omniture

Perluasan Besar-besaran Hisense: Ambil Alih Sharp Amerika

Hisense
2015-08-03 08:23 389

QINGDAO, China, 3 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Pada 31 Julai, Hisense Group dan Sharp mengumumkan yang Hisense akan membeli semua ekuiti dan aset kilang TV Sharp di Mexico bernilai $23.7 juta dengan hak untuk menggunakan nama jenama "Sharp" serta semua sumber salurannya di rantau Amerika Utara dan Selatan. Pengambilalihan ini akan menyaksikan Hisense mengambil alih sepenuhnya perniagaan TV Sharp di rantau ini.

Sharp ditubuhkan pada tahun 1912 dan dikenali sebagai bapa TV LCD. Pengambilalihan ini akan membantu Hisense memperoleh kelebihan di Amerika Utara dan Selatan dengan kapasiti pasaran lanjutan. Pendapatan Hisense bagi rantau ini dijangka akan meningkat sebanyak USD 2 bilion.

Butiran lanjut akan didedahkan semasa sidang akhbar Hisense pada 4 Ogos

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Andy Wang
+86-532-80878595

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150731/251820

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services