NEW YORK, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Artis rakaman Sir Ivan akan mengacarakan majlis besar-besaran Hamptons tahunan beliau bagi meraikan kejayaan lagu Billboard terhangat beliau, Kiss All The Bullies Goodbye, diterbitkan oleh Paul Oakenfold, menampilkan Taylor Dayne. Acara yang dinamakan Sir Ivan's Royal Tea Dance itu bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos di Sir Ivan's Castle dan akan mencipta semula suasana Studio 54, kelab malam ikonik New York yang mana pada setiap malam, komuniti LGBT dan normal bergaul serta menari bersama. The Castle bakal dilimpahi cahaya LED warna pelangi khas untuk acara istimewa itu, seperti yang dilakukan oleh Rumah Putih semasa perkahwinan homoseksual diluluskan. Para tetamu akan berpakaian seperti salah seorang Village People, kumpulan muzik yang merupakan simbol terbaik untuk memperlihatkan tema parti itu yang merangkumi kepelbagaian, penerimaan dan kasih sayang.
Video - http://youtu.be/jz-7LfMHyZM
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/179367
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150804/254394
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150804/254409LOGO
Sebagai anak kepada salah seorang mangsa Holocaust yang terselamat, Siggi B. Wilzig, Sir Ivan tahu kesan kekasaran dan permusuhan terhadap seseorang, serta kesan jangka masa panjangnya. Dengan itu, terbentuklah Yayasan Peaceman beliau, yang diasaskan pada tahun 2005, yang berusaha menentang semua jenis diskriminasi, terutamanya bagi membantu golongan belia LGBT yang menderita akibat serangan dan pembulian. Sir Ivan dan Yayasan Peaceman beliau telah menderma lebih $200,000 kepada badan-badan amal antibuli. Pada tahun 2012, Sir Ivan dan Yayasan Peaceman menderma $100,000 kepada The Trevor Project, yang menyediakan intervensi krisis dan pencegahan bunuh diri kepada golongan belia LGBT.
Serentak dengan keluaran lagu pop beliau Kiss All The Bullies Goodbye, Sir Ivan dan Yayasan Peaceman telah menderma tambahan $100,000 kepada sepuluh pertubuhan tanpa untung yang utama yang memerangi pembulian dan sikap tidak bertoleransi termasuk: It Gets Better Project; the Gay, Lesbian & Straight Educational Network (GLSEN); Yayasan Born This Way; Pusat Pencegahan Buli Kebangsaan Pacer; Parents & Friends of Lesbians & Gays (PFLAG); Stomp Out Bullying; Campus Pride; Love is Louder/The Jed Foundation, Anti–Defamation League dan The Trevor Project. Video muzik untuk Kiss All The Bullies Goodbye diarahkan oleh pengarah yang memenangi anugerah MTV dan BET, Erik White, manakala segala untung bersih daripada tontonan video, penstriman, dan muat turun lagu akan didermakan kepada inisiatif antibuli.
Media turut dijemput (bas ulang-alik dari NYC disediakan).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Marisa Hebert, R. Couri Hay Creative Public Relations, +1-212-580-0835, marisa@rcourihaycpr.com