omniture

SDCmaterials, Inc. Mengumumkan Pelaburan daripada SAIC Capital

SDCmaterials, Inc.
2015-07-28 19:00 144

TEMPE, Arizona, 28 Julai 2015 /PRNewswire/ -- SDCmaterials, Inc. ("SDC"), peneraju dalam bahan mangkin automotif berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan pusingan pelaburan yang diketuai oleh SAIC Technologies Fund I, LLC ("SAIC"), cabang pelaburan modal usaha niaga SAIC Motor Corporation. SAIC Motor Corporation merupakan pembuat automotif terbesar di China, dan telah menjual lebih 5.6 juta kereta pada tahun 2014. Dalam konteks pengkomersilan global berterusan SDC, pusingan pelaburan ini bertindak untuk menggalakkan lagi usaha komersial semasa syarikat itu dalam pasaran China.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/147665

"Bahan mangkin terkini daripada SDC membolehkan peningkatan fungsi langkah dalam kecekapan prestasi Logam Kumpulan Platinum dasar yang penting kepada kawalan pembebasan gas. Dengan menggunakan bahan SDC dalam mangkin pembebasan gas, ini akan membenarkan kami memberi penyelesaian kawalan pembebasan gas automotif terbaik yang ada - bagi manfaat jenama kenderaan kami sendiri serta jenama rakan kongsi global semasa dan akan datang kami," kata Anish Patel (Pengarah Pelaburan Kanan)

"SAIC merupakan rakan kongsi yang hebat buat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif SDCmaterials, Maximilian Biberger. "Syarikat itu mempunyai aset sistem ekzos bersepadu secara berperingkat dan sedang berusaha dengan agresif untuk mencapai pertumbuhan global merentasi asas produk kepimpinan. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menjalani kolaborasi rapat."

Para pelabur sedia ada, termasuk General Motors Ventures, BASF Venture Capital, Volvo Group Venture Capital, Invus Financial Advisors dan Emerald Technology Ventures, juga turut serta dalam pusingan pelaburan ini.

Latar Belakang SDCmaterials, Inc.

SDCmaterials membangunkan dan mengkomersilkan bahan mangkin maju bernilai tinggi yang dibuat berdasarkan pembuatan bahan baharu dan platform penyepaduan. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2004 dengan ibu pejabat dan pusat penyelidikan & pembangunannya (R&D) di Tempe, Arizona, AS serta kemudahan pengeluarannya di Schwarzheide, Jerman. 

HUBUNGI:
Maximilian Biberger, Ketua Pegawai Eksekutif
SDCmaterials, Inc.
Tel: +1-480-966-6106 samb. 101
E-mel: maximilian.biberger@sdcmaterials.com

Latar Belakang SAIC Motor Limited

SAIC Motor merupakan syarikat automotif terbesar dalam pasaran Syer-A China. Perniagaan SAIC Motor meliputi penyelidikan, penghasilan dan jualan kenderaan kereta penumpang serta kenderaan komersial. Ia juga meliputi komponen termasuk enjin, kotak gear, komponen sistem pemanduan, cesi, kelengkapan dalaman, hiasan luaran serta pelbagai komponen elektronik, dan juga logistik, telematik kenderaan, urus niaga kenderaan terpakai dan perkhidmatan pembiayaan automotif. Butiran boleh didapati di http://www.saicgroup.com/english/index.shtml 

HUBUNGI: 
Anish Patel, Pengarah Pelaburan Kanan
SAIC Capital
Tel: +1-650-391-2404
E-mel: apatel@saicusa.com

Source: SDCmaterials, Inc.
Keywords: Auto Transportation Financing agreements Venture Capital