omniture

Lembaga Pengarah Capital Group Lantik Tim Armour sebagai Pengerusi

Capital Group Companies
2015-07-29 19:11 164

LOS ANGELES, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah Capital Group, tempat asal American Funds dan salah sebuah firma pengurusan pelaburan utama dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Tim Armour sebagai Pengerusi Capital Group. Tim kini merupakan Pengerusi jawatankuasa pengurusan Capital Group dan Capital Research and Management Company.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/247424
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/247423
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150728/247425

Tim, bersama anggota-anggota kanan lain dalam jawatankuasa pengurusan firma tersebut — Rob Lovelace, Presiden, Capital Research and Management Company, dan Phil de Toledo, Presiden, Capital Group — akan terus bekerjasama dengan anggota-anggota lain dalam jawatankuasa itu untuk menetapkan, menyampaikan dan melaksanakan strategi perniagaan keseluruhan Capital, selain menyelia segala operasi. Perubahan ini mencerminkan rancangan pewarisan kepimpinan yang telah berjalan selama beberapa tahun, dan diformalkan setelah pemergian mantan Pengerusi, Jim Rothenberg.

Tim berkata, "Kami semua di Capital amat berdukacita atas kehilangan sahabat dan rakan setugas kami, Jim. Beliau merupakan pemimpin yang bermatlamat, yang memiliki bakat untuk mengambil tindakan tegas bagi kepentingan jangka panjang terbaik untuk para pelanggan, pelabur dan sekutu kami."

"Sepanjang sejarahnya, kekuatan sebenar Capital Group bukanlah terletak pada individu tetapi bakat bersama semua sekutu kami yang selaras dengan misi kami untuk menyampaikan hasil pelaburan jangka panjang yang hebat kepada pelabur dan pelanggan kami. Jawatankuasa pengurusan kami dan 7,600 sekutu kami berharap dapat meneruskan legasi 84 tahun kami untuk memperlihatkan komitmen kami kepada pihak pelabur dan para penasihat yang memberi khidmat kepada mereka."

BIODATA SEPERTI DI BAWAH

Timothy D. Armour merupakan pengerusi Capital Group Companies, pengerusi dan pegawai eksekutif prinsipal Capital Research and Management Company, Inc., dan sebahagian daripada Capital Group, serta merupakan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Capital Group Companies. Beliau juga merupakan pengurus portfolio ekuiti. Tim memiliki pengalaman pelaburan selama 32 tahun, semuanya bersama Capital Group. Pada peringkat awal dalam kerjaya beliau, sebagai juruanalisis pelaburan ekuiti di Capital, beliau memberi khidmat kepada syarikat-syarikat telekomunikasi global dan syarikat-syarikat servis A.S. Tim memulakan kerjayanya di Capital sebagai peserta Program Sekutu. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam ekonomi daripada Middlebury College. Tim tinggal di Los Angeles.

Robert W. Lovelace merupakan presiden Capital Research and Management Company, Inc., sebahagian daripada Capital Group, dan bertugas dalam Jawatankuasa Pengurusan Capital Group Companies. Beliau juga merupakan pengurus portfolio ekuiti. Rob memiliki pengalaman pelaburan selama 29 tahun, semuanya bersama Capital Group. Pada peringkat awal dalam kerjayanya, Rob merupakan juruanalisis pelaburan ekuiti di Capital memberi khidmat kepada syarikat-syarikat perlombongan & logam global serta syarikat-syarikat yang berada di Mexico dan juga Filipina. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam ekonomi mineral (geologi) daripada Princeton University, lulus dengan summa cum laude (kepujian tertinggi) dan Phi Beta Kappa. Beliau juga memiliki designasi Chartered Financial Analyst®. Rob tinggal di Los Angeles.

Philip de Toledo merupakan presiden Capital Group Companies, Inc. Beliau turut berkhidmat dalam Jawatankuasa Pengurusan Capital Group Companies. Beliau memiliki 28 tahun pengalaman dalam industri pelaburan, semuanya bersama Capital Group. Pada peringkat awal dalam kerjayanya di Capital, Phil merupakan pegawai kewangan prinsipal. Sebelum menyertai Capital, beliau merupakan pengurus cukai bersama Deloitte Haskins & Sells. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam ekonomi daripada University of California, Los Angeles, lulus dengan summa cum laude. Phil tinggal di Los Angeles.

Hubungi: Tom Joyce, Hubungan Media, +1-213-615-0514

Source: Capital Group Companies
Keywords: Mutual Funds Personnel announcements