omniture

Hetero Mengumumkan Pelancaran Biosimilar Rituximab (MABALL(TM)) di India

Hetero Group
2015-08-06 11:32 315

HYDERABAD, India, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Hetero Group, salah sebuah syarikat farmaseutikal generik terkemuka India serta salah satu daripada pengeluar global terbesar dunia untuk ubat antiretrovirus bagi rawatan HIV/AIDS, hari ini mengumumkan kejayaan pelancaran biosimilar 'Rituximab' melalui jenama MABALL[TM] di India. Ia akan dipasarkan dan diedarkan oleh Hetero Healthcare Limited, sebuah syarikat kumpulan Hetero.

Pelancaran biosimilar Rituximab akan menyediakan akses yang sangat diperlukan oleh para pesakit di India yang menderita penyakit Limfoma Bukan Hodgkin (NHL) dan Leukemia Limfositik Kronik (CLL). Rituximab disarankan sebagai rawatan barisan pertama untuk NHL dan boleh didapati dalam bebuli dos tunggal dengan dua kekuatan - 100mg/10ml dan 500mg/50ml.

Ketika diminta mengulas tentang pelancaran produk itu, Dr Bandi Parthasaradhi Reddy, CMD, Hetero Group berkata: "Pelancaran MABALL mengukuhkan kedudukan Hetero dalam pasaran biosimilar, dan telah membolehkan syarikat itu menyertai syarikat bioteknologi terpilih dengan kemampuan untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersilkan antibodi monoklonal kompleks (MAB's)."

Tambah beliau lagi, "Biosimilar merupakan salah satu bidang perniagaan strategik yang penting untuk Hetero. Kami telah melabur dalam biosimilar dan akan memperkenalkan lebih banyak MAB biosimilar pada masa depan. Kami juga merancang untuk memperkenalkan biosimilar Rituximab mampu milik ke dalam pasaran penting di luar India melalui rakan kongsi kami."

Rituximab Hetero merupakan versi biosimilar untuk Rituximab Roche. Rituximab merupakan antibodi monoklonal yang digunakan secara tunggal atau dengan ubat lain untuk merawat Limfoma Bukan Hodgkin, Leukemia Limfositik Kronik dan penyakit-penyakit lain seperti Artritis Reumatoid.

Latar Belakang Hetero 

Hetero merupakan salah satu daripada syarikat farmaseutikal generik terkemuka India dan salah satu daripada pengeluar global terbesar dunia untuk ubat antiretrovirus bagi merawat HIV/AIDS. Ditubuhkan oleh Dr. B.P.S. Reddy pada tahun 1993, Hetero mengusahakan pembangunan, pengeluaran, dan pemasaran perantaraan ubat, bahan farmaseutikal aktif (API), dan dos habis. Hetero merupakan syarikat farmaseutikal pegangan swasta terbesar dan merupakan salah satu daripada 10 syarikat farmaseutikal paling terkenal di India dengan nilai pusing ganti tahunan sebanyak AS $1.2 bilion. Hetero mempunyai lebih 25 kemudahan pengeluaran canggih yang telah diluluskan oleh pelbagai bahan berkuasa kawal selia seperti FDA AS, EU, WHO, dsb. Dengan lebih 200 produk dalam portfolionya merentasi pelbagai bidang terapeutik, Hetero mempunyai kehadiran global yang kukuh di lebih 120 buah negara dan memberi tumpuan untuk membuat ubat-ubatan mampu milik yang boleh diakses oleh para pesakit dari seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.heteroworld.com.

Wakil Media:
Jeyasingh Balakrishnan
Komunikasi Korporat
Hetero Group
Hubungi: +91-9989626541/ jeyasingh.b@heterodrugs.com

Source: Hetero Group
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services