 peratus berbanding 50.2 peratus setahun lalu.   

Dari segi panel LCD, untung dianggarkan bagi CSOT adalah lebih tinggi berbanding sasaran yang ditetapkan awal tahun ini, hasil daripada harga jualan purata meningkat bagi produk-produk utama dan pengurangan kos unit bahan dan tetap. Semasa tempoh laporan, CSOT mencatatkan pemitaan 786,000 keping substrat kaca, meningkat 3.27 peratus berbanding tahun sebelumnya sementara kadar penggunaan kapasiti dan hasil sintesis produk kekal pada tahap yang tinggi.

Syarikat itu juga mengambil bahagian dalam penstrukturan semula Hong Kong Peipus International (0334.HK), yang seterusnya dinamakan semula sebagai TCL Display Technology, membolehkan entiti itu memperoleh modal yang stabil untuk tempoh jangka panjang dan berkos rendah melalui pasaran modal. Modal yang diperoleh dilaburkan ke dalam penyelidikan dan pembangunan serta penyepaduan rantai bekalan, seterusnya meningkatkan kapasiti inovasi untuk teknologi paparan berwajah baharu dan kapasiti penyepaduan antara bahagian huluan dan hiliran sektor tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut:

Marta Chen
+86-0755-33313868
chenxuejun@tcl.com 

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components