omniture

Marriott Vacation Club Beli Surfers Paradise Marriott di Gold Coast Queensland, Australia

Marriott Vacation Club
2015-08-04 04:15 190

ORLANDO, Florida, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Marriott Vacation Club, peneraju global dalam pemilikan percutian kongsi masa, hari ini mengumumkan ia telah menyempurnakan pembelian Surfers Paradise Marriott Resort & Spa Gold Coast, Australia yang ikonik. Pengumuman itu selanjutnya mengukuhkan strateginya untuk berkembang di Asia Pasifik dan menambahkan destinasi baharu kepada portfolio seluruh dunianya yang terus bertambah yang merangkumi lebih 55 resort Marriott Vacation Club.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130201/CG52590LOGO

"Australia telah lama dianggap sebagai salah satu destinasi utama yang ingin dialami oleh Ahli-ahli dan tetamu kami semasa percutian mereka," kata Bill Minnock, naib presiden kanan dan pengarah urusan, Asia Pasifik, Marriott Vacations Worldwide. "Surfers Paradise Marriott yang menjadi legenda telah menyediakan memori percutian yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga Australia dan keluarga dari seluruh dunia. Kami amat teruja untuk menambahkan destinasi mengagumkan ini kepada portfolio kami dan sentiasa mencari peluang pembangunan tambahan untuk meneruskan pertumbuhan kami di rantau Asia Pasifik."

Rancangan untuk lokasi resort Marriott Vacation Club baharu ini termasuk menukarkan lapan tingkat terkhusus kepada 88 villa pangsapuri percutian kongsi masa dalam kombinasi pelan lantai studio dan satu bilik tidur.

Tetamu akan menikmati penginapan mewah dengan balkoni luar, pemandangan indah Lautan Pasifik dan pemandangan pedalaman memukau Sungai Nerang serta gunung-ganang. Resort tersebut menawarkan syurga di dalam syurga menampilkan lagun bergemerlapan, pantai berpasir memutih, air terjun bertingkat, zon kolam yang senyap dan pengalaman akuatik unik.

Resort ini terletak di lokasi strategik di Queensland, Gold Coast Australia, yang menikmati cuaca sepanjang tahun yang sederhana dan 300 hari sinaran matahari setiap tahun. Gold Coast menempatkan destinasi pelancong paling popular di Queensland dan menawarkan pelbagai pilihan kedai runcit, restoran, pantai luncur air tersohor antarabangsa, taman negara dan daerah hiburan. Selain itu, resort tersebut terletak dalam jarak pemanduan yang pendek daripada beberapa taman tema dan kawasan tarikan utama. Bagi para tetamu yang ingin meneroka pantai timur Australia dengan lebih lanjut, Gold Coast merupakan pangkalan yang sempurna dengan Brisbane yang terletak berhampiran dan Sydney, Melbourne, dan Terumbu Great Barrier dalam jarak 1-2 jam penerbangan.

Marriott Vacation Club merancang untuk melengkapkan penukaran fasa permulaan villa pangsapuri percutian kongsi masa dan untuk membuka galeri jualan baharu menjelang Mac 2016. Bahagian hotel selebihnya di resort itu akan terus dikendalikan di bawah jenama Marriott.

Latar Belakang Marriott Vacation Club
Marriott Vacation Club merupakan peneraju global dalam pemilikan percutian dengan portfolio luas 56 resort dan lebih 12,100 villa kongsi masa di seluruh A.S., Caribbean, Eropah dan Asia. Marriott Vacation Club merupakan program pemilikan percutian mewah yang menyediakan fleksibiliti untuk menikmati pengalaman percutian berkualiti tinggi kepada Pemilik dan keluarga mereka. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati  www.marriottvacationclub.com. Untuk sewaan semalaman, lawati www.marriott.com. Ikuti kami di Twitter melalui www.twitter.com/MarriottVacClub dan cari kami di Facebook melalui www.facebook.com/marriottvacationclub.

Kunjungi Marriott Vacations Worldwide Corporation (NYSE: VAC) bagi sebarang maklumat syarikat.

Source: Marriott Vacation Club
Related Stocks:
NYSE:VAC
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services