omniture

Hublot Dan Paris Saint-Germain Unggul di Puncak Rockefeller Center

Hublot and Paris Saint-Germain
2015-07-24 14:09 155

- Hublot Memperkenalkan Jam Tangan Edisi Terhad Kelab Bola Sepak Paris Saint-Germain

NEW YORK, 24 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Hublot dan Paris Saint-Germain, Kelab Bola Sepak Perancis yang terkemuka seluruh dunia, memperkenalkan Jam Tangan Rasmi Paris Saint-Germain, Big Bang Unico Bi-Retrograde Paris Saint-Germain, bagi meraikan jelajah musim panas Amerika Utara pasukan itu. Baru sahaja selesai dengan FIFA Women's World Cup Canada 2015™, yang mana Hublot bertindak sebagai Penjaga Masa Rasmi, perkongsian serta jam tangan ini merupakan satu lagi contoh cinta Hublot terhadap "bola sepak" global serta sokongan berterusan kempen "Hublot Loves Football" yang dilancarkan semasa FIFA World Cup Brazil™ musim panas lepas.

Pengarah Urusan AS Hublot, Jean-Francois Sberro, menganjurkan satu acara koktel eksklusif dengan pasukan itu di satu taman persendirian berbumbung di puncak Rockefeller Center yang bersejarah bagi melancarkan jam tangan Big Bang Unico Bi-Retrograde Paris Saint-Germain. Para pemain bintang yang menghadirkan diri termasuklah Zlatan Ibrahimovic, Blaise Matuidi dan Thiago Silva, serta KevinTrapp yang menyertai kelab Paris itu secara rasminya minggu lepas.

Malam itu meraikan budaya Perancis, termasuk muzik oleh DJ Perancis, Olivier Meiji, dan demonstrasi seni secara langsung oleh pengkarya Perancis, JonOne. Sebagai kejutan untuk para tetamu, para pemain Paris Saint-Germain turut mencuba bakat sebagai pelukis, dengan menghasilkan catan yang hanya ada satu seumpamanya di atas kanvas luas dengan bantuan pengkarya itu. Catan itu akan dilelong lewat musim ini bagi menyumbang kepada yayasan amal pasukan itu, Fondation Paris Saint-Germain. Akhirnya, para tetamu juga telah menikmati pencuci mulut yang disediakan oleh pasukan itu bersama cef pastri popular, Dominique Ansel.

Majlis pengenalan jam tangan itu telah dianjurkan oleh bekas pemain Quarterback New York Giants dan Rakan Hublot, Jesse Palmer, serta turut dihadiri para tetamu VIP, termasuk bintang New York Giants Victor Cruz, pemain bola keranjang New York Knicks Lance Thomas, juara FIFA Women's World Cup Canada 2015™ Kelley O'Hara, dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH USA, Pauline Brown.

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, berkata, "Hublot teruja dapat mengalu-alukan pasukan Paris Saint-Germain ke kota raya New York sambil kami menunjukkan sokongan kami terhadap pasukan yang hebat ini melalui dedikasi kami terhadap sukan bola sepak. Jenama kami mempunyai sejarah yang menarik bersama Paris Saint-Germain, dan di sini pada malam ini, kami terus meraikan kempen 'Hublot Loves Football' serta Art of Fusion dengan menggandingkan bersama aspek berbeza budaya Perancis melalui sukan, seni, muzik dan makanan."

Jam tangan Big Bang Unico Bi-Retrograde Paris Saint-Germain – jam tangan kedua Hublot bersama juara bola sepak Perancis itu – adalah terhad kepada 100 utas jam tangan sahaja dan menampilkan bekas titanium 45.5mm dengan kemasan antipantul nilam serta logo Paris Saint-Germain ditera pada kaca belakang bekasnya. Diilhamkan oleh warna pasukan itu yang ikonik, hiasan merah, putih, dan biru dicerminkan melalui dail, jarum, dan talinya. Dibuat dengan gerakan dwisongsang putar sendiri UNICO milik Hublot dan direka bagi menjaga masa dua separuh masa perlawanan bola sepak, jam tangan yang rapi serta bergaya aktif itu boleh didapati secara eksklusif di butik-butik Hublot seluruh dunia.

Sebagai jenama jam tangan mewah pertama yang terlibat dengan bola sepak Eropah pada tahun 2006, sejak itu Hublot telah membina kehadiran yang kukuh dalam dunia bola sepak. Hubungan Hublot dengan Kelab Perancis itu bermula pada tahun 2013 apabila ia menjadi Penjaga Masa Rasmi dan Jam Tangan Rasmi pasukan itu serta memperkenalkan jam tangan pertama yang dikenali sebagai King Power Paris Saint-Germain.

Baru-baru ini, Paris Saint-Germain melancarkan kempen baharu, "Paris Loves US" bagi menyokong jelajah Amerika Utaranya sewaktu kejohanan Piala Juara Antarabangsa – menunjukkan sejauh mana ia bersungguh-sungguh ingin mengusahakan kemajuan di benua itu. Selama 18 hari pasukan itu berada di Amerika Utara, mereka akan mengembara dari kota raya New York ke Charlotte, Chicago, dan Montreal untuk bermain dalam perlawanan menentang beberapa kelab paling terkemuka di Eropah. Paris Saint-Germain turut melancarkan satu laman sesawang khusus untuk Jelajah Amerika Utara mereka, bagi membolehkan para peminat seluruh dunia mengikuti pengembaraan pasukan itu dan meraikan kempen "Paris Loves US."

PAUTAN KE IMEJ ACARA: https://app.box.com/s/kp63l8ibsv9t2mbgx7fpnxfh1ipctlae
PAUTAN KE IMEJ JAM TANGAN: https://app.box.com/s/p7shep7iu44dhzwzjvdi6wxu2jdxzamx
PAUTAN KE VIDEO GULUNG B ACARA: https://www.dropbox.com/sh/cxheltmsu71sjrk/AACaMBjhGpdf-HuDVGjGvpd9a?dl=0

LATAR BELAKANG HUBLOT
"Hublot - Cara berbeza untuk maju" ujar mereka yang mengenali syarikat jam tangan mewah Switzerland yang unik ini, yang mana setiap gerakan dibuat ke hadapan bagi mencipta masa hadapan pada kepantasan luar biasa. Satu impian, yang dicetuskan dan dibangunkan oleh Pengerusi Hublot Jean-Claude Biver bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ricardo Guadalupe, apabila mereka mengurus jenama itu pada tahun 2004. Dua orang lelaki ini bertanggungjawab untuk mengubah jenama Hublot menjadi kisah kejayaan sejati yang mana King Power, Classic Fusion, dan Big Bang, kini meraikan Ulang Tahunnya yang ke-10 dengan edisi terhad yang mengujakan, mewakili simbol tradisi yang sentiasa berubah.

Daripada ciri rumit jam tangan sendiri, termasuk pengulang minit dan tourbillon yang memenangi anugerah, sehingga kepada bahan revolusioner seperti Magic Gold kalis calar yang dipaten serta gentian karbon berwarna Texalium, kepada kolaborasi bertaraf dunia seperti Ferrari, FIFA™ World Cup, dan Italia Independent, Hublot menggambarkan sifatnya melalui falsafah "Art of Fusion", membawa tradisi ke masa hadapan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.hublot.com.

LATAR BELAKANG PARIS SAINT-GERMAIN
Tiga tahun lalu, Paris Saint-Germain menetapkan sasarannya sendiri untuk menjadi jenama sukan global dengan menzahirkan semua yang ia lakukan serta semua komunikasinya dengan nilai keanggunan, kecemerlangan dan hormat yang dikaitkan dengan Paris yang namanya dijulang penuh bangga oleh jenama itu. Juara Perancis, dan pasukan suku akhir Liga Juara UEFA sewaktu musim 2014/2015 untuk tahun ketiga berturut-turut, fasa pertama projek kelab itu yang menyaksikan matlamatnya untuk menyertai kelab Eropah yang paling unggul.

Paris Saint-Germain sangat aktif dalam sektor media, terutamanya melalui PSG TV, yang boleh didapati di Internet dalam 3 versi (Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol), serta PSG.fr yang diterbitkan dalam talian melalui 8 versi yang menarik sejumlah 15 juta paparan laman dan 1.5 juta pengunjung satu kali secara purata setiap bulan (dengan lebih 30% dari luar negara). Paris Saint-Germain merupakan kelab Perancis dengan kedudukan terkemuka dalam rangkaian sosial dengan lebih 110 juta peminat dan pengikut (campuran kelab, pasukan dan pemain). www.psg.fr / @PSG_inside / facebook.com/PSG

CIRI-CIRI JAM BIG BANG UNICO BI-RETROGRADE PARIS SAINT-GERMAIN

Rujukan

413.NX.1129.LR.PSG15 - Terhad kepada 100 utas bernombor

Bekas

 "Big Bang Unico" - Diameter 45.5mm


Titanium tergilap dan perapian satin

Baluh

Titanium tergilap dan perapian satin dengan 6 skru titanium


bentuk H

Kaca

Nilam dengan kemasan antipantul

Baluh Lug

Resin komposit biru

Butang penyelaras

Getah hitam dan titanium perapian satin

Butang penolak

Titanium dengan getah merah dan hitam

Belakang bekas

Titanium, perapian satin dan "100 NUM" terukir

Belakang bekas kaca 

Nilam dengan kemasan antipantul dalaman dan logo Paris


Logo Saint-Germain ditera

Dail

Beberapa lapisan biru metalik

Jarum

Jarum minit mundur Merah


Jarum saat mundur Putih


Jarum minit, jam dan saat kecil perapian satin serta saduran


rhodium semburan mikro dengan cahaya pendarkilau putih

Gerakan

Gerakan dwisongsang putar sendiri buatan UNICO HUB1261


dengan kronograf tengah dan roda turus

Komponen

385

Simpanan Kuasa

72 Jam

Kalis Air

10 ATM (100m)

Tali

Tali jam kulit buaya biru getah hitam dengan jahitan putih

Kancing

Kancing gancu letak atur titanium

Source: Hublot and Paris Saint-Germain
Related Links:
Keywords: Jewelry Retail Sporting Events Sports New products/services