DENVER, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Scrum Alliance, pertubuhan keahlian dan badan pengesahan profesional paling besar, kukuh dan berpengaruh dalam komuniti Agile, mengumumkan Perhimpunan Scrum Global pertamanya di China lewat tahun ini www.GlobalScrumGathering.hk. Ratusan orang dari seluruh dunia akan menghadiri acara ini pada bulan September di Shanghai, China. Pengerusi Lembaga Harvey Wheaton dan Ketua Pegawai Eksekutif Scrum Alliance, Manny Gonzalez akan turut hadir dan berucap kepada para peserta.
"Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk mengubah dunia pekerjaan, kami menganjurkan beberapa acara di seluruh dunia setiap tahun untuk menyatukan komuniti Agile dan Scrum," kata Ketua Pegawai Eksekutif Scrum Alliance, Manny Gonzalez. "Kami telah menyaksikan pertambahan keahlian di China dan mempertimbangkan untuk menganjurkan Perhimpunan Global di sana selama beberapa tahun. Dengan peningkatan populariti acara Scrum di peringkat global, kami memutuskan bahawa ini merupakan tahun untuk menambahkan perhimpunan global di China."
Tujuan Perhimpunan Global adalah untuk menawarkan para pemimpin perniagaan, pengurus-pengurus, syarikat-syarikat dan para pengamal di seluruh dunia peluang untuk berhimpun serta berkongsi minat dan juga pengetahuan mereka tentang amalan Scrum dan Agile. Hadirin akan mendengar pembentangan daripada pakar dalam bidang tersebut yang akan menginspirasikan mereka dengan kisah kejayaan, pelaksanaan semasa amalan terbaik dan aplikasi kreatif rangka kerja Scrum.
"Para peserta berpeluang untuk bertemu orang ramai dari seluruh dunia yang berkongsi keghairahan dan semangat untuk memberikan hasil perniagaan yang lebih baik," kata Gonzalez. "Para hadirin berkongsi pengalaman, memperoleh pandangan baharu, dan pulang kepada pasukan mereka dengan lebih bertenaga dan bersedia untuk mencapai tahap seterusnya. Ini merupakan pengalaman yang benar-benar memberi inspirasi."
Perhimpunan Global secara tradisi diadakan sebanyak dua kali setahun; sekali di Amerika Syarikat pada musim bunga dan sekali lagi di Eropah pada musim luruh. Tahun ini, bagi tujuan untuk terus menunjukkan impak global Scrum Alliance, ia menambahkan acara ketiga di Asia. Lokasi Perhimpunan Global ini berubah setiap tahun bagi membolehkan seramai mungkin orang mendapat peluang mengambil bahagian dan mengalami salah satu acara yang memberi motivasi dan mengujakan ini. Pendaftaran secara dalam talian yang mudah disediakan di: www.GlobalScrumGathering.hk.