omniture

Luminator Technology Group Ambil Alih Gorba/Invertag AG

Luminator Technology Group
2015-08-06 23:20 103

PLANO, Texas, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Luminator Technology Group (LTG) berbesar hati mengumumkan pengambilalihan Gorba/Invertag AG.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150803/254278LOGO

Gorba AG telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan merupakan pembekal aktif di peringkat global bagi sistem maklumat penumpang yang lengkap untuk pengangkutan awam. Berpangkalan di Switzerland, Gorba AG memiliki wakil di seluruh Eropah, Asia dan Timur Tengah. Invertag AG, diasaskan pada tahun 1964, membangunkan dan mengeluarkan sistem paparan dan input berkualiti tinggi untuk pasaran pengangkutan awam, industri dan papan tanda digital. Kekuatan bersama dalam teknologi perkakasan dan perisian serta kefahaman mendalam tentang standard pengangkutan awam yang memfokuskan urus niaga ini akan mewujudkan produk-produk generasi baharu yang dapat memenuhi keperluan dan juga permintaan yang terus meningkat dalam pengangkutan awam.

"Pengambilalihan Gorba akan meningkatkan portfolio alihan massa kami serta mengukuhkan penawaran kami dalam sistem maklumat dan komunikasi penumpang," kata Avi Zisman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LTG.

LTG merupakan pengeluar dan penyepadu penting bagi teknologi paparan serta pencahayaan, menyediakan produk dan juga sistem kepada pelbagai pelanggan dalam segmen pengangkutan Bas, Rel dan Pesawat.

Produk-produk berjenama LTG, dipasarkan di bawah jenama Luminator, Lawo, Axion, Focon, Mobitec, Twin Vision, VSN, Gorba dan lnvertag, menyediakan sistem maklumat papan tanda dan penumpang terbaik dalam kategorinya. Sememangnya menjadi matlamat kami, penambahan Gorba/Invertag AG adalah untuk mengekalkan produk-produk dan jenama-jenama ini secara bebas bagi memastikan sokongan berterusan untuk para pelanggan kami dan mengekalkan kedudukan teknologi tercanggih kami di pasaran.

Melalui jenama-jenama individu kami dan dengan menggabungkan kemahiran, pengalaman serta sumber kami, kami menyediakan sokongan yang terbaik dan juga paling menyeluruh kepada para pengendali dan pelanggan kami di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang LTG, sila kunjungi www.luminatortechnologygroup.com.

Hubungi:
Paige Stone
1-972-516-3062
pstone@luminatorusa.com

Source: Luminator Technology Group
Keywords: Airlines/Aviation Railroads and Intermodal Transportation Acquisitions, mergers, takeovers