omniture

Sistem Perkembangan Otak Bayi Smilables Bakal Bantu Ibu Bapa Manfaatkan Kepakaran Saintifik Daripada Universiti-universiti Terbaik

Smilables Inc.
2015-07-29 20:10 247

-- Saintis Kanan dan Pakar dari Universiti Harvard, UCLA, Stanford, UC Berkeley Sertai Lembaga Penasihat Saintifik Firma Merintis Sistem Baharu Berpusatkan Ibu Bapa untuk Membantu Perkembangan Otak dan Kesejahteraan Bayi

BERKELEY, California, 29 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Tujuh daripada pakar utama dunia dalam perkembangan otak bayi, neurosains, kejuruteraan dan inovasi perniagaan telah bersetuju untuk berkhidmat dalam Lembaga Penasihat Saintifik Smilables, umum syarikat itu. Membawakan alatan saintifik dan kepakaran akademik termaju dalam perkembangan otak bayi kepada detik asuhan harian membolehkan ibu bapa "mengisi otak bayi mereka yang kelaparan" dalam tempoh 24 bulan pertama yang kritikal selepas kelahiran.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150204/173396LOGO

Ahli-ahli Lembaga Penasihat Saintifik Smilables terdiri daripada:

Charles A. Nelson III, Ph.D merupakan Profesor Pediatrik dan Neurosains di Kolej Perubatan Harvard dan Profesor Pendidikan di Universiti Harvard. Dr. Nelson turut memegang peranan sebagai Pengerusi Richard David Scott dalam Penyelidikan Perubatan Perkembangan Pediatrik di Hospital Kanak-kanak Boston, yang mana beliau juga merupakan Pengarah Penyelidikan dalam Divisyen Perubatan Perkembangan.

Fei Xu, Ph.D merupakan Profesor psikologi di University of California, Berkely. Dr. Xu merupakan ketua Makmal Pembelajaran Awal Berkeley, dan penyelidikan beliau menumpukan kepada perkembangan kognitif dan bahasa awal. Dr. Xu dan pelajarnya telah menyiasat mekanisme pembelajaran awal, dan khususnya berminat tentang bagaimana bayi dan kanak-kanak membuat generalisasi luas daripada bukti spesifik dalam domain seperti pertimbangan fizikal, kognisi sosial dan pembelajaran perkataan.

Scott Johnson, Ph.D merupakan Profesor Psikologi dan Profesor Psikiatri & Sains Bio-Tingkah Laku di UCLA. Dr. Johnson berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Makmal Bayi UCLA. Penyelidikan beliau melibatkan asal-usul dan perkembangan persepsi serta kognisi manusia, dengan fokus kepada perhatian, persepsi pertuturan, persepsi wajah, pengetahuan objek, mekanisme pembelajaran, perkembangan otak dan ketidakupayaan perkembangan. 

Abbas El Gamal, Ph.D merupakan Pengerusi Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Stanford. Dr. El Gamal merupakan ahli terkini menyertai Lembaga Penasihat Saintifik itu. Pencapaian penyelidikan Dr. El Gamal merangkumi pelbagai bidang, daripada teori maklumat rangkaian kepada peranti dan sistem pengimejan digital. Beliau juga telah memainkan peranan sebagai pengasas dalam beberapa syarikat Lembah Silikon yang berjaya, selain berkhidmat dalam lembaga pengarah korporat serta lembaga penasihat beberapa buah syarikat semikonduktor dan juga syarikat-syarikat bioteknologi baharu.

Kristofer Pister, Ph.D merupakan Profesor Kejuruteraan Elektrik dan Sains Komputer di UC Berkeley. Dr. Pister merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Dust Networks, dan dikenali dengan hasil kerja akademik beliau tentang sistem mikroelektromekanikal dan simulasinya. Beliau merupakan pencipta Smart Dust, dan dianggap sebagai penyelidik berwawasan dalam rangkaian sensor tanpa wayar.

Tarek I. Zohdi, Ph.D merupakan Pengerusi Program Pengiraan dan Sains Data dan Kejuruteraan di UC Berkeley. Dr. Zohdi merupakan Profesor Kejuruteraan Mekanikal dan Profesor Canselor UC Berkeley. Beliau turut memegang jawatan sebagai saintis staf di Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley, dan merupakan Saintis Adjung di Institut Penyelidikan Hospital Kanak-kanak Oakland. Beliau merupakan mantan Presiden Persatuan Mekanik Pengiraan Amerika Syarikat.

Rajiv Lal, Ph.D merupakan Profesor Kanan Stanley Roth dalam Peruncitan di Kolej Perniagaan Harvard. Dr. Lal memikul tanggungjawab bagi kurikulum peruncitan Harvard dan berkhidmat sebagai ketua kursus untuk Pemasaran, yang diperlukan untuk pengajian dalam program MBA. Terkini, beliau mengajar kursus MBA dalam Pemikiran dan Inovasi Rekaan. Profesor Lal turut mengajar dalam beberapa program Pendidikan Eksekutif, pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Fakulti untuk Program Pengurusan Global, dan kini mempengerusikan bersama program yang dikenali sebagai Membina dan Memimpin Organisasi Berpusat Pelanggan.

Berpangkalan di Berkeley, CA, Smilables Inc. (www.smilables.com) telah mencipta sistem bersepadu sepenuhnya yang pertama seumpamanya, terdiri daripada gelang kaki bayi pintar dipadankan dengan modul yang disampaikan oleh telefon pintar untuk membantu interaksi ibu bapa bersama bayi mereka. Sistem Smilables melengkapi ibu bapa dengan pelajaran tersuai setiap hari dan interaksi untuk otak bayi, yang berkembang pada kadar satu juta sinaps setiap saat. Mekanisme suap balik adaptif membolehkan ibu bapa memantau kemajuan perkembangan bayi mereka pada setiap minggu.

"Membantu bayi dan ibu bapa di seluruh dunia menerima manfaat daripada kepakaran saintifik mendalam yang terkandung dalam sistem kami merupakan sumbangan kemanusiaan sebenar kami," kata Dr. A. K. Pradeep, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Smilables Inc. "Kami amat beruntung memiliki minda saintifik terbaik dunia dalam Lembaga Penasihat kami ketika kami berusaha untuk melakukan pelancaran antarabangsa bagi sistem kami pada tahun ini."

Source: Smilables Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Children-related news Personnel announcements