omniture

Air China mempertingkatkan Pesawat mereka untuk Perkhidmatan China-Jerman kepada B777-300ER

Air China
2012-11-14 15:06 216

 

BEIJING, 13 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet / --

Bermula pada 22 November, Air China akan menggunakan pesawat jarak jauh dan berbadan lebar B777-300ER bagi perkhidmatan Beijing Frankfurt.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg)
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/11/13/20121113142536833021.html)

Air China, yang komited untuk laluan Beijing Frankfurt, kini menawarkan dua perkhidmatan harian antara kedua-dua bandar raya itu. Pada Julai 2011, Air China telah menggunakan pesawat pertama B777-300ER yang diterima untuk perkhidmatan CA931/2 Beijing Frankfurt. Hari ini, pesawat bagi perkhidmatan CA965/6 untuk Beijing Frankfurt telah dinaik taraf kepada pesawat B777-300ER. Langkah untuk menaik taraf pesawat itu akan membantu Air China untuk terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran Jerman.

B777-300ER adalah sejenis pesawat yang sangat disukai oleh ahli perniagaan di seluruh dunia. Ia mempunyai lapan kerusi Kelas Pertama, 42 kerusi Kelas Bisnes dan 261 kerusi Kelas Ekonomi. Dalam segmen Kelas Pertama, kerusi rata berbentuk cangkerang itu menjaminkan privasi; upholsteri kulit dan bulu bebiri itu sudah pasti memberikan keselesaan. Untuk Kelas Bisnes, setiap penumpang mempunyai panel kawalan bebas bagi melaraskan tempat duduk. Untuk Kelas Ekonomi, kerusi ergonomik direka khas bagi menjadikan penumpang berasa selesa dan menawarkan ruangan yang lebih luas untuk kaki. Kesemua tiga kelas perkhidmatan itu dilengkapi dengan AVOD peribadi dan soket, masing-masing menawarkan paparan 25 inci, 15 inci dan 9 inci dan pelbagai program AVOD. Kemudahan lain termasuk sistem pencahayaan mood tersendiri yang boleh menghasilkan lebih 10 setting cahaya semula jadi, bar sentral dan tandas bebas halangan.

Sebagai pembawa terbesar China dalam pasaran China-Jerman, Air China kini mengendalikan empat laluan ?Beijing Frankfurt, Shanghai Frankfurt, Beijing Munich dan Beijing Dusseldorf ?antara kedua-dua negara.

Maklumat mengenai Air China

Air China adalah satu-satunya syarikat penerbangan kebangsaan bagi China dan merupakan ahli Star Alliance. Di samping operasi komersil, ia juga menyediakan perkhidmatan penerbangan khas untuk pemimpin-pemimpin negara yang mengadakan lawatan rasmi ke negara lain.

Dengan sejumlah 432 buah pesawat Airbus dan Boeing, kami mengadakan sebanyak 282 laluan di 30 buah negara dan wilayah. Berikutan penerimaan kami sebagai ahli Star Alliance, rangkaian laluan kami, dengan Beijing sebagai hab, kami mampu untuk menempatkan 1,160 destinasi di 181 buah negara dalam jangkauan kami.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.airchina.com.

SUMBER  Air China 

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services