omniture

Senator AS Mengiktiraf Usaha Pemuliharaan Wenliang Wang

Mr. Wenliang Wang
2015-07-24 15:56 263

WASHINGTON, 24 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Pada 22 Jun, Senator Amerika Syarikat dan mantan Pemimpin Majority Harry Reid (D-NV) mengiktiraf En. Wenliang Wang, Pengerusi China Rilin Industrial Group, atas usaha pemuliharaan beliau bagi memulihkan Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu di China. Tanah basah ini yang meliputi lebih 200,000 ekar dianggap "sangat penting sebagai kawasan makanan dan rehat untuk ratusan ribu burung penghijrah dan burung randuk di dunia," menurut Rizab Alam Sekitar Negara Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150722/240588
Gambar- http://photos.prnewswire.com/prnh/20150722/240589

Senator itu berkata, "Tuan Presiden, saya bangkit pada hari ini bagi mengiktiraf usahawan dan dermawan Wenliang Wang atas komitmen dan dedikasi beliau dalam membaik pulih salah satu kawasan tanah basah yang paling mengagumkan di dunia, Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu di China."

Reid meneruskan lagi dengan berkata "usaha sendiri dan hubungan peribadi En. Wang terhadap kawasan [Dandong] itu yang telah mempengaruhi beliau untuk melabur jutaan dolar dalam pembaikpulihan Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu."

Menurut Rizab Alam Sekitar Negara Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu, terdapat kira-kira 5 juta ekor burung randuk dalam 55 jenis yang terbang merentasi 20 buah negara dan rantau dari Alaska ke Siberia, ke arah selatan melalui Asia Timur, Asia Tenggara, ke Australia serta New Zealand. Tanah basah itu terletak 1,860-3,100 batu dari tempat pembiakan di Alaska dan Siberia, serta 3,100-3,728 batu dari Australia dan New Zealand iaitu lokasi burung randuk menghabiskan musim sejuk mereka. Ia merupakan tempat paling dekat dengan tundra kutub utara untuk burung randuk mendapat bekalan makanan yang mencukupi sebelum mereka memasuki zon pembiakan. Berikutan pemuliharaannya, tanah basah itu telah menjadi salah satu tanah basah paling didiami dalam laluan penghijrahan ini dengan lebih satu juta burung menghabiskan musim sejuk, melalui, atau mendiami tanah basah itu kerana lokasinya yang unik, persekitarannya yang mesra ekologi, serta bekalan makanan yang banyak.

Pada Mac 2007, 12 burung kedidi ekor berjalur yang dilabelkan "E7" di New Zealand telah ditandakan untuk kali pertama dengan peranti penjejakan GPS satelit bagi memantau aktiviti mereka. Pada 17 Mac 2007, kumpulan E7 meninggalkan Miranda, New Zealand, terbang selama 7 hari tanpa henti sejauh 6,342 batu dan sampai ke Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu. Ini merupakan penerbangan tanpa henti dengan tempoh paling lama yang pernah dicatatkan untuk burung hijrah. Terdapat beberapa tempat yang sesuai dalam perjalanan yang boleh digunakan oleh kumpulan E7 sebagai tempat mendarat, namun mereka memilih untuk memintas semua tempat itu dan meneruskan penerbangan ke tanah basah itu kerana burung kedidi ekor berjalur mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap tempat rehat mereka. Selama lima minggu seterusnya, kumpulan E7 menginap di tanah basah itu bagi melakukan persediaan untuk penerbangan mereka ke Alaska yang telah dicatatkan pada 1 Mei 2007. Kini, terdapat 250 jenis burung dan 76 jenis ikan, 103 pelbagai spesies amfibia dan mamalia, serta 365 tumbuhan berbeza di tanah basah tersebut.

Dari segi peranannya terhadap pemuliharaan, tanah basah itu juga telah menjadi hab makan dan rehat bagi salah satu burung yang paling jarang didapati di dunia, Burung Camar Serang. Terdapat hanya 7,000 ekor burung ini yang masih hidup di dunia, dan lebih 2,600 ekor telah menjadikan tanah basah itu sebagai kediaman mereka. Pada tahun 2014, Wetlands International menganugerahkan gelaran "Stesen Terbaik untuk Burung Kedidi Snipe" kepada Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu.

Sejak sepuluh tahun lalu, En. Wang telah menjadikan Pelabuhan Dandong sebagai salah satu gerbang penting untuk kawasan timur laut China, dengan kapasiti tahunan sebanyak 138 juta tan metrik. Perniagaan beliau kini merupakan penyumbang cukai terbesar di Dandong, sebuah bandar dengan populasi hampir 2.5 juta orang.

Tambahan lagi, kepentingan perniagaan En. Wang telah diperluas ke dalam sektor berbeza, termasuk menjadi salah satu pembeli kacang soya terbesar dan jagung dari AS dan Brazil bagi menghasilkan minyak kacang soya berkualiti tinggi untuk pasaran China. En. Wang telah memberi puluhan juta kepada beberapa buah universiti termasuk Harvard dan NYU di AS ini, serta 30 buah sekolah dan 1,000 buah kediaman setiap tahun di kawasan miskin tegar China. Baru-baru ini, En. Wang membuat komitmen untuk melabur beberapa juta dolar bagi menumbuhkan pokok bakau di AS, Brazil, dan China sebagai usaha untuk menyelamatkan garis pantai kita serta membaik pulih tanah basah.

"Saya memuji En. Wang atas komitmen beliau dalam melindungi Tanah Basah Muara Sungai Dandong Yalu yang penting pada peringkat antarabangsa dan mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dalam usaha berterusan beliau untuk melindungi alam sekitar kita serta membaik pulih kawasan penting ini," kata Senator Reid.

Source: Mr. Wenliang Wang
Keywords: Environmental Products & Services Asian-related news Conservation/Recycling Environmental Issues Environmental Policy