HOUSTON, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Shale-Inland Holdings mengumumkan pengambilalihan Major Sourcing LLC juga dirujuk sebagai "Major Inc." (www.majorinc.com) dalam satu urus niaga yang disempurnakan pada 27 Julai 2015. Major, Inc. beroperasi sebagai automasi injap, penyepadu, dan pengedar terkemuka, yang memberi tumpuan khusus terhadap industri kuasa.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/248120LOGO
Major akan terus beroperasi di bawah nama dagangannya, Major Inc., dan akan menjadi sebahagian daripada platform Injap & Automasi (V&A) Shale-Inland. Shale-Inland merupakan pembekal industri khas utama bagi paip, injap, aksesori dan produk-produk berkaitan serta penyedia penyelesaian teknikal untuk sektor tenaga dan juga perindustrian.
Major, Inc., beribu pejabat di New Jersey, diasaskan pada tahun 1976 dan mempunyai hubungan dengan lebih 200 pengeluar berfokuskan penjanaan kuasa, memberikannya kemampuan unik untuk menyediakan perkhidmatan yang tekal dan andal kepada para pelanggannya. Dave Kuhn, Presiden Major, akan terus memimpin perniagaan Major.
"Major Inc. memberikan Shale-Inland kemampuan canggih dalam penjanaan kuasa bersama pasukan pengurusan luar biasa yang dipimpin oleh Dave Kuhn. Dengan kehadiran geografi dan kepakaran injap daripada Major, kami dapat mengembangkan perniagaan dalam penjanaan kuasa dan memanfaatkan kepakaran kami secara bersama dalam pasaran-pasaran lain, termasuk petrokimia serta penapisan di Timur Laut," kata Frank Riddick, Ketua Pegawai Eksekutif Shale-Inland. Beliau menyambung, "Major memajukan usaha pengambilalihan berterusan kami ketika kami mencari aset-aset strategik untuk menambah baik kemampuan teras kami dalam pasaran kami."
SHALE-INLAND
Shale-Inland merupakan pembekal khas utama bagi paip, injap, aksesori dan produk-produk berkaitan serta penyedia pakar penyelesaian teknikal yang fleksibel untuk sektor tenaga dan juga perindustrian. Shale-Inland beribu pejabat di Houston dan kini mengendalikan 42 kemudahan di seluruh dunia. Hubungannya yang rapat dengan para pelanggan membolehkan Shale-Inland bertindak sebagai pautan penting dalam rantaian bekalan. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati www.shale-inland.com.
HUBUNGI: investor.relations@shaleinland.com