omniture

Pakar Utama Rokok Elektronik Dan Pengawalseliaan Sertai Pasukan Eksekutif Nicopure Labs, LLC

Nicopure Labs, LLC
2015-08-05 10:17 171

TAMPA, Florida, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Nicopure Labs, LLC, pengeluar penting e-cecair dan alat vaping bagi jenama Halo, eVo, Triton dan G6, hari ini mengumumkan pelantikan Patricia I. Kovacevic sebagai Penasihat Undang-undag dan Ketua Pegawai Pematuhan.

Dengan pengalaman yang luas dalam rokok elektronik dan tembakau di A.S. dan di peringkat antarabangsa, Kovacevic telah memegang jawatan kanan dan pematuhan di Philip Morris International, Lorillard dan ITG Brands. Kovacevic memainkan peranan penting untuk mendapatkan kelulusan prapasaran pertama dalam sejarah bagi produk-produk tembakau yang baru dikawal selia oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan. Dengan melapor diri kepada pengasas Nicopure Labs, LLC, Jeffrey Stamler dan Jason Del Giudice, Kovacevic akan memikul tanggungjawab bagi hal ehwal perundangan global syarikat itu, isu-isu pengawalseliaan dan pematuhan, selain penglibatan dasar awam.

"Patricia merupakan pakar tersohor dunia dalam pematuhan pengawalseliaan dan pemimpin yang berpengalaman dalam mengurus pasukan serta isu-isu perundangan yang melibatkan bidang kuasa berbeza. Kepakaran profesional dan komitmen peribadi beliau terhadap peluang pengurangan bahaya unik yang diperlihatkan dalam produk-produk vaping merupakan padanan ideal bagi perluasan berterusan syarikat dan industri serta komitmen kami terhadap piawaian dan juga pematuhan produk. Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Patricia ke dalam pasukan pengurusan kami." 

Kovacevic memiliki ijazah undang-undang daripada Columbia Law School dan diterima untuk menjalankan amalan perundangan di New York serta di hadapan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Latar Belakang Nicopure Labs, LLC

Beroperasi sejak tahun 2009, Nicopure Labs LLC yang berpangkalan di Tampa merupakan pengeluar penting peranti e-cecair dan pengewap yang beroperasi di A.S. dan Eropah. Baru-baru ini, Nicopure Labs memindahkan operasi pengeluaran dan pengedarannya ke sebuah kemudahan seluas 100,000 kaki persegi yang baru diambil alih di Gainesville, Florida. Dengan aktiviti pengedaran ke 110 buah negara di seluruh dunia, Nicopure Labs, LLC juga telah meluaskan kehadirannya dengan penambahan sebuah ibu pejabat Eropah baru-baru ini di Belanda. 

Untuk maklumat lanjut tentang Nicopure Labs dan e-cecair Buatan Amerika premium mereka, atau barisan peranti inovatif mereka, sila lawati www.nicopure.com untuk mendapatkan maklumat syarikat atau www.halocigs.com bagi maklumat pengedar atau penjual semula.

HUBUNGI: Jason Del Giudice, press@nicopure.com, (888) 425-6649

Source: Nicopure Labs, LLC
Related Links:
Keywords: Tobacco