omniture

Penyelesaian payPLUS mPOS Mahindra Comviva Kini Diperakui Visa Ready

Mahindra Comviva
2015-08-04 18:41 382

NEW DELHI, 4 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan, penyelesaian payPLUS mPOS mereka telah diluluskan oleh Visa untuk dimasukkan ke dalam Program Visa Ready. Penyelesaian ini menyediakan sistem penerimaan pembayaran yang mematuhi keperluan Program Visa Ready bagi Visa Inc yang berkenaan untuk mPOS. Dengan menggunakan penyelesaian payPLUS, saudagar serta pelanggan boleh menikmati faedah penerimaan pembayaran dari hampir semua lokasi.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Sebagai penyelesaian pembayaran disepadukan, payPLUS  menukarkan mudah alih yang sentiasa ada menjadi peranti Titik Jualan dan membantu saudagar besar serta kecil untuk melanjutkan perdagangan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Dengan membantu pengguna yang lebih gemarkan kemudahan kad, perniagaan bukan sahaja dapat merebut semula peluang jualan yang terlepas, tetapi ia juga dapat mempertingkat kesetiaan pelanggan. Ia membolehkan pemeroleh saudagar melengkapi apa sahaja saiz perniagaan dengan penerimaan kad – tidak kira sama ada perusahaan besar yang memerlukan mobiliti atau perniagaan kecil yang perlu berkhidmat kepada pelanggan di dalam atau di luar kediaman.

"Dengan perniagaan yang menjadi mudah alih hari ini, mPOS mempunyai kuasa untuk mengubah pembayaran dan perdagangan di pelbagai lokasi. Perkakasan dengan keupayaan mPOS yang asas kini merupakan komoditi, dan kunci untuk pertumbuhan serta pembezaan hasil terletak pada perkhidmatan pembolehan perniagaan yang ditawarkan oleh mPOS. Melalui payPLUS yang diperakui Visa, kami akan terus menyediakan penerimaan pembayaran yang selamat dan lancar yang mematuhi keperluan Visa Inc. yang berkenaan," kata Srinivas Nidugondi, Naib Presiden Kanan & Ketua Penyelesaian Kewangan Mudah Alih, Mahindra Comviva.

Penyelesaian payPLUS daripada Mahindra Comviva bukan sekadar memudahkan urus niaga kad di mana-mana sahaja dengan menggunakan pandangan bersepadu keseluruhan ekosistem bank, syarikat telekomunikasi, pemeroleh saudagar, saudagar dan pengguna. Ia menggabungkan kuasa aplikasi mudah alih ringan dan pembaca kad, serta mematuhi sepenuhnya piawaian global EVM Chip+PIN dan Chip+Sign bagi menawarkan banyak pilihan pembayaran termasuk kad kredit / debit / prabayar di samping dompet terbuka dan milikan.

Latar Belakang Mahindra Comviva

Mahindra Comviva merupakan peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti. Ia merupakan anak syarikat Tech Mahindra dan sebahagian daripada Mahindra Group bernilai USD 16.5 bilion. Mahindra Comviva  membolehkan penyedia perkhidmatan mempertingkat pengalaman pelanggan, menyusun semula kos, dan mempercepat pertumbuhan hasil. Penyelesaian mobilitinya digunakan oleh lebih 130 penyedia khidmat mudah alih serta institusi kewangan dalam lebih 90 buah negara, mengubah kehidupan lebih satu bilion orang seluruh dunia.

Butiran Lanjut : http://www.mahindracomviva.com

Wakil media:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam Global & Komunikasi Korporat
Nombor Telefon: +91-124-481-9000
E-mel: pr@mahindracomviva.com

Sumber: Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Banking/Financial Service New products/services