NEW YORK, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma penasihat global, hari ini mengumumkan Simon Freakley telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Bersama , di samping KPE semasa, Fred Crawford. Mereka akan bekerjasama dalam jawatan ini sehingga 1 Januari 2016 apabila Simon Freakley akan menjadi satu-satunya KPE AlixPartners. Fred Crawford akan mengambil peranan baharu dalam firma tersebut dan kekal sebagai ahli Lembaga Pengarah.
Simon Freakley telah menyertai firma tersebut sebagai Pengarah Urusan pada Februari 2015 apabila AlixPartners mengambil alih Zolfo Cooper Europe, yang mana Simon telah menjadi KPE selama tujuh tahun. Zolfo Cooper Europe merupakan penyedia bebas terkemuka bagi khidmat nasihat dan penstrukturan semula. Sebelum ini, beliau merupakan KPE untuk Global Kroll Inc, berpangkalan di New York, dari 2004-2008.
Fred Crawford, KPE Semasa, mengumumkan,
"Saya gembira kami kerana melantik Simon, pada mulanya sebagai rakan saya dalam peranan ini, dan tidak lama selepas itu untuk memimpin firma ini. Saya telah menjadi KPE selama lapan daripada 11 tahun saya bersama firma ini dan, dari perspektif peribadi, ini merupakan masa yang tepat untuk saya menyerahkan baton kepimpinan sambil terus berkhidmat kepada rakan setugas dan pelanggan kami sebagai Pengarah Urusan serta ahli Lembaga Pengarah yang aktif. AlixPartners merupakan tempat yang amat istimewa dan saya mempunyai keyakinan serta komitmen mendalam terhadap apa yang kami lakukan dan bagaimana kakitangan kami menyampaikannya.
Saya telah mengenali Simon dengan baik semasa proses mengambil alih Zolfo Cooper Europe dan sejak beliau menyertai firma ini saya telah mengagumi pemikiran strategik, pandangan pengendalian dan pendekatan empatik beliau dalam membina perhubungan. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan beliau dalam tempoh beberapa bulan akan datang ini dan saya yakin beliau akan menjadi pemimpin yang amat berkesan bagi perniagaan kami."
Simon Freakley berkata,
"Saya gembira dan berbesar hati menerima peranan ini. Saya telah lama mengagumi AlixPartners sebelum firma kami bersatu, dan sejak menyertai firma ini, saya telah menyaksikan kehebatan kemampuan, cita-cita dan komitmen pelanggan yang wujud dalam firma ini.
Fred telah menjadi KPE yang hebat dan ini merupakan peluang yang hebat untuk bekerjasama lebih rapat dengan beliau semasa tempoh peralihan kami dan seterusnya. AlixPartners merupakan firma luar biasa dengan masa depan cerah dan saya tidak sabar-sabar untuk melihat apa yang akan dapat dicapai oleh kakitangan serta pelanggan kami semasa kami membina kejayaan seterusnya bersama-sama."
Chris Stadler, Rakan Pengurusan di CVC Capital Partners mengulas,
"Bagi pihak Lembaga Pengarah AlixPartners, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fred atas semua yang telah dilakukannya sebagai KPE dan memuji beliau untuk pertumbuhan serta kejayaan yang telah dinikmati oleh firma ini di bawah kepimpinan beliau. Kami yakin kami telah memilih eksekutif hebat iaitu Simon untuk menggantikan tempat beliau dan kami tidak sabar-sabar untuk menyokong beliau semasa tempoh peralihan ini dan dalam peranan baharu beliau."
Nota untuk Editor;
Simon Freakley:
Sorotan khidmat pelanggan:
Peranan komuniti:
Latar Belakang AlixPartners
AlixPartners merupakan firma penasihat perniagaan global utama yang terdiri daripada ahli-ahli profesional berorientasikan hasil yang mengkhusus dalam mewujudkan nilai serta memulihkan prestasi pada setiap peringkat kitar hayat perniagaan. Kakitangan AlixPartners sememangnya cemerlang dalam kemampuan untuk melakukan perbezaan dalam situasi berimpak tinggi dan menyampaikan hasil akhir yang mapan. Kepakaran firma ini merangkumi pelbagai perniagaan dan industri, sama ada dalam keadaan sihat, tercabar, atau berdepan masalah. Sejak tahun 1981, perniagaan itu telah mengambil pendekatan berorientasikan tindakan, berpasukan kecil yang unik untuk membantu lembaga korporat dan pengurusan, firma perundangan, bank pelaburan serta maklum balas pelabur terhadap isu-isu perniagaan kritikal. Sebarang maklumat lanjut, lawati http://www.alixpartners.com
SUMBER AlixPartners