REDMOND, Washington, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Satu kajian klinikal Pusat Diabetes Jerman mendapati pengambilan harian probiotik L. reuteri Nutraceutix memperkayakan mikrobiota usus manusia dan mengubah penghasilan faktor protein usus yang meningkatkan pengeluaran insulin. Kajian tersebut melibatkan pengambilan harian strain L. reuteri Nutraceutix (strain ATCC SD-5865) dalam tablet menggunakan teknologi penyampaian BIO-tract® yang dipatenkan yang melindungi probiotik hidup daripada kerosakan oleh asid perut semasa dalam perjalanan ke saluran usus.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20111006/SF81647LOGO
Kajian rawak, buta duaan, dikawal plasebo itu membandingkan pengeluaran insulin, C-peptida, dan peptida terbitan proglukagon serta fungsi sel beta pankreas dalam kalangan peserta bukan diabetik dirangsang glukosa untuk menyukat kesan inkretin. Peserta mengambil tablet L. reuteri atau tablet plasebo setiap hari sepanjang tempoh empat minggu. Mereka yang mengambil L. reuteri telah meningkatkan pengeluaran insulin dirangsang glukosa sebanyak 49%, pengeluaran C-peptida sebanyak 55%, pembebasan GLP-1 sebanyak 76%, pembebasan GLP-2 sebanyak 43% dan fungsi sel beta terubah berbanding mereka yang mengambil plasebo. Dalam pembentangan berkaitan dengan American Diabetes Association, penyelidik utama kajian itu menyimpulkan, "rawatan probiotik mungkin menambah baik fungsi sel beta dimediasi inkretin, yang mungkin bermanfaat bagi rawatan intolerans glukosa atau diabetes jenis 2 yang melampau."
Analisis komposisi mikrobiota usus yang terperinci bagi peserta kajian telah dijalankan sebelum dan selepas kajian. Selepas kajian, semua yang mengambil tablet BIO-tract L. reuteri mempunyai L. reuteri yang dapat dikesan dalam sampel najis mereka, sementara itu, tiada L. reuteri dikesan daripada kumpulan plasebo. Tiada peserta yang melaporkan sebarang kesan buruk.
Artikel kajian ini telah diterbitkan dalam talian bersama data tambahan, di laman sesawang American Diabetes Association® (ADA) Diabetes Care® pada Jun 2015, doi: 10.2337/dc14-2690. Pembentangan yang dirujuk telah dibuat di Sesi Saintifik ADA kali ke-72, Philadelphia, PA, pada Jun 2012. Siar web bagi pembentangan tersebut boleh didapati di laman sesawang professional.diabetes.org.
Nutraceutix merupakan pengilang kontrak GMP Berdaftar bagi probiotik dalam serbuk pukal, dan dalam bentuk kapsul serta tablet standard dan juga canggih. Teknologi BIO-tract Nutraceutix dilindungi oleh Paten A.S. No. 8,540,980 dan 8,007,777, dan lebih 30 paten antarabangsa.
Penafian: BIO-tract merupakan tanda niaga berdaftar Nutraceutix. Nutraceutix tidak berkaitan dengan American Diabetes Association. American Diabetes Association® dan Diabetes Care® merupakan tanda niaga yang dimiliki oleh pihak pemegang masing-masing. Penggunaannya tidak menandakan perkaitan atau perakuan olehnya.