omniture

Dr. Othmar Belker Dilantik Ketua Pegawai Kewangan Baharu Schenck Process

Schenck Process GmbH
2015-07-23 16:18 298

DARMSTADT, Jerman, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ --

Dr. Othmar Belker bakal menjadi ahli Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Kewangan Schenck Process Group berkuat kuasa 1 Ogos 2015. Dengan jawatan ini, beliau akan mengetuai organisasi kewangan global syarikat itu dan, bersama Andreas Evertz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, akan mengemudi syarikat itu, pakar dalam teknologi pengukuran serta proses. Dengan Ijazah Kedoktoran dalam Ekonomi, beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan NORMA Group selama lebih lapan tahun, yang mana beliau memantapkan jabatan kewangan antarabangsanya. Dalam tempoh ini, beliau bertanggungjawab memantau saham terbitan awam (IPO) dan seterusnya pembiayaan semula syarikat itu, peneraju pasaran dalam teknologi hubungan termaju.

Sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Dr. Belker akan menggantikan En. Wolfgang Kleinschmidt, yang tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan meninggalkan syarikat atas permintaannya sendiri pada penghujung Julai untuk mencuba cabaran baharu.

"Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan Dr. Othmar Belker, pakar kewangan yang terbukti dan berpengalaman pada peringkat antarabangsa yang mempunyai reputasi cemerlang serta, bersama rakan sekerjanya, Andreas Evertz, akan bersama Schenck Process untuk lebih maju ke hadapan," kata Dr. Winfried Walzer, Pengerusi Lembaga Penyeliaan Schenck Process Holding GmbH.

Dengan Ijazah Kedoktoran dalam Ekonomi, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Norma Group dari Maintal berhampiran Frankfurt mulai tahun 2006 hingga Mac 2015. Di bawah seluruh kawalan beliau, pakar teknologi hubungan itu diapungkan pada tahun 2011 dan berkembang dengan signifikan sebagai sebahagian daripada pengambilalihan selanjutnya. Sebelum itu, Dr. Belker memperoleh pengalaman sebagai Ketua Pegawai Kewangan di pembekal automotif global Schefenacker, di pembekal pembinaan tersenarai Lindner Holding, dan di sebuah syarikat pelaburan tersenarai.

"Wolfgang Kleinschmidt telah bekerja dengan jayanya di Schenck Process selama lebih 20 tahun, dengan tiga tahun terakhir sebagai ahli Lembaga Pengurusan dan sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau atas usaha keras dan komitmen beliau: beliau memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju untuk syarikat bagi mengantarabangsakan perniagaannya," kata Dr. Winfried Walzer.

Maklumat lanjut: http://www.schenckprocess.com

Wakil Akhbar: 

Schenck Process Holding GmbH
Martina Seefeld
Ketua Komunikasi Antarabangsa
Pallaswiesenstr. 100
64293 Darmstadt, Jerman
T +49-61-51-1531-31-28
F +49-6151-1531-2754
press@schenckprocess.com

Sumber: Schenck Process GmbH

Source: Schenck Process GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements